ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  NTT COMMUNICATIONS LANCAR PERKHIDMATAN INTERNET DIGI-PATH PREMIER UNTUK PERUSAHAAN DI YANGON, MYANMAR

Wednesday 13/07/2016



Memperoleh lesen perkhidmatan komunikasi untuk menyampaikan penyelesaian sehenti ICT
 
TOKYO, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima lesen perkhidmatan rangkaian daripada Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Myanmar dan telah mula menawarkan penyambungan internet yang boleh dipercayai, berkelajuan tinggi untuk kegunaan perusahaan di seluruh kawasan Yangon bagi fasa pertama, berkuat kuasa serta merta.
 
Perkhidmatan itu, Digi-Path Premier, menyediakan litar khusus daripada 1Mbps untuk menyambungkan perusahaan dengan rangkaian internet global NTT Com. Perkhidmatan pilihan termasuk alamat IP global, hos web, hos mel, sewaan router, firewall terurus, VPN internet dan pemindahan fail.
 
Perkhidmatan penyambungan baharu di Yangon, Myanmar
http://www.ntt.com/en/about-us/press-releases/news/article/2016/20160713.html
 
Faedah perkhidmatan penyambungan baharu NTT Com termasuk perkara berikut:
• Persekitaran komunikasi yang sangat boleh dipercayai
Digi-Path Premier memastikan persekitaran komunikasi berkelajuan tinggi yang boleh dipercayai yang menghubungkan pejabat dengan rangkaian internet global NTT Com melalui  litar gentian optik yang khusus dan rangkaian tulang belakang lewah.
 
• Penghantaran pantas
NTT Com menguruskan sepenuhnya penghantaran litar dari pejabat pelanggan ke rangkaian internet global. Penghantaran mungkin memerlukan masa satu bulan, berbanding dengan enam bulan dalam kes-kes konvensional.
 
• Pemantauan rangkaian 24 jam
Digi-Path Premier termasuk pemantauan litar 24 jam sehari. Sekiranya timbul sebarang masalah, perkhidmatan itu akan meminimumkan pengaruh ke atas perniagaan perusahaan dengan segera membetulkan litar itu.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Digi-Path Premier, termasuk prosedur permohonan, perkhidmatan pilihan dan kos permulaan/bulanan, sila hubungi NTT Communications Yangon (dalam bahasa Inggeris, Jepun atau Burma) seperti berikut:
 
NTT Communications Yangon
#1504, Tingkat 15, Menara Sakura
339, Jalan Bogyoke Aung San, Perbandaran Kyauktada, Yangon, Myanmar
Tel: +95-1-255-032 / ygn-all@nttc.com.mm
 
NTT Com kini menyediakan penyambungan internet kepada perusahaan di peringkat global dan juga di tujuh buah negara di Asia Tenggara, iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja, serta Myanmar.
 
Myanmar telah mengukuhkan kehadirannya di dalam ekonomi serantau Mekong sejak bermula peralihan daripada pemerintahan tentera kepada pemerintahan demokrasi pada Mac 2011. Semakin banyak syarikat multinasional memasuki pasaran dan mewujudkan permintaan bagi perkhidmatan penyambungan internet yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi. NTT Communications Yangon telah dibuka pada Oktober 2012 untuk menyediakan penyelesaian ICT yang menggabungkan rangkaian global, penyatuan sistem dan keselamatan di seluruh Myanmar. Perkhidmatan penyambungan internet, yang kini boleh didapati di seluruh negara, sebelum ini terhad kepada penghuni di Menara Sakura di Yangon, sebuah bangunan pejabat yang bertingkat tinggi yang menempatkan syarikat-syarikat multinasional.
 
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation
NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 IP global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
Hubungi
Hubungan Media
NTT Communications Corporation
(Encik) Kuroda / (Encik) Hayashi, +81 3 6733 0018
Jabatan Perniagaan Global
apacbiz-gl@ntt.com
atau
NTT Communications (Thailand) Co., Ltd.
(Encik) Sakemi / (Cik) Tamura, +66 2 236 7227
Jabatan Perniagaan Mekong
mekong@ntt.co.th
atau
Pejabat NTT Communications Yangon
(Encik) Watanabe / (Cik) Ohnmar Min, +95 1 255 032
ygn-all@nttc.com.mm


Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160712006773/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.