ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO UNTUK PENGUJI SEMIKONDUKTOR DALAM PAKEJ PALING KECIL INDUSTRI

Monday 11/07/2016



Untuk kawalan arus besar 1.5A dan operasi Celsius 110 darjah

TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO:6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran geganti foto dalam pakej industri paling kecil [1]. Penghantaran bermula dari hari ini.
 
Produk baharu itu, "TLP3406S", menggunakan pakej yang paling kecil dalam industri untuk geganti foto, pakej S-VSON4 yang dibangunkan oleh Toshiba. Berbanding dengan produk Toshiba sebelum ini dalam sebuah pakej VSON4, geganti foto yang baharu itu mempunyai kira-kira 22.5%[2]  kawasan pemasangan yang lebih kecil, yang boleh menyumbang kepada pembangunan papan ujian yang lebih kecil dan juga memungkinkannya untuk meningkatkan bilangan geganti foto di atas papan untuk meningkatkan ketumpatan. Memandangkan geganti foto yang baharu itu boleh memacukan arus yang besar sehingga 1.5A, walaupun pakejnya yang kecil, ia boleh digunakan untuk membekalkan tenaga bagi kuasa peranti (DPS) yang membentuk litar bekalan kuasa dalam pelbagai penguji. Sebagai satu lagi kesan positif, julat suhu operasi telah dipertingkatkan daripada 85 darjah Celsius (maksimum) kepada 110 darjah Celsius (maksimum).
 
Aplikasi Utama
ATE (Peralatan Penguji Automatik), penguji memori, penguji SoC/LSI dan kad kuar

Spesifikasi Utama
Nombor Bahagian VOFF
(min)
 ION
(max)
 RON
(jenis)
 RON
(max)
 COFF
(jenis)
   CxR
 pF・Ω
 (jenis)
   IOFF
  (max)
 tON
(max)
 tOFF
(max)
 BVs
(min)
TLP3406S 30V 1.5A 0.1Ω 0.2Ω 120pF   7.2 1nA@20V  2ms 1ms 500Vrms
 
 
Nota
[1] Untuk produk geganti foto, setakat 11 Julai, 2016. Kajian Toshiba.
[2] Pakej S-VSON4: 2.00mm×1.45mm (jenis)
  Pakej VSON4 : 2.45mm×1.45mm (jenis)
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai geganti foto Toshiba.
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/photorelay.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html 
 
Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba mempromosikan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm 
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51378194&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.