ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  C.H. ROBINSON DIUNDI 3PL #1 OLEH PEMBACA INBOUND LOGISTICS UNTUK TAHUN KEENAM

Tuesday 12/07/2016



EDEN PRAIRIE, Minn., 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- C.H. Robinson, sebuah peneraju global dalam logistik pihak ketiga (3PL), dinamakan 3PL #1 oleh pembaca malajah Inbound Logistics untuk tahun keenam berturut-turut.

"Pekerja kami berdedikasi dalam menyediakan kepada pelanggan kami, pembawa kontrak, pembekal dan pemangkin dengan penyelesaian dan perkhidmatan untuk menjadikan rantaian bekalan mereka lebih berdaya saing," kata John Wiehoff, ketua pegawai eksekutif C.H. Robinson. "Penghormatan ini adalah untuk pekerja kami — lebih 13,000 orang pekerja di seluruh dunia yang mempamerkan pada setiap hari bagaimana C.H. Robinson percaya dalam membantu pelanggan kami bekerja lebih bijak, dan bukannya lebih kuat."

Setiap hari C.H. Robinson mempercepatkan perdagangan global dengan memanfaatkan pekerja, proses dan teknologi mereka untuk meningkatkan rantaian bekalan di dunia. Anugerah ini, bersama-sama dengan anugerah pelanggan, industri dan tempat kerja yang kami perolehi, adalah bukti kepada perkhidmatan pelanggan dan inovasi yang dibawa oleh C.H. Robinson kepada lebih 110,000 pelanggan dan 68,000 pembawa kontrak. Kunci kepada kejayaan adalah berkomunikasi secara aktif, penyelesaian masalah, dan menangani cabaran secara proaktif yang hadir dalam keadaan pasaran yang sentiasa berubah.

Sejak tahun 1998, Inbound Logistics telah mengendalikan sebuah Anugerah Kecemerlangan 10 Utama 3PL secara tahunan berdasarkan pilihan pembaca sebagai satu cara bagi para profesional di dalam komuniti logistik untuk mengiktiraf 3PL mereka dan kesemua cara positif mereka yang memberi kesan kepada perniagaan mereka. C.H. Robinson telah diiktiraf dalam senarai ini sejak program itu dimulakan.

"Jumlah undi oleh pembaca Inbound Logistics pada pengundian Anugerah Kecemerlangan 10 Utama 3PL 2016 adalah yang tertinggi sejak Inbound Logistics memulakan program itu pada tahun 1998," kata Felecia Stratton, editor bagi Inbound Logistics. "Pembaca di seluruh Amerika Syarikat dan di seluruh dunia telah mengundi 3PL utama mereka, dan pertandingan pada tahun ini adalah sangat sengit. Untuk tahun keenam berturut-turut, pembaca Inbound Logistics telah mengundi C.H. Robinson sebagai 3PL utama mereka, satu pencapaian yang menakjubkan mengikut mana-mana standard."

Maklumat mengenai C.H. Robinson

Di C.H. Robinson, kami percaya dalam mempercepatkan perdagangan global untuk  menyampaikan secara lancar produk dan barangan yang memacukan ekonomi dunia. Dengan menggunakan kekuatan pekerja kami yang berpengetahuan, proses yang telah terbukti dan teknologi global, kami membantu pelanggan kami bekerja lebih bijak, bukan lebih kuat. Sebagai salah satu penyedia logistik pihak ketiga (3PL) yang terbesar di dunia, kami menyediakan sebuah portfolio yang luas bagi perkhidmatan logistik, sumber produk segar dan Perkhidmatan Terurus bagi lebih 110,000 pelanggan dan 68,000 pembawa kontrak melalui rangkaian bersepadu kami yang terdiri daripada 280 pejabat dan lebih 13,000 orang pekerja. Di samping itu, syarikat ini, Yayasan kami dan pekerja kami menyumbang berjuta-juta dolar setiap tahun kepada pelbagai organisasi. Beribu pejabat di Eden Prairie, Minnesota, C.H. Robinson (CHRW) telah didagangkan secara awam di NASDAQ sejak tahun 1997. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.chrobinson.com atau lihat video syarikat kami.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi
C.H. Robinson
Nichole Axtman, 952-683-3977
Pakar Komunikasi
nichole.axtman@chrobinson.com


Sumber : C.H. Robinson

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.