ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  ALLIED WORLD ASIA PASIFIK LANTIK RAMESH SIVANATHAN SEBAGAI PENGURUS KAWASAN, MALAYSIA

Thursday 11/08/2016



ZUG, Switzerland, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Allied World Assurance Company Holdings, AG (NYSE: AWH) hari ini mengumumkan bahawa Allied World Asia Pasifik telah melantik Ramesh Sivanathan sebagai Naib Presiden, sekali gus memenuhi peranan sebagai pengurus kawasan di Malaysia. Beliau akan berpangkalan di Kuala Lumpur.
 
Michael Garrison, Naib Presiden Kanan, Ketua bagi Insurans, Asia Pasifik, berkata: "Malaysia adalah sebuah pasaran yang mempunyai potensi yang amat besar, dan kehadiran Ramesh akan membolehkan kami menggerakkan pelan pertumbuhan kami untuk negara itu. Kami akan mewujudkan satu kehadiran yang mantap, dan akan secara aktif berusaha mempelbagaikan penawaran kami."
 
Encik Sivanathan mempunyai pengalaman hampir tiga dekad di dalam industri itu, dengan memulakan kerjayanya dalam bidang pelarasan kerugian, sebelum berpindah ke dalam bidang pembrokeran dan pengunderaitan untuk Financial Lines. Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah bagi Pembangunan Perniagaan untuk Federal Insurance cawangan Labuan, dan jawatan terbaharu beliau adalah sebagai Pengurus Asia RI untuk Financial Lines di AIG Singapura.
 
Maklumat mengenai Allied World
 
Allied World Assurance Company Holdings, AG, melalui anak syarikatnya dan jenama yang dikenali sebagai Allied World, adalah sebuah pembekal dunia bagi hartanah yang berinovatif, insurans kecederaan dan khas dan penyelesaian insurans semula. Allied World menawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik menerusi satu rangkaian pejabat dan cawangan di seluruh dunia. Kesemua anak syarikat insurans dan insurans semula yang terkadar oleh Allied World diberi nilai A oleh A.M. Best Company, A oleh Standard & Poor's, dan A2 oleh Moody's, dan Lloyd's Syndicate 2232 kami diberi nilai A+ oleh Standard & Poor's dan AA- oleh Fitch.
 
Sila layari laman berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Allied World: Web: www.awac.com | Facebook: www.facebook.com/alliedworld | LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/allied-world
 
Kenyataan Peringatan Berhubung Kenyataan Yang Berpandangan ke Hadapan
 
Mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat di dalam siaran media ini menggambarkan pandangan semasa kami berhubung peristiwa dan prestasi kewangan akan datang dan dibuat selaras dengan peruntukan-peruntukan safe harbor yang terkandung di dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan seperti itu membabitkan risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam kenyataan ini. Sebagai contoh, kenyataan berpandangan ke hadapan kami boleh terjejas oleh trend harga dan tempoh polisi; peningkatan persaingan; kecukupan bagi kehilangan rizab kami; tindakan negatif oleh agensi penarafan; peningkatan kekerapan atau teruknya peristiwa bencana yang sukar diramal; kesan daripada tindakan keganasan dan tindakan perang; syarikat atau anak syarikatnya menjadi tertakluk kepada cukai pendapatan yang ketara di Amerika Syarikat atau di tempat lain; perubahan di dalam peraturan-peraturan atau undang-undang percukaian; perubahan di dalam kebolehsediaan, kos atau kualiti insurans semula atau liputan retrocessional iaitu amalan sebuah syarikat insurans semula yang menyediakan perkhidmatan yang lain dengan menginsuranskan aktiviti syarikat insurans semula yang lain, keadaan ekonomi yang buruk secara am; dan perkembangan kehakiman, perundangan, politik dan perkembangan kerajaan yang lain, serta tindak balas pengurusan terhadap faktor-faktor ini, dan faktor-faktor lain yang dikenal pasti di dalam fail kami yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Anda diingatkan supaya tidak terlalu bergantung kepada kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini, yang tepat hanya setakat tarikh ia dibuat. Kami tidak bertanggungjawab (dan menafikan dengan jelas sebarang tanggungjawab) untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa, sama ada hasil daripada maklumat baharu, perkembangan baharu di masa hadapan atau sebaliknya.
 
Hubungi
Allied World Assurance Company Holdings, AG
Media:
Faye Cook, +1-441-278-5406
Naib Presiden Kanan, Pemasaran & Perhubungan
Faye.Cook@awac.com

atau

Pelabur:
Sarah Doran, +1-646-794-0590
Naib Presiden Kanan, Perhubungan Pelabur dan Bendahari
Sarah.Doran@awac.com
Laman web: www.awac.com
 
Sumber: Allied World Assurance Company Holdings, AG
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160810006142/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.