Memperkukuhkan Barisan Kemudahan dan Perkhidmatan AtasanTOKYO, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan memulakan pengubahsuaian 11 bilik suite dan 100 bilik kelab. Pada masa yang sama, satu Ruang Istirahat Kelab atau Club Lounge khas akan dibuka di aras atas tingkat ke-45 di menara utama dan mula beroperasi dari Disember, 2016. Tumpuan khas akan diberikan dalam membuat penambahbaikan yang signifikan kepada kemudahan untuk menghasilkan pengalaman tetamu di hotel kami lebih selesa dan menyeronokkan. Sebanyak JPY 2.5 bilion akan dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian ini.
Sebanyak 111 bilik tetamu yang terletak di tingkat ke-37 hingga tingkat ke-41 di hotel kami akan diubahsuai, bersama-sama dengan pembinaan sebuah lantai kelab khas dan Ruang Istirahat Kelab di tingkat paling atas di bangunan menara utama. Kerja-kerja pengubahsuaian akan termasuk pembinaan bilik-bilik tetamu yang mempunyai kemudahan berkualiti tinggi untuk menyediakan kepada tetamu dengan suasana santai dalam susana kesibukan kota raya di sekitarnya. Ruang Istirahat Kelab, yang akan dibuka di tingkat ke-45 bangunan menara utama, akan menawarkan kemudahan bagi tetamu untuk mendaftar masuk dan mendaftar keluar, dan menyediakan mereka dengan sarapan pagi dan makanan ringan dan snek pada siang hari, sebagai tambahan kepada pelbagai koktel dan minuman. Di samping itu, pekerja rencam kami yang berdedikasi akan menyokong tetamu secara meluas dengan layanan paling mesra, dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan yang lain untuk tetamu hotel.
Keio Plaza Hotel juga secara agresif menjalankan pengubahsuaian setiap tahun berdasarkan matlamat kami untuk sentiasa memperbaiki pengalaman pelanggan kami.
Bilik-bilik bankuet di tingkat ke-47 telah diubah suai pada September 2015 dengan penyesuaian kemudahan khas yang dibuat untuk menampung penganjuran mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE). Juga, pengubahsuaian bagi 450 bilik tetamu di menara selatan yang dimulakan pada Mac 2013 telah selesai, dan kemudahan baharu itu telah diterima baik oleh tetamu. Memandangkan tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 operasi hotel berkenaan, bilik suite di tingkat atas akan diubahsuai sepenuhnya dengan tujuan untuk Sukan Olimpik Tokyo dan Paralimpik yang akan datang, yang akan diadakan pada tahun 2020, tahun ke-50 ulang tahun Keio Plaza Hotel pada 2021 dan seterusnya. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari
laman web,
YouTube,
Facebook atau
Instagram kami.
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51377340&lang=enHubungiKeio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jpSumber: Keio Plaza Hotel Tokyo
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160711005060/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA