ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  FIRST DATA MELANTIK IVO DISTELBRINK UNTUK MENGETUAI RANTAU ASIA PASIFIK

Thursday 18/08/2016



Pemimpin Perbankan Global akan Menyertai Jawatankuasa Pengurusan First Data
 
NEW YORK, 18 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- First Data, sebuah peneraju dunia di dalam teknologi pemungkin perdagangan dan penyelesaian, hari ini mengumumkan bahawa Ivo Distelbrink akan menyertai syarikat itu untuk menerajui perniagaannya di rantau Asia Pasifik (APAC). Distelbrink yang akan melapor kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Frank Bisignano, akan berpangkalan di Singapura dan akan juga menduduki  Jawatankuasa Pengurusan First Data.
 
"Saya amat gembira untuk mengalu-alukan Ivo ke dalam pasukan First Data ketika beliau bersedia untuk mengetuai perniagaan kami di APAC, di mana kami melihat peluang pertumbuhan yang signifikan untuk First Data," kata Bisignano. "Dengan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman di dalam bidang perbankan global, dan ditambah dengan pengetahuan serantau yang meluas, Ivo adalah pemimpin yang paling sesuai untuk mengambil kesempatan daripada trend industri yang baru muncul di Asia Pasifik, termasuk peralihan berterusan kepada ePerdagangan dan pembayaran mudah alih."
 
First Data adalah sebuah pembekal teknologi ePerdagangan dan mudah alih yang terkemuka, pemeroleh saudagar, pemproses pengeluar dan pembekal perkhidmatan ATM kepada institusi kewangan dan perniagaan di seluruh APAC, dengan operasi di Australia, Korea Selatan, India, China, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Brunei dan New Zealand. Sejak kemasukannya ke rantau ini pada tahun 1992, First Data telah memperluaskan kehadirannya untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan di 19 buah negara Asia Pasifik, termasuk Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.
 
Distelbrink akan mengambil alih kepimpinan bagi sebuah kawasan di mana First Data mempunyai sejarah lebih 20 tahun dalam menawarkan penyelesaian yang berinovatif yang disesuaikan untuk pasaran APAC. Pada tahun 1995, First Data adalah merupakan satu daripada syarikat bukan dari China yang pertama untuk membina sebuah pusat data di tanah besar China. Di India, First Data mempunyai sebuah saudagar yang memperoleh dan mengeluarkan perhubungan dengan satu daripada bank terkemuka di negara itu. Untuk menangani pelbagai keperluan pengeluar di APAC, First Data mengendalikan sebuah pusat kecemerlangan VisionPLUS yang menyediakan perkhidmatan pembangunan langganan dan profesional kepada pelanggan institusi kewangan di rantau itu.
 
Distelbrink menyertai First Data dari Bank of America Merrill Lynch (BAML), di mana beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Serantau bagi Perkhidmatan Urus Niaga Global (GTS) untuk APAC. Sebelum menyertai BAML pada tahun 2010, Distelbrink menghabiskan masa selama 16 tahun dengan Citigroup dengan memegang pelbagai jawatan, termasuk Pengarah Urusan dan Ketua Serantau bagi Perbendaharaan & Penyelesaian Perdagangan. GTS; Pengarah Urusan bagi GTS untuk China; Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Bank Korporat bagi New Zealand; dan Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Perancangan Strategik bagi Perbankan Korporat Global di Brazil.
 
"Setelah menghabiskan sebahagian besar daripada kerjaya saya di APAC, saya melihat potensi yang besar bagi First Data untuk memantapkan diri sebagai sebuah pemungkin perdagangan yang terkemuka di rantau itu, serta memperluaskan asas pelanggannya," kata Distelbrink. "Saya amat teruja untuk menyertai First Data dan membina di atas transformasi syarikat itu yang telah dipacu oleh Frank dan Jawatankuasa Pengurusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini."
 
Distelbrink memegang ijazah perniagaan dari Erasmus University Rotterdam School of Management dan fasih dalam bahasa Belanda, Bahasa Inggeris, dan Portugis. Beliau telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
 
Maklumat mengenai First Data
First Data (NYSE: FDC) adalah sebuah pemimpin dunia di dalam teknologi pemungkin perdagangan dan penyelesaian, dengan memberi perkhidmatan kepada kira-kira enam juta lokasi perniagaan dan 4,000 institusi kewangan di 118 buah negara di seluruh dunia. Sebanyak 24,000 pemilik dan rakan bersekutu syarikat itu komited kepada membantu syarikat-syarikat, dari peringkat permulaan kepada syarikat-syarikat terbesar di dunia, menjalankan perniagaan setiap hari dengan mendapatkan dan memproses lebih 2,500 urus niaga sesaat dan $1.9 trilion setiap tahun.
 
Hubungi
Hubungan Media
First Data
Liidia Liuksila
212-515-0174
Liidia.Liuksila@FirstData.com
Sumber: First Data
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160817006198/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.