ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  PERTUBUHAN PELANCONGAN KEBANGSAAN JEPUN BUKA "PUSAT MEDIA DALAM TALIAN JEPUN"

Friday 19/08/2016



AsiaNet 65427

TOKYO, 19 Ogos, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
- Platform Media Direka khusus untuk Mengedarkan Foto dan Video mengenai Jepun bagi Media Luar Negara -
 
Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun Buka “Pusat Media Dalam Talian Jepun”
(https://jomc.jnto.go.jp/) pada 19 Ogos, 2016.
 
(Foto 1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103968/201608173415/_prw_OI1fl_0Na4eRkq.jpg)
 
Pusat Media Dalam Talian Jepun (JOMC) adalah sebuah platform media yang direka khusus bagi mengedarkan maklumat untuk media. Dengan memiliki satu pangkalan data yang mempunyai lebih 7,000 foto dan video, JOMC menawarkan satu peranti yang luar biasa untuk media luar negara mewujudkan kandungan pelancongan bagi Jepun.
 
Bahan-bahan JOMC memberi tumpuan kepada tarikan popular pelancongan, pemandangan dan landskap, makanan, pengalaman sejarah, dan budaya. Media boleh mengakses pelbagai kandungan yang kerap dikemas kini, kandungan yang berkualiti tinggi, yang boleh diperolehi tanpa dikenakan royalti setelah membuat pendaftaran.
 
JNTO menggalakkan media luar negara untuk menggunakan bahan JOMC bagi memperkenalkan Jepun pada produksi penyiaran, media cetak, dalam talian dan jenis media lain.
 
Bagaimana cara untuk menggunakan Pusat Media Dalam Talian Jepun
1. Akses laman web itu (https://jomc.jnto.go.jp/)
2. Layari kandungannya dan klik pada video atau imej yang anda ingin muat turun. Anda akan dibawa ke satu laman baharu dengan butir-butir mengenai kandungan yang anda telah klik.
3. Bersetuju dengan terma dan syarat dan tekan butang "muat turun".
4. Satu tetingkap timbul akan muncul. Sila masukkan alamat e-mel anda, nama pendek dan kata laluan pada skrin log masuk/ pendaftaran dan tekan butang "daftar".
5. Selepas selesai dengan proses pendaftaran, tekan butang "muat turun" sekali lagi untuk memulakan muat turun.
 
Sampel
(Foto 2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103968/201608173415/_prw_OI2fl_Q65WORgR.jpg)
 
(Foto 3:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103968/201608173415/_prw_OI3fl_cAKXBcFS.jpg)
 
Pusat Media Dalam Talian Jepun: https://jomc.jnto.go.jp/
  
Sumber: Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO)
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.