ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  EKSPO CHINA-ASEAN KE-13 UNTUK TINGKATKAN PELABURAN PERUSAHAAN CHINA DI ASEAN

Tuesday 12/07/2016



AsiaNet  65072

NANNING, China, 12 Julai, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Sekretariat Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) mengumumkan program penggalakan perdagangan dan pelaburan yang akan dilancarkan semasa Ekspo tahun ini pada 5 Julai, untuk menggalakkan strategi “globalisasi" dan pelaburan perusahaan China di negara-negara ASEAN. Persidangan penggalakan pelaburan berprofil tinggi itu mengenai taman-taman perindustrian ASEAN dan simposium mencari pasangan China-ASEAN berhubung projek-projek pelaburan dan pembiayaan akan diberikan keutamaan yang tinggi semasa Ekspo berkenaan.
 
Dengan bertemakan "Membina Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, Menempa Komuniti China-ASEAN Yang Semakin Erat mengenai Masa Hadapan Yang Sama", CAEXPO ke-13 akan secara pragmatik memajukan pelaburan bersama di antara China dan ASEAN dalam bidang kerjasama utama dalam kapasiti industri antarabangsa dan pembuatan peralatan, menurut Wang Lei, setiausaha agung CAEXPO.
 
Ekspo China-ASEAN ke-13, yang dijadualkan pada 11 hingga 14 September, akan diadakan di Nanning, ibu negeri Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China. Tahun ini, berdasarkan kepada jadual itu, CAEXPO akan melanjutkan persidangan penggalakan mengenai taman-taman perindustrian ASEAN di mana beberapa taman perindustrian penting dari negara anggota ASEAN akan menghadiri dengan berdozen-dozen projek penggalakan pelaburan yang berkualiti tinggi untuk menarik pelaburan China. Semasa Ekspo itu, jabatan perdagangan yang cekap dari 10 negara ASEAN itu akan masing-masing mengadakan 10 seminar penggalakan pelaburan dan pegawai-pegawai di peringkat kementerian akan memperkenalkan persekitaran pelaburan dan dasar-dasar yang sesuai bagi setiap negara kepada para pelabur China. Dalam usaha untuk membantu pelabur China lebih memahami dasar-dasar berkaitan negara-negara ASEAN, Ekspo itu juga akan melancarkan satu rangkaian dengan kaunselor ekonomi dan perdagangan China di negara-negara ASEAN, sekali gus membolehkan syarikat-syarikat China untuk mengatasi halangan-halangan dalam menjejakkan kaki di ASEAN. Selain itu, beberapa wakil China daripada perusahaan pusat akan juga mengambil bahagian dan berkongsi pengalaman mereka.
 
Simposium tahunan mencari pasangan China-ASEAN mengenai projek-projek pelaburan dan pembiayaan menarik perhatian ramai pelabur China dan ASEAN. Sekretariat Ekspo itu mengintegrasikan simposium mencari pasangan bagi projek-projek kerjasama berkapasiti industri antarabangsa dengan simposium mencari pasangan China-ASEAN mengenai projek-projek pelaburan dan pembiayaan dengan mencari pasangan bagi kapasiti industri antarabangsa dan projek kerjasama pembuatan peralatan sebagai isu utama. Para pelabur boleh mengadakan perbincangan bersemuka dalam bidang kapasiti industri antarabangsa dan peralatan kerjasama pembuatan, kontrak projek, pembangunan sumber, tenaga dan perlindungan alam sekitar, teknologi canggih, penggalakan pelaburan di taman-taman perindustrian dan perkhidmatan kewangan.
 
Pelabur-pelabur China memberi penekanan kepada isu-isu yang berkaitan pembiayaan. Di bawah pertimbangan seperti itu, "aktiviti berhubung sokongan kewangan bagi syarikat-syarikat China untuk melabur dalam ASEAN" akan diadakan khususnya semasa Ekspo ini, di mana institusi kewangan akan memberi taklimat mengenai sokongan dan perkhidmatan kewangan bagi syarikat dan pelabur China.
 
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), yang ditaja bersama oleh China dan 10 negara ASEAN itu, telah berjaya diadakan untuk 12 sesi berturut-turut sejak tahun 2004, dengan bertindak sebagai satu acara ekonomi dan perdagangan antarabangsa bagi Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA ).
 
Sumber: Perbandaran Biro Berita Nanning
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=273395

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.