ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  GENIEE INC. MENGUMUMKAN NOTIS BAGI SATU PERTAMBAHAN MODAL MELALUI PENGUNTUKAN PIHAK KETIGA DAN PEMINDAHAN SAHAM TERTUNGGAK

Thursday 21/07/2016



Kira-kira 1 bilion yen dalam dana diperoleh melalui Fenox VC, BRV, dan lain-lain
 
TOKYO, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Geniee, Inc. (Ibu Pejabat: Shinjuku-ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Tomoaki Kudo; kemudian daripada ini, "Geniee") mengumumkan bahawa hari ini ia akan melaksanakan satu kenaikan modal melalui penguntukan pihak ketiga dan pemindahan saham tertunggak yang diperuntukkan kepada Fenox Venture Capital serta BRV Japan Advisers dan dua buah syarikat lain.
  • BRV Japan Advisers Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Minato-ku, Tokyo; Wakil Pengarah: John Lee; kemudian daripada ini, "BRV")
  • Anchor Advisors Inc. (Ibu Pejabat: Minato-ku, Tokyo; Wakil Pengarah: Shinichi Muto; kemudian daripada ini, "Anchor Advisors")
  • Mizuho Capital Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Chiyoda-ku, Tokyo; Presiden: Hajime Saito; kemudian daripada ini, "Mizuho Capital")
  • Fenox Venture Capital (Ibu Pejabat: Lembah Silikon, Amerika Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif: Anis Uzzaman; kemudian daripada ini, "Fenox VC")
 
1. Tujuan peningkatan modal melalui penguntukan pihak ketiga dan pemindahan saham tertunggak
 
Tahun lepas, Geniee mencapai jualan paling tinggi di Jepun pada industri Platform Bahagian Penawaran ("SSP"). Dalam usaha untuk mempercepatkan lagi pengembangan perniagaan mereka di luar negara, syarikat itu telah memutuskan untuk menguntukan saham baharu Geniee dan memindahkan saham tertunggak kepada entiti berikut: Fenox VC dan BRV, yang mempunyai pejabat di seluruh dunia di lokasi seperti Amerika Utara dan Asia; Mizuho Capital, satu daripada modal teroka yang terkemuka di Jepun; dan Anchor Advisors, sebuah syarikat yang menyediakan khidmat nasihat M&A di antara syarikat-syarikat Jepun dan syarikat-syarikat terutamanya di Amerika Utara, Asia Tenggara dan India, dan juga yang terlibat dalam aktiviti modal teroka.
 
2. Maklumat mengenai BRV
 
Kumpulan BRV adalah sebuah syarikat modal teroka yang berasal daripada bahagian VC di sebuah firma komunikasi mudah alih utama di Eropah. BRV mempunyai pejabat di Amerika Syarikat (Lembah Silikon), Jepun, Korea, China dan juga di lokasi lain. Ia melabur dalam syarikat permulaan, seperti permulaan sistem pembayaran dalam talian, dan menyediakan perkhidmatan untuk sektor mudah alih dengan tumpuan khusus kepada syarikat-syarikat peringkat kemudian yang berpangkalan di Amerika Utara, China, dan Jepun. Kumpulan BRV juga memperoleh kekuatan rangkaian global mereka untuk menyediakan sokongan bagi pengembangan di luar negara bagi syarikat-syarikat penerima pelaburan. Pelabur termasuk SWF yang utama, pelabur institusi, dan usahawan yang terkenal di Eropah dan Amerika Syarikat. Ia adalah satu daripada syarikat modal teroka yang terkemuka di dunia yang juga mempunyai pandangan jauh untuk melabur dalam Paypal pada tahun 1998.
 
3. Maklumat mengenai Anchor Advisors
 
Anchor Advisors pada dasarnya terlibat dalam khidmat nasihat bagi penggabungan dan pemerolehan (M&A) di antara syarikat-syarikat Jepun dan syarikat-syarikat di luar negara. Kekuatan syarikat itu terletak pada khidmat nasihat M&A rentas sempadan, terutamanya dengan syarikat-syarikat yang terletak di India, Asia Tenggara, dan Amerika Utara. Setakat ini, Anchor Advisors telah membina satu rekod prestasi bagi khidmat nasihat yang terbukti bagi syarikat-syarikat yang telah mengembangkan perniagaan mereka ke India, termasuk syarikat-syarikat seperti SG Holdings dan Kumpulan YKK.
 
4. Maklumat mengenai Mizuho Capital
 
Mizuho Capital adalah cabang modal teroka bagi Mizuho Financial Group, satu daripada kumpulan kewangan komprehensif yang terkemuka di Jepun. Dengan disokong oleh satu rangkaian global dan perkongsian yang luas dengan syarikat-syarikat kumpulan, Mizuho Capital mempunyai satu rekod prestasi yang baik untuk melabur dalam syarikat-syarikat di setiap fasa daripada peringkat permulaan kepada peringkat kemudian, dan membantu mereka memperoleh penyenaraian di bursa saham.
 
5. Maklumat mengenai Fenox Venture Capital
 
Beribu pejabat di Lembah Silikon di Amerika Syarikat, Fenox VC adalah sebuah firma modal teroka yang menyediakan pelaburan bagi kira-kira 65 syarikat setakat ini di seluruh Amerika Utara, Jepun, dan Asia Tenggara. Di Jepun, syarikat itu telah menyediakan pelaburan bagi Evolable Asia Corp. (disenaraikan di bahagian Mothers di TSE pada 31 Mac 2016) Metaps Inc. (disenaraikan di bahagian Mothers di TSE pada 28 Ogos 2015), dan DLE Inc. (disenaraikan di bahagian Mothers di TSE pada 26 Mac 2014 dan disemak semula ke Bahagian Pertama di TSE pada 15 April, 2016). Di samping syarikat-syarikat yang telah disenaraikan, Fenox VC juga telah menyediakan pelaburan bagi syarikat lain seperti Terra Motors Corp., Money Forward, Inc., ZUU Co., Ltd., FiNC Inc., dan I AND C-Cruise Co., Ltd. Fenox VC telah membina satu rekod prestasi yang terbukti dalam menyokong syarikat-syarikat penerima pelaburan mencapai matlamat untuk perkembangan mereka di luar negara.
 
6. Maklumat mengenai Geniee
 
Geniee membangun dan menyediakan Geniee SSP, iaitu satu platform yang direka untuk memaksimumkan pendapatan bagi penerbit media internet yang telah mencapai di kalangan impresi paling tinggi di Jepun di kira-kira 60 bilion impresi. Geniee juga menyediakan perkhidmatan sokongan pemasaran untuk pengiklan dan agensi pengiklanan. Geniee menyediakan satu penyelesaian sehenti bagi SSP, DMP, dan DSP dengan pakar pengetahuan sebagai sebuah pakar teknologi iklan.
 
Berhubung dengan pengembangan di luar negara, Geniee International Pte. Ltd telah ditubuhkan pada tahun 2012, dan sejak itu memberikan sokongan yang diperlukan untuk memaksimumkan pendapatan bagi kira-kira 2,500 buah syarikat di Asia Tenggara melalui anak syarikat dan usaha sama yang berpangkalan di Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand dan Malaysia.
 
Hubungi
Geniee, Inc. 
Mori, 03-5337-8215
pr@geniee.co.jp

 
Sumber: Geniee, Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51381181&lang=en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.