ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  MEDIA PARTNERS ASIA: INDUSTRI TV BERBAYAR DI ASIA PASIFIK MENGHADAPI PERTUMBUHAN YANG PERLAHAN

Friday 15/07/2016



HONG KONG & SINGAPURA, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Industri TV berbayar di Asia Pasifik akan berkembang pada kadar purata tahunan 5.8% dari tahun 2016 hingga 2021, menurut satu laporan baharu, Pasaran TV Berbayar & Jalur Lebar Asia Pasifik, yang diterbitkan oleh penganalisis terkemuka industri Media Partners Asia (MPA).
 
MPA mensasarkan jualan industri TV berbayar merentasi 18 pasaran utama di Asia Pasifik akan meningkat daripada AS$54 bilion pada tahun 2016 kepada AS$72 bilion menjelang tahun 2021, dan seterusnya meningkat kepada AS$81 bilion menjelang tahun 2025. Kadar pertumbuhan pelanggan TV berbayar dan pendapatan bagaimanapun adalah agak perlahan, disebabkan oleh kelembapan ekonomi dan persaingan yang semakin meningkat daripada kedua-dua alternatif yang sah dan tidak sah. Pertumbuhan pelanggan TV berbayar menurun atau mengecut dengan ketara khususnya di Hong Kong, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
 
Bagaimanapun, pada masa yang sama India dan Korea kekal sebagai dua daripada rantau terbesar dan peluang TV berbayar yang paling berskala. Pertumbuhan pendapatan akan juga memecut di Australia dan Filipina, sebahagian besarnya disebabkan oleh pertumbuhan pelanggan.
 
Walau bagaimanapun, penganalisis MPA telah menurunkan ramalan pertumbuhan pelanggan di kebanyakan negara di Asia Tenggara, terutama di Indonesia, Malaysia dan Singapura, walaupun ARPU (purata hasil bagi setiap pengguna) dijangka kekal berdaya tahan di Malaysia dan Singapura.
 
Sementara itu, industri TV berbayar di China kekal sebagai yang terbesar di rantau itu dan menjadi semakin berdigital. Bagaimanapun, peluang pertumbuhan bagi TV berbayar untuk penyiar adalah terhad, berikutan peningkatan peraturan serta persaingan daripada perkhidmatan video dalam talian percuma dan berbayar.
 
Di tempat lain di rantau itu, perkhidmatan video di atas permintaan (SVOD) yang berasaskan langganan telah memberi kesan yang kecil sahaja ke atas TV berbayar setakat ini, walaupun berikutan pelancaran global bagi Netflix pada awal tahun ini, sebagai tambahan kepada persaingan yang semakin meningkat di kalangan perkhidmatan SVOD tempatan dan serantau yang lebih murah.
 
Kebanyakan pelanggan TV berbayar yang mengurangkan atau membatalkan perkhidmatan TV berbayar telah beralih kepada perkhidmatan tanpa lesen, dan pilihan percuma yang disokong oleh pengiklanan merentasi kedua-dua TV dan video dalam talian.
 
Pada masa yang sama, lebih banyak pengendali TV berbayar akan memperkenalkan kotak set-top yang bersambung yang boleh menggabungkan perkhidmatan video OTT. Di samping itu, sesetengah pengendali (khususnya syarikat telekomunikasi) semakin agresif menggabungkan kandungan video, termasuk saluran TV berbayar, dengan jalur lebar berkelajuan tinggi. Ini membantu memacukan pertumbuhan pelanggan, terutama di beberapa pasaran di Asia Tenggara.
 
Mengulas mengenai laporan itu, Pengarah Eksekutif MPA Vivek Couto berkata:
 
"Pembekal TV berbayar semakin memberi tumpuan kepada mempakej semula dan menetapkan semula harga bagi kedua-dua perkhidmatan linear dan atas permintaan. Program tempatan dan serantau Asia juga menjadi semakin penting. Sukan, kanak-kanak, infotainmen dan filem Hollywood akan kekal menjadi tulang belakang bagi pelengkap TV berbayar, walaupun saluran yang menawarkan siri TV Hollywood sedang terganggu oleh kedua-dua OTT yang sah dan yang tidak berlesen. Hanya segelintir kecil pengendali TV berbayar telah dapat menguasai atau menjanakan wang bagi tontonan video dalam talian secara berskala besar, walaupun keputusan awal di Hong Kong dan Korea adalah menggalakkan. Matlamatnya adalah untuk memacukan seterusnya putaran pertumbuhan  pelanggan dan perbelanjaan pengguna. Pengguna TV berbayar berhubungan dan analisis data menunjukkan peningkatan, walaupun seringkali pada kadar yang terlalu perlahan untuk secara efektif bersaing dengan pesaing OTT yang sah dan tidak sah. Pengendali TV berbayar yang berdaya maju akan menjadi pemacu dan mensasarkan bagi penggabungan dan pemerolehan (M&A) dan penyatuan, ketika dunia bagi TV berbayar, jalur lebar dan OTT bertembung dan bertumpu dalam konteks yang lebih luas bagi media dan telekomunikasi."
 
Hubungi
Media Partners Asia
Lavina Bhojwani
lavina@media-partners-asia.com


Sumber: Media Partners Asia
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160714006472/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.