ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  UNIONPAY INTERNATIONAL MEMPERCEPATKAN PENYETEMPATAN PERNIAGAANNYA DI LUAR NEGARA - KAD UNIONPAY SEMAKIN POPULAR DI KALANGAN PELANGGAN LUAR NEGARA

Wednesday 20/07/2016



AsiaNet 65160

SHANGHAI, China, 20 Julai, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

UnionPay International sedang mempercepatkan penyetempatannya di luar negara dengan membesarkan skala pengeluaran kad di luar negara, dan dengan menyokong penggunaan kad oleh pemegang kad luar negara di pasaran tempatan, China dan negara serta wilayah lain. Data terkini menunjukkan bahawa, menjelang Jun ini, jumlah urus niaga menggunakan kad UnionPay yang dikeluarkan di luar negara telah meningkat sebanyak kira-kira 40% tahun ke tahun, jauh lebih tinggi berbanding dengan kad UnionPay yang dikeluarkan secara domestik di pasaran luar negara. Jumlah urus niaga bagi kad UnionPay yang dikeluarkan di luar negara mencakupi kira-kira separuh daripada perniagaan antarabangsa UnionPay.

Kira-kira 58 juta kad UnionPay telah dikeluarkan di 40 buah negara dan wilayah di luar negara. Tahun ini, lebih banyak pasaran mengeluarkan kad UnionPay: Lubnan, Jordan dan Qatar buat pertama kali; Amerika Syarikat mengeluarkan kad kredit UnionPaynya yang pertama, dan DBS di Singapura mengeluarkan kad UnionPaynya yang pertama. UnionPay International juga mengeluarkan kad debit Thailand berjenama tempatan yang pertama  dengan Bangkok Bank. Negara-negara di sepanjang "Belt and Road" termasuk Rusia, Kazakhstan dan Uzbekistan juga mengeluarkan produk UnionPay secara meluas.

"Kami bukan sahaja menyokong orang China 'mengembara ke luar negara', tetapi juga menawarkan perkhidmatan yang selamat dan mudah kepada pelanggan luar negara." Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International berkata, "Kami telah membolehkan peniaga dan ATM di luar negara untuk menerima kad UnionPay, menggalakkan bank-bank arus perdana tempatan untuk mengeluarkan kad UnionPay secara meluas, menawarkan keistimewaan yang disesuaikan serta produk dan perkhidmatan yang berinovatif untuk memenuhi permintaan pelanggan luar negara yang pelbagai."

Kad UnionPay amat penting dalam meningkatkan pengalaman pembayaran pelancong ke dalam negara. Pada tahun ini, jumlah urus niaga kad UnionPay yang dikeluarkan oleh Singapura di tanah besar China meningkat sebanyak kira-kira 6 kali ganda, dan kad UnionPay yang dikeluarkan di Australia, Indonesia dan Pakistan meningkat dengan mendadak. Pada Mei ini, kedai-kedai Bebas Cukai China di lapan buah lapangan terbang domestik melancarkan tawaran istimewa bagi kad UnionPay yang dikeluarkan di luar negara. Sepanjang dua bulan lalu, jumlah urus niaga kad-kad ini di lapangan terbang di Changsha, Shenyang, Xiamen dan Qingdao telah berkembang dengan pesat.

Pelanggan di luar negara kini menggunakan kad UnionPay secara kerap untuk perbelanjaan harian dan bagi perjalanan antarabangsa. Sebagai contoh, pada tahun ini, jumlah urus niaga kad UnionPay yang dikeluarkan oleh Korea di Asia Tenggara, Eropah dan Amerika meningkat berkali-kali ganda.

"Selain pembinaan rangkaian penerimaan tradisional dan pengeluaran kad, kami telah melancarkan perkhidmatan pembayaran yang berinovatif di luar negara bagi menarik lebih ramai pelanggan," kata Cai Jianbo. Pada tahun ini, produk pembayaran mudah alih UnionPay akan dilaksanakan di Asia Tenggara.

UnionPay International mempromosikan QuickPass mudah alih di pasaran seperti Korea Selatan untuk melancarkan QuickPass mudah alih di seluruh dunia. Ia juga akan membangunkan penyelesaian pembayaran mudah alih di Asia Tenggara yang meliputi stesen tol lebuh raya, stesen minyak, pasar raya, kedai serbaneka dan tempat letak kereta.

Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/

Sumber: UnionPay International 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.