ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  UNIONPAY INTERNATIONAL: 3 PETUA YANG PERLU DIKETAHUI KETIKA MENGGUNAKAN KAD DI BRAZIL

Friday 05/08/2016



AsiaNet 65326
 
SHANGHAI, China, 5 Ogos, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Jika anda bakal berkunjung ke Brazil, jangan lupa untuk membawa bersama-sama kad UnionPay anda (nombor kad bermula dengan 62) supaya anda dapat menikmati perkhidmatan yang mudah dan layanan utama. Pada masa ini, 60% daripada peniaga dan 30,000 Mesin Teler Automatik (ATM) di Brazil menerima kad UnionPay, dan kebanyakan peniaga menyediakan tawaran eksklusif untuk kad UnionPay.
 
Petua 1: Pengeluaran tunai di lapangan terbang dan di pusat beli-belah
 
Anda boleh mengeluarkan wang tunai dan menyemak baki dengan kad UnionPay di ATM di Bank Itau dan Citibank. Bank Itau adalah bank komersial tempatan yang terbesar dan mempunyai kira-kira 30,000 ATM di seluruh Brazil. Bank itu mengenakan bayaran komisen ATM paling rendah: 6 BRL bagi setiap urus niaga.
 
Di Copacabana, Ipanema, dan Barra, terdapat lebih 20 ATM Bank Itau di setiap daerah pantai ini. Setiap ATM mempunyai had bagi setiap pengeluaran tunai, lazimnya 750 BRL.
 
Anda dinasihatkan untuk mengeluarkan wang tunai di lapangan terbang dan di pusat beli-belah. ATM-ATM Itau boleh ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro, Shopping Botafogo, Leblon Mall, dan Barra Shopping.
 
Petua 2: Kedai-kedai dan kedai barangan kemas Churrasco menerima kad UnionPay
 
Di Brazil, peniaga yang menerima kad UnionPay meliputi kebanyakan restoran tempatan, lebih 10 kedai barangan kemas H.Stern dan Amsterdam Sauer di Sao Paulo, Rio, Iguazu, Manaus dan Brasilia, serta kedai berjenama Havaianas dan Melissa. Anda juga boleh menggunakan kad UnionPay untuk membeli tiket ke Taman Pergunungan Sugarloaf.
 
Kad cip UnionPay adalah disyorkan kerana ia lebih selamat dan lebih mudah. Juruwang tempatan akan meminta anda sama ada anda menggunakan kad Debit atau kad Kredit. Sila beri jawapan 'Kredit' walau apa pun kad anda.
 
Petua 3: Banyak peniaga menyediakan tawaran eksklusif untuk UnionPay
 
Ketika membayar dengan kad UnionPay, anda boleh mendapatkan Kemeja-T gaya Rio di H.stern, Amsterdam Sauer dan Moreno di Rio, dan menikmati diskaun 10% di Restoran ChonKou dan Restoran Chinese Palace.
 
Tawaran eksklusif kad UnionPay juga disediakan di kebanyakan kedai bebas cukai di transit lapangan terbang, seperti BuY PARIS DUTY FREE di Lapangan Terbang Charles De Gaulle dan Lapangan Terbang Orly, DFS di Lapangan Terbang Antarabangsa JFK, dan International Shoppes dan Dufry di lima lapangan terbang utama di Amerika Syarikat.
 
Selain Brazil, kad UnionPay boleh digunakan dengan mudah di 11 buah negara Amerika Latin, termasuk Mexico, Argentina, Peru, Bahamas, Surinam, dan Cuba. Kad UnionPay kebanyakannya diterima di bandar raya utama dan destinasi pelancongan, yang meliputi tempat-tempat pemandangan yang indah, pusat beli-belah, kedai bebas cukai, dan restoran popular di kalangan pelancong. Hampir kesemua peniaga dan ATM di Cuba, dan lebih 80% daripada ATM dan 100,000 peniaga di Mexico menerima kad UnionPay.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
Sumber: UnionPay International 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.