ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  ISOCOL HOLDINGS AG MEMOHON UNTUK DISENARAIKAN DI BURSA EURONEXT PARIS

Monday 25/07/2016



ZURICH, Switzerland, 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Isocol Holdings AG telah memohon untuk disenaraikan di bursa Euronext Paris (Marché Libre).

Penyenaraian yang dicadangkan membentuk sebahagian daripada strategi pertumbuhan global syarikat dan akan membantu memenuhi permintaan kukuh di pasaran Eropah bagi produk utama syarikat iaitu Isocol™ Rubbing Alcohol Antiseptic (Antiseptik Alkohol Gosok).

Selama lebih daripada 30 tahun, Isocol™ telah menjadi produk yang perlu dimiliki oleh setiap isi rumah Australia, dengan pelbagai aplikasi dari pencucian am kepada rawatan kulit. Produk-produk Isocol™ dijual menerusi lebih daripada 1,500 pasar raya terkemuka di Australia, termasuk Woolworths, Coles dan IGA, dan juga 4,000 farmasi runcit yang merangkumi rantaian kebangsaan Priceline, Terry White dan Amcal.

Pertumbuhan awal Isocol Holdings ke Eropah akan disusuli dengan pengembangan ke dalam pasaran runcit Asia yang pantas berkembang.

Permohonan untuk penyenaraian di Euronext Paris menyusuli penstrukturan semula korporat yang telah berjaya dilaksanakan pada April 2016 kepada sebuah syarikat induk antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi James Skinner di talian +61 409 875 698.

Mengenai Euronext:
Euronext ialah bursa pan-Eropah yang pertama, merentasi Belgium, Perancis, Belanda, Portugal dan UK. Ia adalah bursa utama di zon Eropah yang ditubuhkan pada tahun 2000 dengan lebih 1,300 penerbit yang bernilai €2.6 trilion dalam permodalan pasaran.

Mengenai Isocol
Isocol ialah jenama ikonik Australia yang telah menikmati kejayaan jualan dalam negara sepanjang 30 tahun . Ia adalah sebuah perniagaan sedia ada yang menguntungkan dengan rangkaian pengedaran terkemuka yang meluas di seluruh Australia dan bersedia untuk melebarkan sayapnya di luar negara. Sila lawati www.isocol.com.au

SUMBER : Isocol Pty Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.