ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA AKAN MEMULAKAN PENGELUARAN BESAR-BESARAN BAGI PEMACU STEPPING MOTOR 2 SALURAN BIPOLAR DENGAN PENARAFAN MAKSIMUM 40V DAN 2.0A

Thursday 28/07/2016



- Reka bentuk yang mementingkan saiz dengan disokong oleh penambahan pakej –
 
TOKYO, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions hari ini mengumumkan bahawa pengeluaran besar-besaran "TC78S122FNG," sebuah pemacu stepping motor 2 saluran bipolar yang menawarkan voltan ketahanan output maksimum sebanyak 40V dan arus output 2.0A, akan bermula pada 5 Ogos. Syarikat itu juga menambah "TC78S122FTG" kepada barisan pemacu stepping motor mereka sebagai satu variasi pakej yang ditempatkan dalam pakej QFN yang lebih padat, dengan pengeluaran besar-besaran ditetapkan untuk bermula pada akhir Ogos.
 
Pemacu motor berkelajuan tinggi, berprestasi tinggi diperlukan untuk aplikasi yang termasuk alat pencetak, kamera pengawasan, peralatan automasi pejabat, terminal perbankan seperti ATM, mesin pengenalan wang kertas, mesin hiburan, dan peralatan rumah. Pada masa yang sama, pengecilan peralatan sedang dipercepatkan oleh permintaan pelanggan untuk produk yang menjimatkan ruang dengan reka bentuk yang cemerlang. Langkah-langkah untuk mengurangkan haba yang dihasilkan di dalam peralatan dan penggunaan tenaga yang rendah bagi keseluruhan unit juga semakin penting.
 
Pemacu motor Toshiba yang baharu mempunyai fungsi pemacu 2 saluran dalam satu cip dua-dalam-satu dan mampu menggerakkan dua stepping motor secara serentak. Ruang boleh dijimatkan pada papan litar dengan mengintegrasikan komponen elektronik seperti cip dua-dalam-satu.
 
Oleh kerana haba yang dihasilkan oleh IC itu sendiri, produk sebelum ini tidak dapat mencapai operasi yang berterusan dalam julat arus pemacuan bagi motor 2.0A yang digunakan dalam kebanyakan aplikasi, termasuk peralatan pejabat. Produk baharu itu boleh secara serentak memacukan dua saluran dengan mengurangkan rintangan output sebanyak 50% bagi mengurangkan penjanaan haba*1.
 
Walaupun litar pengatur bagi logik dalaman IC dalam pemacu motor sebelum ini beroperasi semasa dalam mod siap sedia, pemacu motor baharu menggabungkan satu fungsi mod tidur yang menghentikan litar itu, sekali gus mengurangkan penggunaan kuasa IC.
 
Selain itu, di samping memacukan stepping motor, pemacu motor baharu juga menyediakan satu antara muka untuk memacukan motor brushed DC yang membolehkan pelbagai kombinasi stepping motor dan motor brushed DC; sebagai contoh, satu saluran untuk stepping motor dan dua saluran untuk motor brushed DC.
 
Meningkatkan barisan produk mereka dengan membolehkan Toshiba untuk memenuhi pelbagai keperluan bagi aplikasi pemacu motor.
 
Ciri-ciri Utama bagi Produk Baharu

- Penjanaan haba rendah
Penjanaan haba bagi pemacu 2 saluran secara serentak dikurangkan oleh rintangan yang rendah (0.6Ω atau kurang, atas + bawah).

- Getaran rendah dan bunyi yang rendah
Teknologi pemanduan motor beresolusi tinggi suku langkah maksimum dan fungsi suis mod reputan bagi kawalan arus malar digunakan untuk mengurangkan getaran dan kesan bunyi.
 
- Penggunaan kuasa yang rendah
Satu fungsi mod tidur terbina dalam oleh kawalan pin luaran mengurangkan penggunaan arus IC semasa mod siap sedia.

- Pakej kecil
Rawatan haba bagi peralatan dan modul boleh dipermudahkan dengan menerima pakai pakej kecil HTSSOP/QFN beradiasi haba tinggi. Ini boleh menyumbang kepada pengecilan IC dan mengurangkan kos.
 
- Litar pengesanan kesilapan terbina dalam
Produk baharu itu menggabungkan satu penutupan haba dan satu penutupan lebihan arus. Isyarat ralat yang boleh dikeluarkan semasa reka bentuk peralatan menyumbang kepada keselamatan dan kebolehpercayaan produk akhir itu.
 
Aplikasi
Kelengkapan perindustrian (kamera pengawasan, terminal perbankan seperti ATM, peralatan automasi pejabat dan kilang), peralatan hiburan (pachinko dan mesin slot video), dan peralatan rumah (peti sejuk dan pendingin hawa)

Table
 
[Nota]
*1: Perbandingan dengan produk Toshiba  sebelum ini "TB62212."
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78S122FNG&region=apc&lang=en
http://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78S122FTG&region=apc&lang=en
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur & Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51390807&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp


Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160728005587/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.