ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  UNIONPAY INTERNATIONAL LANCAR "YOUJIHUA" UNTUK TINGKATKAN PENGALAMAN PENGGUNA MERENTAS SEMPADAN - DISKAUN SEGERA BOLEH DINIKMATI UNTUK KALI PERTAMA

Monday 11/07/2016



AsiaNet 65036
 
SHANGHAI, China, 6 Julai, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 6 Julai, UnionPay International dan rakan-rakan pertamanya bersama-sama melancarkan "YouJiHua", platform pemasaran merentas sempadan terbuka yang pertama di dunia yang dibangunkan oleh satu skim kad bank. Ge Huayong, Pengerusi China UnionPay, Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, dan pemimpin Bank of China, China Merchants Bank, CYTS, Ctrip, Spring Airlines, SaSa Hong Kong, Prince Jewellery & Watch, LUKFOOK JEWELLERY dan ISA, menghadiri majlis berkenaan.
 
"YouJiHua" adalah satu platform baharu yang dibangunkan oleh UnionPay International. Ia disertai oleh pelbagai pembekal perkhidmatan merentas sempadan dalam bidang kewangan, pelancongan dan peruncitan. "YouJiHua" merealisasikan kedudukan, pemasaran yang tepat dan diskaun segera bagi kegunaan merentas sempadan buat kali pertama.
 
Pemegang kad boleh menikmati "YouJiHua" dalam dua cara. Yang pertama adalah dengan mendapatkan kupon diskaun kod QR dengan menerokai penunjuk "YouJiHua" "Hadiah" dalam aplikasi mudah alih UnionPay International, BOC dan China Merchants Bank. Kedua adalah dengan menerima kupon diskaun yang dipromosikan oleh aplikasi agensi pelancongan rakan semasa membuat tempahan penerbangan dan hotel melalui aplikasi berkenaan. Pemegang kad boleh menikmati diskaun paling tinggi yang terdapat di kedai berkenaan apabila mengemukakan kod QR dan membayar dengan menggunakan kad UnionPay.
 
"YouJiHua" mempunyai maksud yang besar kepada kesemua pihak. Pertama, ia adalah model pemasaran yang lebih tepat berdasarkan kepada tiga program pemasaran global UnionPay International. Kedua, ia membangunkan satu model perniagaan baharu dengan membawa penerbit, pemeroleh, agensi pelancongan dan pedagang ke dalam rantaian industri yang sama. Ketiga, ia secara menyeluruh meningkatkan pengalaman pemegang kad yang menggunakan kad berkenaan.
 
Ge Huayong berkata, pelancaran "YouJiHua" adalah hasil usaha UnionPay dan kesemua rakan-rakannya. Ia adalah jelmaan nilai teras yang dipegang teguh oleh UnionPay, iaitu "kerjasama sama menang dan berkongsi pertumbuhan". Ia juga memenuhi permintaan pemegang kad untuk pilihan pembayaran baharu. Kami akan terus membangunkan perkhidmatan pembayaran ekosistem merentas sempadan dari mana kesemua rakan kongsi akan mendapat manfaat.
 
Pada hari yang sama, UnionPay International melancarkan dua program pemasaran global -- "100 kedai bebas cukai lapangan terbang global" dan "50 destinasi pelancongan terpilih". Sekarang, pemegang kad boleh menikmati diskaun sehingga 10% di lebih 100 kedai bebas cukai di 90 lapangan terbang di seluruh dunia. Dari 15 Julai hingga 15 Oktober, diskaun sehingga 15% ditawarkan di lebih 300 kedai di 50 destinasi pelancongan.
 
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
Sumber: UnionPay International 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.