ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGADAKAN "PAMERAN FOTOGRAFI BERITA SUKAN"

Wednesday 24/08/2016



Merakamkan Keseronokan Sukan Dunia pada Musim Panas 2016 dan Memperkenalkan Episod Yang Tidak Ternilai mengenai Muhammad Ali

TOKYO, 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan bersama-sama menganjurkan satu pameran fotografi yang meraikan sukan bertajuk "Atlet Yang Bersaing di Arena Global – Pameran Fotografi Berita Sukan 2016" dengan The Mainichi Newspapers Co., Ltd. dan The Sports Nippon Newspapers Co., Ltd. dari 1 September hingga 14 November, 2016. Pameran percuma ini akan memaparkan kira-kira 50 gambar yang dirakamkan oleh jurugambar berita yang menggambarkan atlet yang bertanding dalam pelbagai acara sukan dunia di kawasan lobi hotel kami. Selain pameran fotografi ini, satu bahagian khusus akan diwujudkan sebagai memperingati Muhammad Ali, seorang daripada peninju profesional yang paling terkenal di dunia yang meninggal dunia pada bulan Jun, untuk memaparkan pelbagai gambar termasuk foto daripada lawatan beliau ke Jepun untuk menentang Antonio Inoki, seorang daripada ahli gusti profesional yang paling terkenal di Jepun, pada tahun 1976.

Muhammad Ali adalah tetamu kami yang menginap di Bilik Suite Imperial kami di Keio Plaza Hotel Tokyo selama 12 malam ketika beliau melawat Jepun pada tahun 1976 untuk bertarung dengan Antonio Inoki dalam satu acara pertarungan khas. Sesuai dengan status beliau sebagai seorang daripada atlet sukan dan selebriti yang utama di dunia, Muhammad Ali adalah seorang lelaki yang berbudi bahasa sepanjang menginap dengan kami. Beliau juga menampakkan sekali imbas sifat peribadi beliau apabila beliau memainkan beberapa lagu kegemaran beliau di grand piano kami, berjoging pada waktu awal pagi, dan menikmati hidangan stik batang pinang untuk sarapan pagi di salah sebuah restoran kami. Kami akan memperkenalkan satu paparan khas yang diwujudkan sebagai memperingati The Greatest  atau Yang Terbaik, dan berjalan kaki di sekitar lobi akan membawa anda kembali ke saat-saat yang tidak ternilai apabila pertarungan bersejarah itu diadakan.

Pameran ini telah diadakan selama tiga tahun berturut-turut untuk membantu meraikan pencapaian atlet dari seluruh pelusuk dunia, yang dirakamkan dalam gambar-gambar dramatik yang diambil oleh jurugambar berita profesional untuk menyampaikan daya tarikan mengenai sukan.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51405476&lang=en

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160823005087/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.