ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TRAVELSKY BERALIH KEPADA UNISYS AIRCORE UNTUK MEMODENKAN JUALAN DAN PERKHIDMATAN PENUMPANG SYARIKAT PENERBANGAN BAGI SYARIKAT PENERBANGAN CHINA

Wednesday 20/07/2016



AsiaNet 65156

BEIJING, China, 20 Julai, 2016/Medianet International-AsiaNet/ --
 
Pembekal penyelesaian IT penerbangan yang terkemuka di China memperkemas dan meningkatkan aplikasi jualan dan perkhidmatan penumpang melalui penyelesaian sistem terbuka modular 

Unisys Corporation (NYSE: UIS) (http://www.unisys.com/) hari ini mengumumkan bahawa TravelSky (http://www.travelsky.net/publish/english/index.html) telah berjaya melakukan peralihan kepada sistem penumpang Unisys AirCore generasi akan datang untuk memperkemas dan memodenkan aplikasi jualan dan perkhidmatan penumpang (PSS) bagi pelanggan syarikat penerbangan mereka.
http://www.unisys.com/offerings/industry-solutions/transportation-industry-solutions/aircore-airline-passenger-services

TravelSky adalah pembekal terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat untuk industri perjalanan dan pelancongan China dan menyediakan sistem kawalan tempahan, inventori dan pelepasan yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan China. Penghijrahan sistem inventori dan pengurusan jadual mereka menandakan selesainya komponen-komponen utama di dalam pemodenan PSS TravelSky generasi yang seterusnya.

Unisys menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-akhir bagi program ini termasuk keperluan analisis, reka bentuk, pembangunan, pengujian dan pelaksanaan merentasi beberapa aplikasi termasuk pengurusan jadual dan kawalan inventori. Air China (http://www.airchina.com/index.shtml) adalah merupakan pelanggan syarikat penerbangan TravelSky yang pertama untuk berhijrah kepada sistem baharu itu, dengan menjanakan kira-kira 50 juta pertanyaan penerbangan dan satu juta permintaan tempahan setiap hari.

AirCore adalah satu suite Penyelesaian Perkhidmatan Penumpang yang komprehensif yang merangkumi kedua-dua Kawalan Tempahan dan Pelepasan bagi pengangkut udara. Aplikasi modular yang berasaskan web itu adalah berdasarkan kepada standard teknologi dan industri terbuka bagi membuat ia lebih mudah untuk menambahkan aplikasi baharu atau mengintegrasikan dengan sistem lain. AirCore menyokong pelbagai saluran penyiaran termasuk mudah alih, tablet dan web, sejajar dengan inisiatif Keupayaan Pengagihan Baharu IATA (NDC) (http://www.iata.org/whatwedo/airline-distribution/ndc/pages/default.aspx) untuk membolehkan industri pelancongan mengubah cara produk udara itu dijual kepada, dan dibeli oleh, pelancong udara.

Dheeraj Kohli, naib presiden dan ketua global bagi Pelancongan dan Pengangkutan untuk Unisys, berkata: "Kami menggunakan keupayaan domain kami yang mendalam dalam bidang penerbangan, serta digabungkan dengan penyelesaian dan kepakaran IT kami, dan amalan terbaik daripada industri yang berkaitan, untuk membantu TravelSky menawarkan kepada pelanggan syarikat penerbangan mereka dengan kelenturan yang lebih di dalam aplikasi yang dihadapi pelanggan mereka. Memandangkan Unisys AirCore diasaskan kepada teknologi terbuka dan mempunyai reka bentuk yang fleksibel, TravelSky mampu untuk menyesuaikan diri dengan proses unik bagi setiap pelanggan mereka dan dengan pantas melaksanakan perubahan yang diperlukan mereka untuk memacu permintaan pasaran."

Andrew Whelan, naib presiden industri komersial, Unisys Asia Pasifik, berkata: "Asia Pasifik mewakili hampir satu pertiga daripada pasaran penumpang udara antarabangsa dunia, dan China terus mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dalam trafik domestik[1]. Oleh itu, syarikat-syarikat penerbangan China memerlukan sistem yang fleksibel untuk cepat bertindak balas kepada perubahan keupayaan dan bagi berinteraksi dengan pelanggan mereka melalui pelbagai saluran. Kami gembira kerana dapat membantu TravelSky untuk terus berkembang dan mengembangkan perkhidmatan mereka yang ditawarkan kepada pelanggan bagi memenuhi pertumbuhan penumpang yang luar biasa dan permintaan pelanggan yang sentiasa berubah di China."

Unisys mempunyai lebih 45 tahun pengalaman di dalam menyediakan penyelesaian IT termaju, misi kritikal kepada industri pelancongan dan pengangkutan (http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation). Satu perempat penumpang udara dunia mendaftar masuk bagi penerbangan mereka dengan menggunakan sistem Unisys.

[1] – Data penumpang dunia Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) – April 2016
http://www.iata.org/pressroom/pr/Pages/2016-06-30-02.aspx

Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf global yang menjalin kerjasama dengan kebanyakan syarikat terbesar di dunia dan organisasi kerajaan untuk menyelesaikan cabaran IT dan perniagaan mereka yang paling mendesak. Unisys adalah pakar di dalam menyediakan penyelesaian bersepadu, canggih kepada pelanggan di dalam pasaran kerajaan, perkhidmatan kewangan dan komersial. Dengan lebih 20,000 orang pekerja yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia, penawaran Unisys termasuk perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi, penyelesaian keselamatan, dan teknologi server atasan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unisys.com.

Maklumat mengenai Unisys Asia Pacific
Di Asia Pasifik, Unisys menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian kepada pelanggan di lebih 15 buah negara merentasi rantau itu. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.unisys.com.cn.  Ikuti kami di twitter @UnisysAPAC (https://twitter.com/UnisysAPAC), LinkedIn (https://www.linkedin.com/company/unisys), dan di China di: www.weibo.com/unisyschina dan Akaun Rasmi WeChat: Unisys China.

Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang masing-masing.

Hubungi:
Claire Hosegood
Unisys Asia Pasifik
+61 411 253 663
claire.hosegood@au.unisys.com

SUMBER: Unisys Corporation 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.