ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  GENIEE MEMBENTUK GABUNGAN MODAL DAN PERNIAGAAN DENGAN ADPUSHUP, PERKHIDMATAN PENGOPTIMUMAN PENDAPATAN PENGIKLANAN YANG MENINGKATKAN PENDAPATAN MEDIA SEBANYAK 69%

Monday 08/08/2016



Melancarkan penawaran eksklusif di Jepun dan Asia Tenggara

TOKYO, 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Geniee, Inc. (Ibu Pejabat: Shinjuku-ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Tomoaki Kudo; kemudian daripada ini, "Geniee") mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu kontrak pelaburan dengan AdPushup, Inc. (Ibu Pejabat: Delaware, Amerika Syarikat; pengasas bersama Atul Agarwal dan Ankit Oberoi; kemudian daripada ini, "AdPushup"), sebuah pembekal produk pengoptimuman pendapatan pengiklanan yang disasarkan kepada  penerbit web dan syarikat-syarikat media dalam talian di seluruh dunia.

Tujuan pelaburan itu

Pelaburan ini bertujuan untuk mengintegrasikan penyelesaian Geniee, yang direka untuk memaksimumkan pendapatan pengiklanan bagi penerbit media Internet, dengan keupayaan pengoptimuman pendapatan berasaskan paparan AdPushup, dan menyediakan perkhidmatan yang digabungkan kepada pengguna di Jepun dan Asia Tenggara di mana Geniee SSP ("Platform Bahagian Penawaran") digunakan. Ini dijangka akan meningkatkan lagi pendapatan pengiklanan paparan bagi penerbit di rantau itu.

Syarikat-syarikat itu juga merancang untuk mengembangkan perniagaan di India dan Amerika Syarikat dengan menyediakan Geniee SSP kepada AdPushup, yang mengendalikan urus niaga dengan lebih 400 buah syarikat media Internet yang terletak terutamanya di negara-negara berkenaan.

Maklumat mengenai AdPushup

Ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 2014, AdPushup adalah sebuah syarikat teknologi pengiklanan yang pesat berkembang yang menyediakan sebuah produk, yang membantu mengoptimumkan pendapatan daripada paparan iklan di Internet.

Produk pengoptimuman pendapatan iklan itu yang disepadukan di dalam gabungan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan paparan iklan dengan menggunakan mesin yang belajar untuk mengoptimumkan susun atur, saiz dan jenis iklan di dalam ruangan iklan untuk menyesuaikan dengan setiap pengunjung individu laman web. Setakat ini, syarikat itu telah mencapai pengoptimuman pendapatan purata sebanyak 69% untuk lebih 400 penerbit web di India dan Amerika Syarikat.

Pada tahun 2014, AdPushup menerima pembiayaan modal permulaan daripada kumpulan Angel Investors termasuk Jonathan Boutelle dan Amit Ranjan, yang sebelum ini merupakan pengarah LinkedIn dan pengasas Slideshare; Ravi Srivastava, Pengasas Rakan Kongsi di Purvi Capital; Sachin Arora, sebelum ini merupakan Jurutera Data Utama Produk Pengiklanan di Yahoo; Kima Ventures; dan Microsoft Ventures.

Selain meningkatkan keupayaan dan penyatuan dengan perkhidmatan Geniee, AdPushup juga merancang untuk memperluas dan mempercepatkan perkhidmatan yang ia tawarkan kepada penerbit web dan syarikat-syarikat media dalam talian di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Geniee

Geniee ditubuhkan pada tahun 2010. Syarikat itu membangun dan menyediakan Geniee SSP, satu platform yang direka untuk memaksimumkan pendapatan bagi penerbit media Internet, yang kini menyediakan 60 bilion impresi sebulan — yang paling tinggi di Jepun.

Geniee bukan sahaja menyediakan analisis yang menyeluruh mengenai pelayar web dan aplikasi untuk pengiklan, tetapi juga menawarkan MAJIN, satu perkhidmatan automasi pemasaran yang menggunakan AI dan automasi untuk meningkatkan aktiviti pemasaran pada setiap peringkat bermula daripada menarik pelanggan sehingga kepada menggerakkan jualan.

Sebagai sebuah firma teknologi pengiklanan, Geniee mengekalkan satu tahap kepakaran yang tinggi di dalam merealisasikan pendapatan dan menarik pelanggan dan pada masa yang sama menawarkan satu daripada struktur kakitangan sokongan yang terbesar di Jepun.

Berhubung dengan pengembangan di luar negara, Geniee International Pte. Ltd. diwujudkan pada tahun 2012, dan sejak itu telah meningkatkan operasi sokongan yang diperlukan untuk memaksimumkan pendapatan bagi kira-kira 2,500 buah syarikat di Asia Tenggara melalui anak syarikat dan usaha sama yang berpangkalan di Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Hubungi

Untuk pertanyaan berhubung pelaksanaan Geniee SSP, sila hubungi:
Geniee, Inc.
Bahagian Ad Platform, 03-5337-8210
http://geniee.co.jp/inquiry/other.html
atau
Untuk pertanyaan berkaitan media berhubung siaran media ini, sila hubungi:
Geniee, Inc.
Mori, 03-5337-8215
pr@geniee.co.jp

Sumber: Geniee, Inc.

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51387345&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.