ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  BANDAR RAYA SUTERA WUJIANG MEMPROMOSIKAN BANDAR QIPAO DI BEIJING

Monday 08/08/2016



AsiaNet 65329

BEIJING, China, 8 Ogos, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan Penggalakan Bandar Qipao Wujiang China dan persidangan media bagi Pertandingan Reka Bentuk Seni Bina Antarabangsa yang ditaja oleh Kerajaan Daerah Wujiang dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Pentadbiran Bandar Raya Baharu Tasik Taihu Wujiang dan Jawatankuasa Pentadbiran Resort Ekopelancongan Tasik Taihu Timur Wujiang telah berlangsung dengan jayanya di Beijing pada 3 Ogos. Dengan temanya yang membawa ke hadapan budaya tradisional dan mewarisi seni ketukangan, persidangan ini telah menghantar jemputan kepada para arkitek yang cemerlang dari dalam dan luar negara untuk mereka bentuk bangunan-bangunan teras di Bandar Qipao bagi tujuan memilih reka bentuk yang terbaik yang menggabungkan unsur-unsur Qipao dengan ciri-ciri seni bina kontemporari.

Bandar Qipao terletak di tengah-tengah kawasan pusat bandar Wujiang, yang telah melahirkan ramai sarjana kraf sutera yang terkenal, termasuk Fei Dasheng, "Ibu Sutera", Qian Xiaoping, pewaris warisan kebudayaan tidak ketara negara bagi broked Song dan Zhu Hongsheng, "Kamus Bergerak bagi Sekolah Shanghai bagi Qipao". Pengeluaran tekstil sutera telah menjadi industri yang terkemuka di Wujiang dengan kapasiti pengeluaran membabitkan ratusan bilion Yuan. Eksport produk bagi suteranya mencakupi 1/6 daripada jumlah keseluruhan negara.

Berikutan pembangunan kawasan pedalaman industri Wujiang dan warisan budaya yang mendalam, Bandar Qipao komited untuk membawa ke hadapan budaya tradisional dan mewarisi seni ketukangan itu. Pada masa akan datang, ia akan dibina menjadi sebuah bandar budaya dengan bertemakan budaya Qipao, bandar perindustrian yang mewarisi seni ketukangan dan bandar pelancongan dengan landskap Sungai Yangtze Selatan yang indah dan visi cemerlang mengenai "Qipao adalah wakil terbaik bagi kostum-kostum China sejak beribu-ribu tahun yang lalu, Wujiang adalah wakil terbaik bagi warisan Qipao" akan menjadi kenyataan.

Impian Bandar Qipao menarik perhatian para pemimpin fesyen. Sebagai pereka fesyen China yang pertama yang diketengahkan pada Minggu Haute Couture Paris, Lawrence Xu mereka bentuk satu siri karya-karya agung klasik termasuk gaun jubah naga "Oriental Auspicious Cloud" untuk Fan Bingbing. Dari sudut pandangan beliau, dengan peradaban yang bagus sekali selama lima ribu tahun, Qipao adalah wakil bagi kostum-kostum China dengan keindahan ketimuran. Bandar Qipao akan mencapai kejayaan dengan melakukan inovasi di atas dasar menyerapkan intipati daripada klasik China.

Pertandingan reka bentuk ini telah menjemput bidaan untuk projek-projek teras seperti Muzium Qipao, hotel-hotel yang bertemakan Qipao, Institut Penyelidikan Qipao, Lady’s College, kawasan pameran luar Qipao dan sebagainya. Keseluruhan pertandingan itu dengan proses permohonan, penerimaan fail, penilaian dan penutup akan berlangsung dari bulan Ogos sehingga akhir tahun 2016. Peserta boleh mendaftar di laman web rasmi Bandar Qipao (http://www.townqipao.com/). Pakar-pakar berwibawa di China adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam proses penilaian dengan Zhou Chang (Setiausaha Agung bagi Persatuan Seni Bina China) sebagai Pengerusi panel hakim. Satu Hadiah Pertama, dua Hadiah Kedua, dan tiga Hadiah Ketiga akan dipilih. Mereka akan dianugerahkan dengan bonus dan peluang untuk mengambil bahagian di dalam pembinaan bandar itu.

Sumber: Xinhuanet.com 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.