ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOKYO SKYTREE (SM) MENGELUARKAN "TIKET KOMBO FAST SKYTREE" KE DEK PEMERHATIAN BAGI PELAWAT ANTARABANGSA

Monday 11/07/2016



AsiaNet 65048
 
TOKYO, 8 Julai, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
TOKYO SKYTREE, yang dikendalikan oleh TOBU TOWER SKYTREE CO., LTD., mengeluarkan "Tiket Kombo Fast Skytree" untuk ke dek pemerhatian di menara itu, "Dek Tembo" dan "Tembo Galleria" yang secara eksklusif untuk pelawat dari luar negara pada 1 Julai, 2016. Sistem bayaran masuk telah juga dipermudahkan di bawah tiket baharu itu, yang lebih mudah bagi pelancong ke dalam negara untuk memahaminya.
 
TOKYO SKYTREE melancarkan "Tiket Fast Skytree" itu – tiket pendahulu kepada "Tiket Kombo Fast Skytree" – yang secara eksklusif untuk pelawat dari luar negara pada 19 Februari, 2015, bagi membolehkan mereka dengan pantas memasuki Dek Tembo tanpa perlu beratur di kaunter tiket untuk membeli tiket masuk, sekali gus meningkatkan kemudahan bagi mereka.
 
Satu tiket ke Tembo Galleria ditambah kepada "Tiket Fast Skytree" dan empat tahap bayaran berdasarkan umur di bawah "Tiket Fast Skytree" telah dikurangkan kepada dua di bawah "Tiket Kombo Fast Skytree." Tiket baharu itu sekali gus telah memperbaiki kemudahan untuk pelancong ke dalam negara yang melawat TOKYO SKYTREE.
 
Nisbah pelawat individu ke TOKYO SKYTREE dari luar negara telah semakin meningkat -- dari 6.8% pada tahun kewangan 2013 kepada 12.4% pada tahun kewangan 2014 dan kepada 15.4% pada tahun kewangan 2015 (*). Sebagai tindak balas, TOKYO SKYTREE telah melancarkan pelbagai perkhidmatan sejak pembukaannya pada tahun 2012 untuk lebih memenuhi keperluan mereka. TOKYO SKYTREE berazam untuk terus mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan kemudahan bagi pengunjung dari luar negara.
 
(*) Angka itu adalah berdasarkan kepada hasil kaji selidik pada nisbah pengunjung antarabangsa (tidak termasuk mereka yang mengikuti lawatan berkumpulan) dan pecahan bagi tempat-tempat mereka berlepas (negara dan wilayah), di mana TOBU TOWER SKYTREE CO., LTD. telah jalankan sejak tahun 2013. Dalam kaji selidik itu, syarikat berkenaan telah menemuramah pelawat antarabangsa yang membeli tiket masuk ke TOKYO SKYTREE (tidak termasuk mereka yang mengikuti lawatan berkumpulan) - dalam tiga masa yang meliputi enam hari masing-masing pada tahun kewangan 2013 dan 2014, dan dalam lima keadaan yang meliputi 10 hari pada tahun kewangan 2015.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut:
http://www.tokyo-skytree.jp/upload/FastSkytreeTicket_en_160701.pdf
 
(Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102887/201607052230/_prw_OI1fl_9tYeNX21.jpg)
 
Sumber: TOBU TOWER SKYTREE CO., LTD. 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.