ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  CHIBA MENAWARKAN LAWATAN BAS LEBUH RAYA SECARA PERCUMA DARI LAPANGAN TERBANG NARITA KE TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN

Friday 05/08/2016



AsiaNet 65314
 

CHIBA, Jepun, 5 Ogos, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Kerajaan Wilayah Chiba akan menawarkan perkhidmatan "Bas Lebuh Raya" yang terhad untuk satu tempoh dari 17 Sept. hingga 31 Okt., 2016, dengan menyediakan kepada penumpang yang menaiki dan turun dari Lapangan Terbang Narita dengan perjalanan bas secara percuma ke tempat-tempat pelancongan yang masyhur di wilayah itu, termasuk Kamogawa dan Choshi. Perkhidmatan bas itu, kesemuanya untuk perjalanan jarak dekat dari Lapangan Terbang Narita, akan membawa penumpang ke destinasi-destinasi menarik di Chiba, termasuk yang menawarkan pemandangan indah dan cita rasa yang hebat.
 
(Imej:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201608043163/_prw_OI1fl_wDpA105i.jpg)
 
Perkhidmatan Bas Lebuh Raya disediakan secara percuma kepada penumpang yang menggunakan sama ada penerbangan masuk atau keluar dari Lapangan Terbang Narita. Sila pertimbang untuk mengambil perjalanan menaiki Bas Lebuh Raya bagi menikmati Chiba sebelum berlepas dari atau selepas tiba di Lapangan Terbang Narita.
 
1. Tempoh operasi:
45 hari dari 17 Sept. Higga 31 Okt., 2016  
 
2. Perjalanan operasi (2 laluan)
(1) Perjalanan ulang-alik dari Lapangan Terbang Narita ke Kamogawa (melalui Ichihara, Ohara, Onjuku dan Katsuura)  
Kamogawa Sea World adalah sebuah tempat peranginan marin yang popular untuk memerhatikan pelbagai haiwan marin dan mengalami pelbagai program amali.
 
(2) Perjalanan pergi balik dari Lapangan Terbang Narita melalui Choshi, Sawara, Sosa dan Asahi.
Sawara/Choshi, sebuah tapak Warisan Jepun, masih mempunyai deretan rumah yang mengingatkan kita kepada keanggunan era Edo (1603-1867).
 
3. Butiran lawatan
(1) Jumlah lawatan sehari
Perjalanan Kamogawa: 3 perkhidmatan ulang-alik sehari
Perjalanan Choshi : 4 perjalanan pergi balik sehari, termasuk 2 perjalanan Sawara dan 2 perjalanan Sosa/ Asahi
 
(2) Tambang
Tiket satu hari: 1,000 yen bagi perjalanan Kamogawa dan 700 yen untuk perjalanan Choshi
 
* Separuh tambang untuk kanak-kanak sekolah rendah, percuma bagi kanak-kanak prasekolah, dan juga percuma bagi penumpang yang dalam penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Narita.
 
(3) Pendaftaran
Sila layari laman web kami di (http://www.chibustory.jp/en/) untuk tujuan pendaftaran. 
 
(4) Lain-lain
Faedah khas diberikan kepada pemegang tiket bas di pelbagai hentian di sepanjang laluan bas itu.   
 
Untuk butiran lanjut, sila layari http://www.chibustory.jp/doc/pamphlet_en.pdf 
 
Sumber: Bahagian Perancangan Pengangkutan, Kerajaan Wilayah Chiba
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.