ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  MPPD TERUSKAN USAHASAMA MANTAP DENGAN IWK

Friday 29/07/2016



Port Dickson,29 Julai (Bernama) -- Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), hari ini menandatangani perjanjian pembekalan biopepejal dan air kumbahan terawat (bioefluen) sebagai sebahagian usaha untuk merealisasikan pelaksanaan teknologi hijau melalui program 1PBT 1Negeri. Perjanjian tersebut yang disaksikan olen YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan, telah ditandatangani oleh Dato' Ab Khalid bin Mat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Sembilan, dan Datuk Ir Abdul Kadir Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif IWK.

Ini merupakan kali ketiga perjanjian sebegini ditandatangani di antara MPPD dan IWK. Perjanjian yang pertama telah berlangsung pada 28 Mac 2012 dan perjanjian kedua diperbaharui pada 7 Julai 2014. MPPD merupakan pelopor kepada penggunaan bioefluen dan biopepejal serta merupakan majlis perbandaran pertama yang menggunakan bioefluen terawat dan biopepejal untuk kegunaan kerja-kerja landskap di bawah kawasan pembandaran. Bagi perjanjian kali ketiga ini , fokus utama adalah untuk mewujudkan kerjasama dalam menghasilkan baja kompos dari biosolid yang dibekalkan oleh IWK. Ini merupakan salah satu usaha mempelbagaikan dan memperbaharui sumber sedia ada . Pihak  MPPD juga berhasrat mengeluarkan produk ini  sebagai satu tambahan hasil kepada MPPD, di samping penggunaannya dapat diperluaskan di seluruh Port Dickson terutama penggiat landskap .

Menurut Ab Khalid, “Penggunaan bioefluen dan biopepejal dalam operasi MPPD dapat menjimatkan kos operasi MPPD dalam penyelenggaraan kerja-kerja landskap. Penggunaan biproduk  hijau IWK juga menyokong visi kami untuk merancang serta melaksana pembangunan infrastruktur bandar yang mampan.”

”Selain daripada MPPD, IWK juga telah menandatangani perjanjian pembekalan bioefluen dan biopepejal bersama dengan Majlis Bandaraya Alor Setar dan Majlis Perbandaran Kangar. IWK juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan program ini”, tambah Abdul Kadir.

Majlis yang diadakan di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson itu turut dihadiri oleh Ahli- ahli Majlis, warga kerja MPPD dan IWK. Dengan termeterainya perjanjian ini, adalah diharapkan kerjasama di antara MPPD dan IWK ini akan membuka laluan untuk lebih banyak usahasama di antara pihak korporat dan agensi kerajaan dalam menggunapakai teknologi hijau demi memelihara kelestarian alam sekitar. 

 

SUMBER : Indah Water Konsortium

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 

Nama: Shahrul Nizam 

Tel: 016-207 3727

Emel: sharuls@iwk.com.my

Nama: Juwita Abdul Jalil 

Tel: 012-313 9759

Emel: juwita_mppd@yahoo.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.