ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  WEQOOL MEMILIH FORGE BY XURA UNTUK MENGHASILKAN PENGALAMAN SOSIAL MENYELURUH DALAM APP KECERGASANNYA DENGAN KOMUNIKASI MASA NYATA

Friday 05/08/2016



Prototaip akan dipersembahkan semasa acara demonstrasi The Getting Real with RTC di Real Time Web Solutions Conference

WAKEFIELD, Mass., 5 Ogos  (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, Inc.(NASDAQ:MESG), pereka baru utama dalam teknologi Real-Time Communication (RTC), hari ini mengumumkan platformnya iaitu forge by Xura telah digunakan untuk membekalkan keupayaan komunikasi masa nyata dalam app kecergasan sosial baharu, iaitu Weqool. Ciri-ciri RTC forge membolehkan Weqool menggabungkan kombinasi antara muka video dan pemesejan segera, membolehkan pengguna bertemu, berhubung, bersaing dan menjalinkan persahabatan di samping bersenam bersama-sama secara maya.

Rakan kongsi Xura, Blacc Spot Media iaitu syarikat pembangunan WebRTC mudah alih dan aplikasi web yang terkemuka, telah bekerjasama dengan Weqool untuk menghasilkan prototaip berasaskan web menggunakan forge by Xura, bagi memenuhi matlamat mereka untuk menghasilkan pengalaman kecergasan lebih sosial dan menyeluruh, melalui penggunaan fungsi komunikasi masa nyata. Weqool menyediakan sebuah plaftorm sosial interaktif dan mesra pengguna yang direka untuk membolehkan pengguna menonton rakaman senaman yang dihasilkan oleh jurulatih kecergasan profesional dalam app, di samping memudahkan interaksi sosial positif dalam kalangan penggunanya melalui panggilan video, pemesejan segera dan SMS.

forge by Xura telah dipilih sebagai platform paling sesuai untuk digunakan berdasarkan pengalaman Blacc Spot Media, disebabkan kebolehskalaan, kemudahan pelaksanaan dan pelbagai keupayaan klik untuk berhubungnya yang selamat, seperti panggilan video yang merupakan ciri utama app Weqool.
“Sebagai pembangun, adalah penting untuk memiliki penyelesaian yang boleh dipercayai dan boleh skala yang dapat dilaksanakan dengan cepat dan mudah,” ujar Lantre Barr, Pengasas & KPE, Blacc Spot Media. “Malah lebih penting untuk syarikat baharu yang sedang berusaha melancarkan dan melaksanakan apl baharu. Kami telah bekerjasama dengan pelanggan lain untuk menggunakan platform forge bagi mengubah pengalaman app mereka dan menikmati keserbabolehan yang ditawarkan bagi meningkatkan interaksi dan penglibatan pengguna.”

Alex Bulley, Pengasas Weqool mengulas, “Matlamat kami adalah untuk mencipta semula konsep kecergasan dalam  talian, dengan memudahkan interaksi positif dalam kalangan pengguna dengan minat yang sama melalui perantaraan pengalaman Weqool yang unik, untuk menjadikan bersenam lebih menyeronokkan, menarik dan sosial, tanpa mengira di mana anda berada pada masa tersebut. Ia adalah sebuah perjalanan yang sangat menarik untuk membawakan bukti konsep kami kepada kehidupan. Gabungan kepakaran pembangunan luar biasa Blacc Spot Media dan keupayaan RTC forge by Xura telah membantu memastikan produk kami memasuki pasaran dengan lebih cepat, membolehkan kami mengesahkan konsep kami sebelum pelancaran rasmi. Walaupun ini merupakan langkah pertama dengan prototaip berasaskan web, kami sedang berusaha untuk mengumpul pembiayaan peringkat awal bagi menerokai beberapa kemahiran baharu dan aktiviti yang menyatukan pengguna dengan cara kerjasama sosial dan saling menguntungkan.”

Prototaip Weqool akan dipamerkan buat kali pertama semasa acara demonstrasi The Getting Real with RTC di Real Time Web Solutions Conference TMC yang akan berlangsung di New York, pada 3 Ogos. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, anda boleh menonton video apl Weqool di sini, https://www.youtube.com/watch?v=6__EmaoqzIs. Sebagai penaja utama acara tersebut, pasukan forge by Xura akan membentangkan sesi dasar, dan juga hadir di sepanjang acara dengan ruang pameran untuk menunjukkan dan membincangkan keupayaan terkini forge by Xura, yang telah diumumkan lebih awal minggu ini.

Dengan hanya mendaftar, mengaktifkan akaun dan menyertai komuniti forge, perusahaan dan pembangun boleh meningkatkan pengalaman app mereka atau merintis perkhidmatan baharu, di samping mengembangkan dan menguruskan peluang penglibatan dengan melaksanakan interaksi masa nyata selamat, dalam bentuk rakan ke rakan, satu ke ramai dan interaksi kumpulan. Untuk mengetahui lebih lanjut atau mendaftar akaun forge, sila lawati: forge.xura.com. 

Mengenai Blacc Spot Media, Inc.
Blacc Spot Media ialah sebuah pasukan kerjasama pereka, pembangun dan pemimpin pemikiran yang pakar dalam Web Real-Time Communications (WebRTC). Blacc Spot Media membina aplikasi tersuai, platform perusahaan dan aplikasi mudah alih untuk pelbagai jenis pelanggan di seluruh dunia. Blacc Spot Media menjalinkan kerjasama strategik dengan banyak Platform terkemuka sebagai pembekal Perkhidmatan (PaaS) dalam industri. Blacc Spot Media yang diasaskan pada 2011 merupakan sebuah syarikat milik persendirian di manaibu pejabatnya berada di Atlanta, Ga. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.blaccspot.com. Hubungi pasukan Blacc Spot Media di press@blaccspot.com, atau hubungi +1.678.832.9502. 

Mengenai Xura, Inc.

Xura, Inc. (NASDAQ:MESG) menawarkan portfolio penyelesaian perkhidmatan digital yang mendayakan komunikasi global merentasi pelbagai jenis peranti mudah alih dan platform. Kami membantu pembekal perkhidmatan komunikasi dan perusahaan navigasi dan menjana keuntungan daripada ekosistem digital untuk mencipta pengalaman baharu dan inovatif melalui tawaran berasaskan awan kami. Penyelesaian kami menyentuh lebih daripada tiga bilion orang melalui 350+ pembekal perkhidmatan dan perusahaan di 140+ negara.  Anda boleh menemui kami di Xura.com

Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan

Siaran akhbar ini merangkumi “pernyataan yang memandang ke hadapan.” Pernyataan yang memandang ke hadapan merangkumi pernyataan pelan dan objektif untuk operasi akan datang, pernyataan prestasi ekonomi akan data ng dan pernyataan andaian yang berkaitan dengannya. Dalam sesetengah keadaan, pernyataan yang memandang ke hadapan boleh dikenal pasti oleh penggunaan terminologi seperti “mungkin,” “mengharap,” “merancang,” “menjangka,” “menganggar,” “percaya,” “potensi,” “projek,” “meramal,” “berniat,” atau negatif daripadanya atau terminologi lain yang setanding. Mengikut keadaan semula jadinya, pernyataan yang memandang ke hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor penting lain yang boleh menyebabkan hasil, prestasi dan masa kejadian sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dijangka, dinyatakan atau digambarkan oleh pernyataan yang memandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini. Risiko dan ketidaktentuan  yang dibincangkan di atas, dan juga lain-lain, dibincangkan secara terperinci dalam pemfailan kami dengan SEC. Dokumen dan laporan yang kami laporkan dengan SEC boleh didapati melalui kami, atau laman web kami, www.Xura.com, atau melalui sistem Electronic Data Gathering, Analysis, and Retrieval (EDGAR) SEC di www.sec.gov.  

SUMBER: Xura, Inc. 

Hubungan Media:
Maria Hudson Xura
maria.hudson@xura.com
+44 7967813429
Maklumat Perhubungan Pelabur:
Luke Todd Xura
Luke.todd@Xura.com
+1-781-213-2131

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.