ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA LANCAR IC BAHARU BAGI PERANTI PINTAR BLUETOOTH® DENGAN PENGGUNAAN KUASA RENDAH TERKEMUKA DALAM KELASNYA DALAM INDUSTRI

Friday 15/07/2016



- Menggalakkan Penggunaan Fungsi Komunikasi bagi Peranti Pemacu Bateri Syiling -

TOKYO, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran tiga litar bersepadu (IC) baharu "TC35678FSG", "TC35678FXG" dan "TC35679FSG" sebagai tambahan kepada barisan IC yang menyokong komunikasi Bluetooth® Kuasa Rendah (LE)[1] ver.4.1. Pada  voltan bekalan 3V, IC baharu itu mengambil hanya kurang separuh daripada kuasa produk Toshiba[2] sebelum ini, dan merealisasikan penggunaan semasa yang setanding dengan yang paling rendah di dalam industri[3] itu. Penghantaran sampel bermula hari ini, dengan pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan bermula pada akhir tahun 2016 bagi produk "TC35678FXG" dan pada awal tahun 2017 bagi kedua-dua IC yang lain.

Penerimaan penukar DC-DC yang sangat efisien yang diperkenalkan dalam produk sebelum ini dan satu reka bentuk litar berkuasa rendah yang asli menjamin pengurangan kuasa hampir 46% dan penggunaan kuasa puncak 3.6 mA pada 3V voltan bekalan dalam mod penghantaran.

Kedua-dua "TC35678FXG" dan "TC35678FSG" menggabungkan Flash ROM yang terbina dalam untuk menyimpan program pengguna dan pelbagai data dalam operasi berdiri sendiri. Walaupun kapasiti memori untuk program pengguna hanya 64 KB dalam produk sebelumnya, ia kini diperluaskan kepada 100 KB dalam kedua-dua IC, sekali gus menyumbang kepada kebolehkembangan program aplikasi.

Flash ROM terbina dalam itu menghapuskan sebarang keperluan untuk EEPROM luaran, yang sebelum ini diperlukan untuk operasi berdiri sendiri. Ini menyumbang kepada pengurangan kos dan ruang pemasangan dengan mengurangkan bahagian luaran.

"TC35678FXG" adalah "TC35678FSG" yang dipakej semula dalam satu pakej QFN60 yang memperluaskan jumlah kegunaan am IO daripada 16 kepada 32. Ia adalah sesuai untuk peralatan yang memerlukan sejumlah besar pin kawalan seperti papan kekunci dan alat kawalan jauh.

"TC35679FSG" tidak mempunyai Flash ROM terbina dalam dan boleh mencapai operasi kuasa yang sangat rendah dengan mengurangkan penggunaan kuasa untuk akses kepada Flash ROM. Ia sewajarnya mencapai masa operasi yang panjang untuk aplikasi yang dijana oleh bateri bersyiling kecil. Sebagai contoh, dengan menggunakan bateri bersyiling jenis CR2032, IC baharu itu boleh menjalankan operasi mata arah selama lebih satu tahun[4].

IC baharu itu akan memudahkan penggunaan komunikasi Bluetooth® LE untuk peranti boleh pakai bagi aplikasi penjagaan kesihatan dan untuk peranti kecil bergred tinggi yang menggunakan bateri syiling seperti sensor dan alat permainan, dan akan menyokong pembuat set dalam mengoptimumkan nilai produk.

Ciri-ciri Penting

- Penggunaan kuasa yang rendah:

3.6 mA (Operasi pemancar  @3.0 V, Kuasa output: 0 dBm)
3.3 mA (Operasi penerima @3.0 V)
Kurang daripada 100nA dalam mod tidur (@3.0V)

- Sensitiviti alat penerima: -93 dBm
- Menyokong peranti berpusat dan periferal Bluetooth® LE ver.4.1
- GATT terbina dalam (Profil Atribut Generik)
- Menyokong server dan fungsi pelanggan yang ditakrif oleh GATT
- Flash ROM terbina dalam 256 KB (TC35678FSG/FXG)

Penggunaan

Peranti pintar[5]  Bluetooth®  seperti peranti tahan lasak, peranti penjagaan kesihatan, aksesori telefon pintar, alat kawalan jauh dan alat permainan.
 
Spesifikasi Utama
 
Nombor Bahagian TC35678FSG/FXG TC35679FSG
Julat voltan operasi 1.8V to 3.6V
Penggunaan kuasa dalam operasi TX 3.6 mA (@3.0 V, Kuasa output : 0 dBm )
Penggunaan kuasa dalam operasi RX 3.3 mA (@3.0V)
Penggunaan kuasa dalam mod tidur Kurang daripada 100nA (@3.0V)
Julat suhu operasi -40°C hingga 85 °C
Pakej QFN40 5 mm x 5 mm 0.4 mm
pic (TC35678FSG)
QFN60 7 mm x 7 mm 0.4 mm
pic (TC35678FXG)
 QFN40 5 mm x 5 mm 0.4 mm
pic
Komunikasi tanpa wayar Bluetooth®  Kuasa Rendah ver.4.1
Termasuk Fungsi Berpusat dan periferal
CPU ARM® Cortex®-M0
Kuasa output pemancar

 0 dBm hingga -20 dBm (Langkah 4 dB)
Sensitiviti Penerima -93.0dBm
Profil HCI, GATT (Profil Atribut Generik), termasuk server dan fungsi pelanggan
Antara muka UART, I2C, SPI, GPIO
Flash ROM 256 KB 
Ciri-ciri lain Penukar DC-DC
Pengatur lantun rendah
ADC kegunaan am
Fungsi program pengguna
Isyarat sedar bagi peranti hos
Fungsi PWM
 
Nota:
[1]: Teknologi komunikasi penggunaan kuasa rendah yang ditakrifkan dalam Bluetooth® ver. 4.1.
[2]: Berbanding dengan "TC35667FTG" Toshiba.
[3]: Produk dengan penilaian yang sama (penggunaan kuasa sebanyak 3.6 milliamps (mA) pada 3V dalam mod penghantaran dengan 0dBm) adalah yang paling rendah di dalam industri setakat 14 Julai 2016, mengikut kaji selidik Toshiba.
[4]: Dikira dengan bateri 220mAh dan waktu selang mata arah 2 saat.
[5]: Peranti yang menggunakan spesifikasi teras Bluetooth ver.4.1 atau yang lebih tinggi dengan konfigurasi teras kuasa yang rendah, dan yang menggunakan kerangka berasaskan GATT yang ditentukan dalam  Bluetooth ver.4.0.
 
* Tanda perkataan dan logo Bluetooth® adalah cap dagang yang dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda itu oleh Toshiba adalah dengan kebenaran berlesen. Tanda dagang dan nama dagang lain adalah milik bagi pemilik masing-masing.

* ARM dan Cortex adalah cap dagang berdaftar bagi ARM Limited (atau anak syarikatnya) di EU dan/atau di tempat lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/wireless-communication/bluetooth/con-app.html#tc35678

Untuk maklumat lanjut mengenai litar bersepadu (IC) teknologi tanpa wayar Bluetooth® Toshiba, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/wireless-communication/bluetooth.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran Tel: +81-44-548-2821
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba mempromosikan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51381137&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160714005464/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.