ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  UNILEVER JAPAN K.K. LANCAR KEMPEN BAHARU UNTUK MENYOKONG MEREKA YANG MEMAKAI PELINDUNG KEPALA UNTUK BEKERJA

Tuesday 05/07/2016



AsiaNet 65023
 
TOKYO, 5 Julai, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Unilever Japan K.K. telah melancarkan satu kempen bertajuk "Pelan Pelindungan Penutup Kepala CLEAR. Satu Penghormatan kepada Kesateria Pelindung Kepala." untuk mempromosikan CLEAR, sejenis syampu penjagaan kulit kepala yang merupakan jenama syampu lelaki paling laris di dunia (*1). Kempen itu adalah juga projek pertama di dunia (*2) bagi menggalakkan syarikat-syarikat dan pasukan sukan untuk menyediakan syampu kepada pekerja dan pemain mereka yang memakai penutup kepala untuk tugasan mereka, sekali gus mendedahkan kulit kepala mereka kepada risiko.
 
(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201607052221/)
 
Bersama-sama dengan pelancaran kempen itu, Unilever Japan K.K. juga telah mengeluarkan satu kenyataan video yang bertajuk "Pelan Pelindungan Penutup Kepala CLEAR. Satu Penghormatan kepada Kesateria Pelindung Kepala."
Menurut syarikat itu, filem berkenaan menonjolkan kebanggaan dan kefungsian di belakang memakai penutup kepala, dan juga kebimbangan untuk kulit kepala dalam keadaan yang teruk di dalam penutup kepala itu.
 
Butir-butir video itu:
Pelan Pelindungan Penutup Kepala CLEAR. Satu Penghormatan kepada Kesateria Pelindung Kepala.
(Disediakan dalam versi 90 saat dan versi 15 saat)
Tarikh keluaran: 22 Jun, 2016
Laman web kempen: http://www.clearhaircare.jp/campaigns/chakubo-teate/index.html
 
 (*1) Kedudukan dikira oleh Unilever berdasarkan kepada data jualan pasaran syampu untuk
      tempoh 12 bulan sehingga Januari atau Februari 2016 di 41 buah negara,
      tidak termasuk Jepun, seperti yang dilaporkan oleh Nielsen Co., Ltd.
      (Tempoh data diambil berbeza mengikut negara)
(*2) Sumber: Institut Penyelidikan ESP, Inc., Jun 2016 (meliputi 200 buah negara)
 
Konsep video
"Pelan Pelindungan Penutup Kepala CLEAR. Satu Penghormatan kepada Kesateria Pelindung Kepala." adalah satu kenyataan video yang menzahirkan kebanggaan, signifikan, objektif, dan kefungsian dalam memakai penutup kepala, dan juga kebimbangan bagi kulit kepala. Mesej ini dinyatakan secara emosi melalui muzik asal hip hop yang dicipta dengan  pensampelan perarakan “persembahan yang gemilang.”
 
Jalan cerita:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103901/201607052221/_prw_OI3fl_DGwBMppA.jpg
 
Pelan Pelindungan Penutup Kepala
Topi atau penutup kepala adalah sebahagian daripada pakaian seragam, bukan sahaja untuk keselamatan dan kebersihan, tetapi juga melambangkan kebanggaan profesional. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa dalam tempoh 30 minit aktiviti fizikal, persekitaran di bawah penutup kepala itu mencapai tahap ketidakselesaan yang bersamaan dengan berada dalam hutan hujan tropika (*3), merosakkan rambut dan kulit kepala dengan peluh dan kelembapan, yang juga boleh menjejaskan prestasi. Hasil daripada penyelidikan bertahun-tahun lamanya mengenai kulit kepala, CLEAR telah tampil dengan "Pelan Pelindungan Penutup Kepala CLEAR. Satu Penghormatan kepada Kesateria Pelindung Kepala."
Sama seperti kemudahan resort atau gimnasium sukan yang disediakan oleh syarikat untuk menyokong penyelenggaraan minda dan fizikal pekerja mereka agar sihat, CLEAR mencadangkan syarikat-syarikat perlu menimbang menyediakan syampu sebagai bonus kepada profesional yang sentiasa berjuang dengan keadaan kulit kepala yang teruk.
 
Bagaimana Pelan Pelindungan Penutup Kepala Berfungsi:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103901/201607052221/_prw_OI4fl_inzZd4n1.jpg
 
 
Organisasi menggabungkan Pelan Pelindungan Penutup Kepala:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103901/201607052221/_prw_OI5fl_TzV9p0I2.jpg
 
Komen oleh Kenichi Toyoda, Ketua Pengarang di Gekkan Somu (majalah bulanan untuk Hal Ehwal Umum)
"Semakin banyak syarikat akan mengguna pakai falsafah untuk menjadi "Syarikat-syarikat yang sihat," dengan menyedari bahawa kesihatan mental dan fizikal pekerja mereka adalah merupakan aset korporat. Pelan Pelindungan Penutup kepala CLEAR boleh diletakkan sebagai satu contoh mempengaruhi satu trend baharu bagi satu sistem sokongan dalaman jenis baharu yang boleh diterima pakai oleh syarikat-syarikat."
 
Maklumat mengenai "CLEAR"
CLEAR adalah satu jenama penjagaan kulit kepala berinovatif yang menggabungkan dua pendekatan saintifik – trikologi dan dermatologi -- yang bertujuan untuk mencapai rambut yang kuat (*4) dan cantik melalui kulit kepala yang sihat.
Jenama itu telah mengkaji secara meluas perbezaan di antara kulit kepala dan rambut lelaki dan wanita. Pada masa ini, jenama itu mempunyai dua barisan produk untuk wanita dan satu untuk lelaki, dan merancang untuk memperkenalkan lebih banyak produk baharu. Dijual di seluruh dunia dengan rekod jualan No.1 dunia untuk syampu lelaki (*1), jenama itu membuat penampilannya yang berskala penuh di Jepun pada tahun 2014 dan sejak itu telah berkembang pesat, dan memantapkan kedudukannya sebagai sebuah jenama penjagaan kulit kepala.
 
(*3) Sumber: 2016 Di dalam Penutup Kepala Institut Penyelidikan Alam Sekitar
(*4) Syampu, perapi, dan rawatan: Mencegah kerosakan rambut
 
Untuk maklumat pelanggan mengenai kempen ini, sila hubungi:
E-mel: info@chakubo-teate.com
 
Untuk maklumat pelanggan mengenai kredit dan produk, sila hubungi:
Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Unilever
Tel: +81-120-500-513
Waktu pejabat: 9:00-17:00
(Waktu Jepun kecuali bagi setiap Sabtu, Ahad dan cuti kebangsaan)
 
Laman web khas: http://www.clearhaircare.jp/campaigns/chakubo-teate/index.html
 
Nombor rujukan: 2016-C-5
  
Sumber: Unilever Japan K.K. 
 
--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.