ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  LEIGH TERRY DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI IPG MEDIABRANDS APAC

Monday 18/07/2016



NEW YORK, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketua Pegawai Eksekutif Global IPG Mediabrands Henry Tajer telah mengumumkan pelantikan Leigh Terry sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi IPG Mediabrands di Asia Pasifik. Terry adalah seorang inovator media dan pemimpin yang dipandang tinggi dengan kerjaya beliau menjangkau ke Eropah dan Pasifik.

"Asia Pasifik adalah satu keutamaan penting bagi pelaburan serantau dalam tempoh lima tahun akan datang," kata Tajer. "Rantau itu terus menawarkan potensi yang besar bagi pelanggan kami dan perniagaan kami dan Leigh memiliki bakat, pengalaman dan wawasan untuk melaksanakan rancangan kami yang telah dirangka."

Beliau berkata, "Leigh adalah seorang eksekutif yang sangat dihormati dan efektif yang telah berada dalam senarai paling dikehendaki kami untuk tempoh yang agak lama dan saya sangat teruja beliau telah memilih untuk menyertai kami."

Leigh Terry merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Omnicom Media Group yang merentasi Australia dan New Zealand. Beliau menyelia satu rangkaian yang mempunyai 900 orang merentasi 16 pejabat di tujuh perniagaan media antarabangsa. Leigh telah menjadi inovator digital selama 16 tahun, dan telah melancarkan keupayaan digital untuk OMD di London pada tahun 2000, kemudian berpindah ke Australia untuk melancarkan operasi digital, data dan operasi terus bagi agensi itu.

Terry berkata: "Selepas menghabiskan masa 18 tahun yang menakjubkan di Omnicom ia bukan satu keputusan yang mudah kerana saya meninggalkan ramai kawan, dan bukan sekadar rakan sekerja. Walau bagaimanapun, dengan peluang yang lebih luas di peringkat antarabangsa, serta tenaga, visi dan kepimpinan di IPG Mediabrands, saya teruja untuk memasuki satu era baharu dalam kerjaya saya. Saya amat berharap dapat bekerjasama dengan Henry dan pasukan berkenaan untuk mencapai visi dan dengan berbuat demikian membantu membawa IPG Mediabrands ke satu tahap baharu."

Leigh akan memulakan tugasan baharu beliau dengan IPG Mediabrands pada akhir tahun 2016, dan akan berganding dengan Reg Davidson, yang telah dinamakan sebagai ketua pegawai kewangan bagi Mediabrands Asia Pasifik pada awal tahun ini. Davidson merupakan bekas Ketua Pegawai Kewangan di IPG Mediabrands Australia.

Maklumat mengenai IPG Mediabrands

IPG Mediabrands diasaskan oleh Interpublic Group (NYSE: IPG) pada tahun 2007 untuk menguruskan kesemua asetnya yang berkaitan dengan media global. Pada hari ini, kami menguruskan lebih $37 bilion dalam pelaburan pemasaran bagi pihak pelanggan kami, dengan menggajikan lebih 8,500 pakar komunikasi pemasaran di lebih 130 buah negara.

IPG Mediabrands adalah sebuah kumpulan agensi baharu dunia yang direka dengan pemasaran dinamik sebagai terasnya. Kelajuan, ketangkasan dan data pintar kami memastikan kami terus mewujudkan pertumbuhan bagi kebanyakan jenama terbesar di dunia. Rangkaian agensi-agensi IPG Mediabrands termasuk UM, Initiative, BPN dan Orion Holdings dan juga unit-unit perniagaan khusus termasuk Magna Global, Cadreon, Ansible, Mediabrands Publishing, Reprise, Rapport dan IPG Media Lab.

IPG Mediabrands. Reka bentuk Dinamik.
 
Hubungi
Media:
IPG Mediabrands
Daniel Friedman, +1 917-520-1436
Komunikasi Korporat Global
daniel.friedman@mbww.com
atau
Andrea Mathew, +60379666118
Pengurus, Komunikasi Korporat, APAC
Andrea.mathew@mbww.com
atau
Richard McGowan, +61(0)412 277 141
Pengurus, Komunikasi Korporat, Australia
Richard@rmgcoms.com.au
 
Sumber: IPG Mediabrands

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.