ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  GORDAGEN MENERIMA AUD$1.3 JUTA CUKAI GALAKAN R&D

Wednesday 24/08/2016



AsiaNet  65463

MELBOURNE, Australia, 24 Ogos, 2016/Medianet International-AsiaNet/ --

* Bayaran balik didasarkan kepada AUD$2.8 juta daripada perbelanjaan R&D yang layak yang digunakan untuk memajukan program pembangunan Syarikat.
* Dua produk nutraseutikal sedang disediakan untuk pelancaran di Amerika Syarikat menjelang akhir 2016.
 
Gordagen Pharmaceuticals, sebuah syarikat persendirian dari Australia yang membangunkan biofarmaseutikal dan nutraseutikal berdasarkan kepada ciri-ciri perubatan tokotrienol, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menerima satu Bayaran Balik Galakan Cukai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) sebanyak AUD$1.3 juta bagi tahun kewangan 2015/2016.
 
Bayaran balik itu diperolehi daripada perbelanjaan R&D yang layak sebanyak AUD$2.8 juta yang tertanggung daripada pelbagai program penyelidikan dan pembangunan Gordagen termasuk pembangunan formulasi baharu untuk platform penyampaian MELT3TM mereka. Produk nutraseutikal awal Gordagen didasarkan kepada platform penyampaian MELT3TM yang mensasarkan kesihatan jantung (nE1-Heart TM) dan pemulihan otot dan daya ketahanan latihan (nE1-ElitE TM) yang pada masa ini sedang disiapkan untuk pelancaran di Amerika Syarikat sebelum akhir tahun.
 
Kira-kira AUD$1.2 juta daripada bayaran balik R&D itu akan digunakan untuk menyelesaikan satu pinjaman kemudahan yang disediakan kepada Gordagen pada tahun 2015 oleh Metamor Capital Partners. Baki daripada bayaran balik itu akan digunakan sebagai modal kerja sebagai persediaan untuk pelancaran produk nutraseutikal Syarikat itu di Amerika Syarikat.
 
Cukai Galakan R&D itu adalah satu program yang ditadbir bersama oleh Pejabat Percukaian Australia dan AusIndustry, di mana syarikat-syarikat menerima 45% cukai yang dikembalikan untuk mengimbangi perbelanjaan ke atas aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang layak.
 
Pertanyaan Pelabur dan Media:
 
Paris Brooke – Australia dan Asia                                     
Tel: +61 (0) 407 715 574                     
 
David Burke, The Ruth Group – Amerika, Eropah            
Tel: +1 646 536-7009
 
Maklumat mengenai Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd
Gordagen Pharmaceuticals ialah sebuah syarikat persendirian dari Australia yang membangun dan mengkomersilkan ubat-ubatan preskripsi yang berasaskan kepada bukti dan nutraseutikal yang berasaskan kepada tokotrienol semula jadi, yang diperolehi di dalam vitamin E. Syarikat itu telah membangunkan satu pendekatan novel untuk menyampaikan tokotrienol yang sangat kuat untuk mensasarkan tisu dengan menggunakan teknologi penyampaian proprietari dan MELT3TM mereka yang dipatenkan. Syarikat itu memberi tumpuan kepada tokotrienol yang mempunyai potensi terapeutik yang meluas, untuk rawatan kesihatan jantung, kesakitan otot dan daya ketahanan latihan dan pelbagai tanda-tanda dengan keperluan perubatan yang belum dipenuhi (sebagai contoh Hiperlipidemia, darah tinggi dan kencing manis) www.gordagen.com
 
SUMBER: Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.