ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO KAWALAN BESAR DALAM PAKEJ KECIL

Monday 11/07/2016



Barisan untuk 1.7A hingga 4A dalam pakej 2.54SOP4 dan 2.54SOP6
 
TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran geganti foto kawalan arus besar, untuk arus dalam lingkungan 1.7A hingga 4A, dalam pakej kecil 2.54SOP4 dan 2.54SOP6. Penghantaran bermula dari hari ini. Aplikasi bagi barisan baharu untuk empat produk, TLP3106, TLP3107, TLP3109 dan TLP3127, termasuk pengawal logik boleh atur cara (PLC), sistem pengurusan bateri (BMS) dan penyongsang automasi kilang. Geganti foto baharu itu menggunakan MOSFET trenc generasi terkini Toshiba untuk mengawal arus besar pada tahap yang setara yang biasanya dikendalikan oleh geganti mekanikal[1]. Berbanding dengan geganti mekanikal, yang mempunyai hubungan mekanikal, geganti foto mempunyai kelebihan dalam menghasilkan bunyi yang lebih rendah dan tiada kemerosotan yang disebabkan oleh hubungan dengan pemakaian.
 
Dalam kes bagi produk 2A baharu, TLP3109, penggunaan pakej 2.54SOP6 mengurangkan pemasangan volum sebanyak kira-kira 40% dan ketinggian produk sebanyak kira-kira 50%, terhadap produk Toshiba sebelum ini dalam pakej DIP. Saiz kecil membolehkan pemasangan pada permukaan belakang papan litar bercetak dan boleh menyumbang kepada set yang lebih kecil. Tambahan pula, barisan itu termasuk produk-produk dengan voltan terminal (voltan sekatan) sehingga 100V untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi.

Spesifikasi Utama
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       (@Ta=25℃)
Nombor Bahagian Pakej Penarafan Mutlak Maksimum Jenis RON 
(Ω)
 IOFF maksimum
(nA)
  VOFF
(V)
 ION
(A)
 BVS
(Vrms)
  
      
      
TLP3106
 
 2.54SOP6
 
 30
 
 4
 
 1500 0.02
 
 
20

 
TLP3107
 
  60
 
 3.3
 
  0.03
 
 
TLP3109
 
  100
 
 2
 
  0.04
 
 
TLP3127 2.54SOP4 60 1.7  0.08 10
 
Nota
[1] Geganti mekanikal bersaiz kecil, berkapasiti kecil untuk papan litar bercetak.
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu.
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/photorelay.html 
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html 
 
Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba mempromosikan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Diwujudkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm 
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51377343&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.