ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  HUNTER ULTRASONICS MENGGESA BAGI SATU CARA YANG LEBIH HIJAU UNTUK MEMBERSIHKAN PENAPIS ENJIN DIESEL

Wednesday 13/07/2016



Peraturan alam sekitar terlepas sasaran dalam mengurangkan pelepasan karbon pada enjin diesel  

TORONTO, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Peraturan-peraturan, yang mencakupi daripada garis panduan Perjanjian Paris 2015 yang meluas kepada mandat ke atas kenderaan yang tidak berada di jalan raya, kesemuanya bertujuan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Namun, seperti mana yang dinyatakan oleh Ken Hunter, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hunter Ultrasonics, dalam satu artikel baru-baru ini, langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran tidak memasukkan satu elemen penting di dalam proses itu –  pembersihan penapis enjin secara tetap dan menyeluruh.

Baca “Pembersihan Ultrasonik – Cara Hijau untuk Membersihkan Penapis Zarah Diesel” untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pemilik, pengendali dan pengeluar kenderaan diesel harus menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk tidak hanya memerlukan Penapis Zarah Diesel (DPF) di kesemua enjin diesel, tetapi juga menyediakan garis panduan mengenai penyenggaraan dan pembersihan secara betul bagi penapis itu di dalam piawaian di masa hadapan.

Ini adalah satu bahagian yang penting di dalam persamaan itu untuk memastikan pengangkutan yang berkaitan dengan pengurangan pelepasan karbon dipenuhi.

Pertumbuhan semula secara aktif, satu cara yang semakin biasa untuk membersihkan penapis DPF yang tersumbat, adalah tidak cekap kerana ia:

- Membakar zarahan pada suhu yang tinggi, yang menempatkan bahan pencemar ke dalam udara dan menggagalkan tujuan untuk memasang penapis terlebih dahulu

- Membawa kepada peningkatan masa rosak dan kehilangan produktiviti semasa enjin dimatikan atau tidak beroperasi semasa proses itu

- Meningkatkan penggunaan bahan api dan kos

Melainkan garis panduan pembersihan yang proaktif dan kaedah yang kurang berbahaya seperti Pembersihan Ultrasonik digunakan, pencemaran akan hanya terus meningkat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses Pembersihan Ultrasonik dan bagaimana ia boleh mengurangkan kos penyelenggaraan DPF, melanjutkan hayat enjin dan mengurangkan kos bahan api dan melalui peningkatan kecekapan, sila layari hunterultrasonics.com.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di:http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51372336&lang=en

Hubungi

Hubungan Media:
Hunter Ultrasonics
Ken Hunter, 416-605- 7547
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif
ken@hunterultrasonics.com
www.hunterultrasonics.com


Sumber: Hunter Ultrasonics

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51372336&lang=en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.