ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  PELAJAR KRU KABIN KAYM LAWAT AKADEMI LATIHAN MAS

Tuesday 02/08/2016



PETALING JAYA, 2 Ogos (Bernama) -- Seramai 20 orang pelajar dan empat pegawai pengiring dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) melawat Malaysia Airlines Academy (MAA) di Kelana Jaya di sini, baru-baru ini.

Kunjungan delegasi dari Krew Kabin Penerbangan KAYM itu diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi kolej berkenaan, Azmi Idris, bertujuan melihat sendiri latihan dijalankan di akademi terbabit.

Azmi berkata, lawatan itu juga membolehkan mereka mendapat maklumat lanjut mengenai suasana di akademi terbabit, selain memperoleh gambaran sebenar proses latihan serta persediaan untuk menjadi pramugari dan pramugara.

Beliau berkata, hubungan baik sedia terjalin antara Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) dengan KAYM dalam industri penerbangan diharap akan berterusan pada masa depan, sekaligus memberi impak positif yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak.

“Kunjungan ini juga memberi pendedahan bermakna kepada pelajar terbabit untuk menimba pengalaman berguna dan dorongan, terutama berkaitan tugasan, tanggungjawab serta ciri sebagai pramugari dan pramugara,’’ katanya.

MAA adalah pusat disediakan oleh MAB untuk memberi latihan serta kemahiran kepada bakal krew kabin pesawat merangkumi pramugari, pramugara, juruterbang, cef dan sebagainya.

Sepanjang kunjugan itu, delegasi berkenaan melawat tempat latihan seperti ‘cabin hall’ dan berpeluang merasai pengalaman mengendalikan simulator penerbangan, selain diberi pendedahan cara penampilan, tatasusila serta langkah keselamatan pada waktu kecemasan.

Keriangan jelas terpancar di wajah para pelajar Kru Kabin KAYM dan peluang melawat maa menjadikan mereka lebih bersemangat untuk mengejar cita-cita sebagai pramugari dan pramugara.

SUMBER : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat

Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Tel : (606) 2817732 ext  262 / 013 659 2779
Faks : (606) 2861062 
Emel : harmiyati@kym.edu.my
 
--BERNAMA

 

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.