ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  NATURE & FUTURE INC. LANCAR BAHAN PERTANIAN ORGANIK MESRA ALAM DI PASARAN ASIA TENGGARA

Wednesday 24/08/2016



JEOLLANAM-DO, Korea Selatan, 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Nature & Future Inc. (Ketua Pegawai Eksekutif: Mae-ho Park) (www.nfagro.co.kr), sebuah syarikat Korea yang berinovatif yang pakar di dalam bahan-bahan pertanian organik yang mesra alam, sedang memasuki pasaran Asia Tenggara dengan pelbagai produk organik, termasuk "MyeolchungDaejang Gold," sebuah produk Teknologi Hijau untuk mengawal perosak pokok berangan.

MyeolchungDaejang Gold” adalah yang pertama seumpamanya di Korea untuk memenangi pensijilan kualiti Teknologi Hijau daripada pihak kerajaan. Kualitinya yang cemerlang telah diiktiraf oleh dua buah bandar raya Korea, Gwangyang dan Suncheon, yang mengambil keputusan untuk menggunakannya pada tahun ini bagi melindungi pokok berangan mereka daripada serangga dan perosak penyakit.

"MyeolchungDaejang Gold" adalah merupakan sebuah bahan pertanian organik yang mesra alam yang berkesan di dalam mengawal perosak seperti afid, iaitu sejenis kutu daun yang menjejaskan pokok-pokok di sekeliling anda – pokok di taman anda, di kawasan kejiranan, dan di taman-taman. Walaupun bahan kimia sintetik menyebabkan kerosakan yang serius kepada ekosistem, "MyeolchungDaejang Gold" mengurangkan kerosakan kepada haiwan, termasuk manusia, tumbuh-tumbuhan, tanah dan ekosistem. Ia adalah sejenis produk yang benar-benar berinovatif.

Nature & Future menawarkan pelbagai jenis produk, termasuk racun serangga yang mesra alam untuk penanaman di rumah hijau dan tujuan berkebun, seperti “GreenPosu,” “Ssagri” dan "Ssajaba"; germisid yang mesra alam seperti "“Gyunbai,” "Gyungara," dan "MundoDaejang Gold"; dan produk nutrien yang berfungsi "Ppurisen," "Masiwang," "Cheonheyone," dan "NF Hyosoplus Gold."

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Mae-ho Park berkata, "Misi kami adalah untuk memberi sumbangan kepada penghasilan makanan yang selamat untuk dimakan. Kami menjalankan misi kami dengan membangunkan bahan-bahan pertanian organik yang melindungi tanaman daripada perosak dengan cara yang mesra alam." Park menambah, "Kami merancang untuk memperkenalkan produk-produk kami secara aktif di dalam pasaran luar negara."

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51406276&lang=en

Hubungi
Nature & Future
Yoon-ik Cho, +82-61-363-8488
nfagro@nfagro.co.kr


Sumber: Nature & Future Inc.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160823005539/en  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 


--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.