ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  PAMERAN PRODUK PERHUTANAN ANTARABANGSA YIWU CHINA 2016 AKAN DIADAKAN PADA 1 HINGGA 4 NOVEMBER

Thursday 11/08/2016



Pameran Produk Perhutanan Antarabangsa Yiwu China 2016

1 hingga 4 November, 2016, Pusat Ekspo Antarabangsa Yiwu, China

Petak standard: 3,000+

Syarikat yang mempamerkan: 1,200+

Pelawat profesional yang dijangka: 100,000+

http://en.forestryfair.com
 
YIWU, China, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Produk Perhutanan Antarabangsa Yiwu China 2016, yang memberi tumpuan kepada mempamerkan inovasi perhutanan dan mempromosikan peluang-peluang perniagaan, akan diadakan di Yiwu di Timur Wilayah Zhejiang, China pada 1 hingga 4 November, 2016. Diadakan untuk tahun kesembilan, acara tahunan ini dijangka dapat menarik bilangan pempamer paling tinggi iaitu sebanyak 1,200 dari seluruh China dan dari seluruh dunia untuk memperagakan produk dan teknologi mesra alam mereka yang terkini.
 
Bertemakan "Berkongsi Amalan Hijau", Pameran terunggul untuk tahun ini membabitkan lapan kategori: Perabot & Aksesori, Kerja kayu & Bahan Binaan Kayu, Kraftangan Kayu & Buluh, Keperluan Harian Kayu & Buluh, Makanan Hutan, Produk Teh, Bunga & Berkebun, Teknologi Perhutanan & Peralatan Perhutanan. Lebih 3,000 petak standard akan disediakan untuk 1,200 pempamer di Pusat Ekspo Antarabangsa Yiwu. Dianggarkan 100,000 orang pengunjung dan pembeli yang berpotensi, termasuk 5,000 pelawat dari luar negara akan menghadiri acara itu untuk memeterai urus niaga bernilai kira-kira RMB 4 bilion (AS$ 603 juta).
 
Pameran Produk Perhutanan Antarabangsa Yiwu China, yang dianjurkan bersama oleh Pentadbiran Perhutanan Negeri dan Kerajaan Wilayah Zhejiang, adalah merupakan pameran perhutanan tani China yang pertama dan kedua di peringkat dunia yang diiktiraf oleh The Global Association of the Exhibition Industry (UFI). Ia juga merupakan pameran produk hutan yang terbesar di China dan yang menjangkau ke seluruh dunia. Sebagai penggalak operasi hijau, karbon rendah dan yang mesra alam sekitar, Pameran itu berfungsi sebagai platform yang terbaik di rantau Asia Pasifik untuk meningkatkan peluang-peluang perniagaan yang berkaitan dengan perhutanan, berhubung saiznya, nilai urus niaga dan kesan di dalam industri perhutanan. Sejak lapan tahun yang lalu berikutan penubuhannya pada tahun 2008, Pameran itu telah memenangi sejumlah 20 anugerah dan hadiah di peringkat kebangsaan, termasuk Anugerah "10 Jenama Pameran Yang Terkemuka di China 2015".
 
Venue pameran seluas 70,000m2 itu akan diisi dengan keseronokan dan peluang-peluang kerana ia mencetuskan tindak balas kimia bukan sahaja di antara pempamer dan pengunjung, tetapi juga di kalangan kesemua peserta. Jika anda seorang peserta di dalam industri perhutanan, anda tidak mempunyai pilihan melainkan untuk menyertai acara 4 hari yang menarik ini!
 
Semak senarai pempamer secara dalam talian: http://en.forestryfair.com/exhibitors/index.html
 
Mohon untuk mendapatkan lencana: http://en.forestryfair.com/Visitor/apply/index.html
 
Hubungi
Pameran Produk Perhutanan Antarabangsa Yiwu China
Hui Wang, 0086-579-85415888
service@yiwufair.com

Sumber: Pameran Produk Perhutanan Antarabangsa Yiwu China

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160810006263/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.