ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN PELANTIKAN RAF SIMONS SEBAGAI KETUA PEGAWAI KREATIF JENAMA

Wednesday 03/08/2016



NEW YORK, 3 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. (NYSE: PVH), hari ini mengumumkan pelantikan Raf Simons sebagai Ketua Pegawai Kreatif bagi jenama itu, yang berkuatkuasa serta merta.
 
Encik Simons akan mengetuai strategi kreatif bagi jenama Calvin Klein di peringkat global merentasi ke seluruh jenama Calvin Klein Collection, Calvin Klein Platinum, Calvin Klein, Calvin Klein Jeans, Calvin Klein Underwear dan Calvin Klein Home. Sebagai sebahagian daripada peranannya sebagai Ketua Pegawai Kreatif, Encik Simons akan menyelia kesemua aspek dari segi Reka Bentuk, Pemasaran Global dan Perhubungan, dan Perkhidmatan Kreatif Visual. Koleksi pertama Encik Simons akan membuat penampilan sulung pada musim Luruh 2017.
 
Pelantikan Encik Simons sebagai Ketua Pegawai Kreatif menandakan bermulanya pelaksanaan strategi baharu kreatif global Calvin Klein, sebagaimana yang diumumkan pada April 2016, untuk menyatukan kesemua jenama Calvin Klein di bawah satu visi kreatif. Strategi itu merupakan sebahagian daripada satu evolusi global jenama Calvin Klein, yang bermula dengan pemerolehan semula perniagaan Calvin Klein Jeans dan Calvin Klein Underwear pada tahun 2013. Ketika Calvin Klein mahu memperkembangkan jenama itu sehingga mencapai paras $10 bilion dari segi jualan runcit global, kepimpinan baharu ini berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu sebagai jenama premium di seluruh dunia dan membuka laluan bagi pertumbuhan jangka panjang di peringkat dunia di masa hadapan.
 
"Ketibaan Raf Simons sebagai Ketua Pegawai Kreatif menandakan satu lembaran baharu yang penting bagi Calvin Klein," kata Steve Shiffman, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Calvin Klein, Inc. "Tidak sejak Encik Klein sendiri berada di syarikat itu yang menyaksikan ia diketuai oleh seseorang yang berwawasan kreatif, dan saya yakin bahawa keputusan ini akan memacukan jenama Calvin Klein dan memberi kesan yang penting pada masa hadapan. Sumbangan Raf yang luar biasa telah membentuk dan memodenkan dunia fesyen sebagaimana yang kita lihat pada hari ini dan, di bawah kepimpinan beliau, Calvin Klein akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai sebuah jenama gaya hidup global yang terkemuka."
 
Sebagai sebahagian daripada strategi yang kreatif bagi perniagaan pakaian dan aksesori, Calvin Klein turut mengumumkan pengambilan Pieter Mulier sebagai Pengarah Kreatif, dan beliau akan melapor terus kepada Encik Simons. Encik Mulier akan bertanggungjawab dalam melaksanakan visi kreatif dan reka bentuk Encik Simons bagi pakaian lelaki dan wanita yang sedia untuk dipakai, dan juga merapat dan memperkemaskan lagi barisan pakaian dan aksesori. Beliau akan juga menguruskan kesemua pasukan reka bentuk lelaki dan wanita di dalam jenama Calvin Klein, di bawah kepimpinan Encik Simons.
 
Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. (NYSE: PVH), adalah satu daripada studio reka bentuk fesyen dan pemasaran yang terkemuka di dunia. Ia mereka bentuk dan memasarkan pakaian koleksi pereka wanita dan lelaki dan pelbagai produk lain yang dihasil dan dipasarkan melalui satu rangkaian perjanjian pelesenan yang luas dan persetujuan lain di seluruh pelusuk dunia. Barisan produk di bawah pelbagai jenama Calvin Klein termasuk pakaian wanita dan suit, pakaian lelaki dan pakaian yang ditempah khas, pakaian sukan lelaki dan wanita dan pakaian koleksi, pakaian untuk sukan golf, seluar jeans, seluar dalam, wangi-wangian, cermin mata, pakaian prestasi wanita, hosieri, stokin, kasut, pakaian renang, barang kemas, jam tangan, pakaian luar, beg tangan, barangan kecil kulit, dan kelengkapan rumah (termasuk perabot). Untuk maklumat lanjut, sila layari calvinklein.com.
 
Dengan sejarah yang menjangkau lebih 130 tahun, PVH Corp. telah mencapai kecemerlangan di dalam mengembangkan jenama dan perniagaan dengan warisan Amerika yang kaya, dan seterusnya menjadi satu daripada syarikat pakaian yang terbesar di dunia. Kami mempunyai lebih 30,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dengan lebih $8 bilion pada pendapatan 2015. Kami memiliki jenama Calvin Klein, Tommy Hilfiger, Van Heusen, IZOD, ARROW, Speedo*, Warner’s dan Olga yang ikonik dan memasarkan pelbagai barangan di bawah jenama-jenama ini dan jenama lain yang terkenal yang dimiliki dan dilesenkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan daripada Speedo International, Ltd.
 
KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan pelan masa hadapan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat PVH Corp. dan anak syarikatnya (secara kolektif , "PVH") yang dibuat selaras dengan peruntukan-peruntukan safe harbor dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pelabur diingatkan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan, sebahagiannya yang tidak boleh dijangka dengan tepat, dan ada yang mungkin tidak dijangkakan, termasuk (i) pelan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat PVH adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa menurut budi bicaranya; dan (ii) risiko dan ketidaktentuan lain yang dinyatakan dari semasa ke semasa di dalam fail PVH dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.
 
Syarikat itu tidak berkewajipan untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa di masa hadapan atau sebaliknya.
 
KREDIT EDITORIAL: Calvin Klein
 
KREDIT IMEJ: © Willy Vanderperre
 
MEDIA SOSIAL: facebook.com/calvinklein; calvinklein.tumblr.com; google.com/+calvinklein;
youtube.com/calvinklein; twitter.com/calvinklein; instagram.com/calvinklein; 
pinterest.com/calvinklein
snapchat: calvinklein 
show yours. #mycalvins
brand handle: @calvinklein
 
Hubungi 
CALVIN KLEIN, INC.
Pejabat Perhubungan Global
Rod Manley, 212-292-9795
Naib Presiden Eksekutif, Perhubungan Global
rodmanley@ck.com
atau
Alexandra Wagner, 212-292-9794
Naib Presiden, Perhubungan Korporat
alexandrawagner@ck.com
atau
Pejabat Perhubungan EMEA
Denise Zamarioni, +39 02 550 50 510
Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam – EMEA
denisezamarioni@ck.com
atau
PR CONSULTING
Pierre Rougier
pierre@prconsulting.net


Sumber: Calvin Klein, Inc.
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160802006280/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.