ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  PANGKALAN KEUSAHAWANAN JISIM & DEMONSTRASI INOVASI NANNING-ZHONGGUANCUN MEMULAKAN OPERASI SECARA RASMI DI NANNING

Friday 05/08/2016



AsiaNet 65327
 
Nanning, China, 5 Ogos, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pangkalan Keusahawanan Jisim & Demonstrasi Inovasi Nanning-Zhongguancun secara rasmi memulakan operasi pada 24 Julai di Zon Teknologi Tinggi Nanning. Sebelum itu, Setiausaha Jawatankuasa Parti bagi Wilayah Autonomi Guangxi Peng Qinghua bertemu dengan delegasi yang diketuai oleh Timbalan Datuk Bandar Beijing Sui Zhenjiang, yang juga merupakan Setiausaha Jawatankuasa Parti bagi jawatankuasa pengurusan Zhongguancun. Pengerusi wilayah autonomi itu Chen Wu, bersama-sama dengan Sui Zhenjiang, melancarkan pangkalan itu dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu bagi kumpulan pertama perusahaan yang bakal menetap.
 
Adalah dikatakan bahawa Pangkalan Keusahawanan Jisim & Demonstrasi Inovasi Nanning-Zhongguancun akan berusaha untuk membina dirinya menjadi sebuah ekosistem yang berinovatif yang disokong oleh teknologi maklumat, berorientasikan pengeluaran pintar dan dikuasai oleh perusahaan yang hebat melalui Keusahawanan Jisim & Pangkalan Inovasi dan pelbagai platform sokongan, sekali gus mengumpulkan bersama-sama modal, bakat dan faktor-faktor inovasi pada skop global. Dengan kesemua usaha ini, Pangkalan itu akan mereplika dan mengembangkan kejayaan Zhongguancun, dengan mengubah Nanning menjadi sebuah bandar raya moden yang dipacukan oleh perkhidmatan di wilayah China-ASEAN.
 
Ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Parti bagi Wilayah Autonomi Guangxi dan setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Nanning Wang Xiaodong berkata Nanning akan berusaha sedaya upaya untuk membina Pangkalan Keusahawanan Jisim & Demonstrasi Inovasi dan menggalakkan transformasi pencapaian sains dan teknologi kepada produktiviti yang praktikal.
 
Menurut rancangan itu, Pangkalan Keusahawanan Jisim & Demonstrasi Inovasi Nanning-Zhongguancun pada dasarnya akan menjadi sebuah pusat inovatif antarabangsa di kawasan berjiran dan sebuah pusat antarabangsa yang komprehensif untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), bakat, komunikasi dan perkhidmatan agar dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada kawasan tengah dan selatan, barat dan selatan serta ASEAN wilayah pada tahun 2020. Sementara itu, Pangkalan itu akan semakin mendapat pengaruh dengan berkumpulan bersama-sama faktor-faktor inovatif atasan.
 
Pada masa ini, Nanning telah menjalankan kerjasama yang dipertingkatkan dengan Zhongguancun di dalam bidang seperti data besar, pengkomputeran awan, pembuatan pintar, pemuliharaan tenaga dan perlindungan alam sekitar, dan pertanian moden. Pangkalan Keusahawanan Jisim & Demonstrasi Inovasi Nanning-Zhongguancun telah memperkenalkan lebih 12 buah syarikat berteknologi tinggi termasuk CEIIF, Google AdWords Experience Center (Guangxi), Smart Cloud, Guangxi JieJiaRun Agricultural Science & Technology Co. Ltd dan HIT Robot Group.
 
Sumber: Perbandaran Biro Berita Nanning
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=274379
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.