ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO DALAM PAKEJ DIP8 DENGAN ARUS PEMACU 5A YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI

Tuesday 19/07/2016



Barisan produk arus besar dipertingkatkan untuk menggantikan geganti mekanikal di dalam penggunaan industri
 
TOKYO, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan penambahan tiga produk baharu kepada barisan geganti foto mereka yang boleh menggantikan geganti mekanikal dalam aplikasi industri, termasuk arus pemacu besar 5A[1] yang terkemuka di dalam industri bagi geganti foto pakej DIP8. Penghantaran produk baharu itu, "TLP3547", "TLP3548" dan "TLP3549", bermula dari hari ini.
 
"TLP3547" adalah sejenis produk 60V dengan arus pemacu besar 5A (maksimum) [1] yang terkemuka di dalam industri bagi pakej geganti foto DIP8. "TLP3548" adalah sejenis produk 400V dengan arus pemacu 0.4A (maksimum) dan pensuisan berkelajuan tinggi 1ms (maksimum.). "TLP3549" adalah geganti foto yang pertama[2] yang menggunakan struktur super-junction MOSFET, "siri DTMOS", dan adalah sejenis produk 600V dengan pemacu arus 0.6A (maksimum).
 
Tidak seperti geganti mekanikal, geganti foto tidak mempunyai kontak fizikal yang tertakluk kepada haus dan kemerosotan, satu kelebihan yang menyumbang kepada penetapan kebolehpercayaan. Penggunaan geganti foto juga menyokong pembangunan set yang lebih kecil dan lebih nipis. Di samping itu, geganti foto Toshiba yang baharu menjaminkan arus keadaan HIDUP yang tiga kali lebih besar daripada arus keadaan HIDUP yang berterusan, sekali gus mendapatkan margin untuk reka bentuk keselamatan.
 
Penggunaan Utama
  • Penggantian geganti mekanikal
  • Termostat (HVAC[2])
  • Kawalan bekalan kuasa bagi peralatan rangkaian (TCP/IP, IoT)
  • Kelengkapan automasi kilang
  • Servos AC
  • Penyongsang
  • PLC (Pengawal Logik Boleh Atur Cara)
  • Meter kuasa, meter pintar
  • Produk berkaitan keselamatan
  • ATE (Kelengkapan Ujian Automatik)
Table

Nota
[1] Untuk produk geganti foto dalam pakej DIP8, setakat 19 Julai, 2016. Tinjauan Toshiba.
[2] Untuk produk geganti foto, setakat 19 Julai, 2016. Tinjauan Toshiba.
“TLP3547” menggunakan struktur trenc generasi 8 MOSFET “siri UMOS” dan TLP3548” menggunakan struktur satah generasi 5 MOSFET “siri πMOS”.
[3] HVAC: Pemanasan, Pengudaraan dan Pendingin Hawa
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan geganti foto Toshiba.
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/photorelay.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba mempromosikan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51383758&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp


Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160719005608/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.