ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  ROSENBLATT SOLICITORS MELANTIK NICOLA FOULSTON SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Monday 01/08/2016



LONDON, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rosenblatt Solicitors hari ini mengumumkan pelantikan Nicola ('Nicky') Foulston sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi firma undang-undang Bandar Raya itu; pelantikan beliau ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu diwujudkan itu berkuatkuasa mulai 1 September 2016.

Nicky, 49, dinamakan Veuve Cliquot Peniagawati Terbaik pada Tahun 1997 apabila beliau adalah Ketua Eksekutif bagi Brands Hatch Leisure plc – beliau telah, dan kekal, sebagai penerima paling muda untuk anugerah itu. Nicky menjadi Ketua Eksekutif bagi Brands Hatch pada awal tahun 1990 apabila perniagaan itu bernilai £6 juta dan membangunkannya untuk menjadi penganjur dan promoter terbesar bagi sukan bermotor di Eropah; pada tahun 1996, beliau mengapungkan perniagaan itu di Bursa Saham London; dan pada tahun 1999, beliau menjual perniagaan itu dengan harga lebih $195 juta kepada Interpublic, sebuah gergasi pemasaran di Amerika Syarikat.

Sejak itu Nicky telah mengendalikan sebuah pejabat persendirian keluarga dengan pelaburan ekuiti persendirian di Amerika Syarikat dan Eropah. Pada tahun 2014, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Penasihat Pembangunan Industri Kerajaan (IDAB), sebuah badan penasihat awam bukan jabatan, yang ditaja oleh Jabatan bagi Perniagaan, Tenaga & Strategi Perindustrian, untuk membantu merangsangkan pertumbuhan kerajaan di dalam perniagaan.

Ketika Mengulas mengenai pelantikan beliau, Ian Rosenblatt OBE, Rakan Kongsi Kanan di Rosenblatt Solicitors, berkata:

"Rosenblatt Solicitors telah maju dan berkembang setapak demi setapak, sepenuhnya melalui pertumbuhan organik, sejak tahun 1986 apabila saya mengasaskan Firma itu. Nicky adalah seorang ahli perniagaan yang mantap dan kami mempunyai perancangan yang sangat bercita-cita tinggi untuk Firma itu – Saya yakin bahawa ini akan menjadi satu kombinasi yang terunggul."

Nicky Foulston, Bakal Ketua Pegawai Esekutif Rosenblatt Solicitors, menambah:

"Saya amat gembira kerana dapat kembali kepada kehidupan di Bandar Raya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Rosenblatt Solicitors. Ia adalah sebuah firma yang terulung yang saya telah kenali dan kagumi selama lebih 25 tahun. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan tugas dengan pasukan mereka yang melebihi 100 orang pada bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang, untuk memacukan pertumbuhan dan membina reputasi mereka yang unik bagi perkhidmatan yang tidak ada tandingannya  dan keputusan cemerlang yang ia capai untuk pelanggan mereka."

Maklumat mengenai Rosenblatt Solicitors

-Rosenblatt Solicitors adalah sebuah perkhidmatan lengkap yang sangat bebas, firma undang-undang Bandar Raya dengan mempunyai portfolio global meliputi 250 pelanggan FTSE

-Maklumat lanjut mengenai  Rosenblatt Solicitors boleh diperolehi di: www.rosenblatt-law.co.uk

-Ikuti Rosenblatt di Twitter: @RosenblattSols

Hubungi

Pertanyaan:
Rosenblatt Solicitors
Ian Rosenblatt, 020 7955 0880
ianr@rosenblatt-law.co.uk
atau
Redleaf Communications
Emma Kane/ Amy Williams/ Lizzy Chesters
020 7382 4747
rosenblatt@redleafpr.com

Sumber: Rosenblatt Solicitors

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160801005423/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.