ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  ACQUIRO BUKA PEJABAT SINGAPURA UNTUK TINGKATKAN KEHADIRANNYA MERENTASI RANTAU ASIA PASIFIK

Tuesday 12/07/2016



Lokasi Baharu Mewakili Pelaburan Tambahan oleh Selling Simplified Group untuk Memanfaatkan Peluang yang Berkembang di dalam Segmen Kualiti Data Pemasaran
 
GREENWOOD VILLAGE, Colo., 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan piagamnya dan tumpuan untuk meningkatkan kualiti data pemasaran bagi pasukan jualan dan pemasaran pasukan-pasukan pada hari ini, Acquiro, sebuah vendor penyelesaian teknologi pemasaran yang dilancarkan pada awal tahun ini, hari ini mengumumkan pembukaan pejabatnya di Singapura. Acquiro – sebahagian daripada Selling Simplified Group (SSG) – telah ditubuhkan dengan misi membawa kepada penyelesaian kualiti data pasaran yang direka untuk meningkatkan secara mendadak pendapatan sesebuah syarikat dengan mengesah dan memperkayakan data hubungan utama.
 
Pengembangan global ini oleh SSG adalah sebagai tindak balas kepada keperluan yang semakin meningkat untuk data pemasaran yang lebih lengkap dan tepat yang diperlukan oleh syarikat-syarikat di seluruh rantau Asia Pasifik. Walaupun SSG mempunyai kehadiran yang kukuh dan pasukan jualan serantau bagi menyokong perniagaan pensindiketan kandungan Penjualan Dipermudahkan mereka, penambahan jenama Acquiro yang dilancarkan baru-baru ini adalah sebagai mengiktiraf peluang yang diperluaskan untuk produk penyelesaian data Perisian sebagai satu Perkhidmatan (SaaS), LeadFUSION.
 
"Kami percaya syarikat-syarikat di seluruh rantau Asia Pasifik mempunyai keperluan yang besar untuk menangani masalah kualiti data yang rendah yang banyak boleh menghalang pertumbuhan pendapatan mereka," kata Michael Whife, Ketua Pegawai Eksekutif, Acquiro. "Suite LeadFUSION Acquiro kami adalah satu-satunya penyelesaian data jualan yang berkualiti yang terdapat di pasaran yang terbukti berkesan di rantau-rantau global ini sama seperti di Amerika Syarikat."
 
Maklumat mengenai Acquiro
 
Dilancarkan pada Mei 2016, Acquiro adalah merupakan sebahagian daripada Selling Simplified Group (SSG) yang ditubuhkan pada tahun 2012, sebuah organisasi terdiri daripada ahli-ahli teknologi jualan dan pemasaran yang berdedikasi untuk membantu syarikat-syarikat mengisi corong-corong jualan dan meningkatkan pendapatan – dengan pantas! Misi kami adalah untuk memudahkan jualan agar pasukan-pasukan jualan boleh memberi tumpuan kepada penutupan dan meningkatkan hasil dengan menjaga saluran talian agar penuh dengan kualiti yang tinggi, dipupuk dan sedia untuk jualan. Selaras dengan misi ini, Acquiro telah ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi canggih untuk memasarkan penyelesaian SaaS termaju yang dicipta untuk meningkatkan kualiti data jualan yang boleh secara mendadak meningkatkan aliran pendapatan pelanggan. Dengan beribu pejabat di Greenwood Village, Colorado, Acquiro adalah sebuah organisasi global dengan mempunyai pejabat di California, London, Singapura, dan Pune, India.
 
http://www.acquiro.com
 
Hubungi
Acquiro
Dean Hidalgo, +1 720-638-8510
dhidalgo@acquiro.com

 
Sumber: Acquiro
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160711005277/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.