ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  SERVICESOURCE MERAIKAN PENGEMBANGAN IBU PEJABAT ASIA PASIFIK DI SINGAPURA, MENINGKATKAN TUMPUAN KE ATAS PELUANG-PELUANG PASARAN SERANTAU

Wednesday 24/08/2016



Pusat penyampaian pendapatan yang diperluaskan akan menyokong syarikat-syarikat serantau yang memgejar pengembangan yang dipercepatkan di peringkat antarabangsa dan pertumbuhan perolehan global

SINGAPURA, 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ServiceSource (NASDAQ: SREV), pemimpin dunia di dalam kejayaan pelanggan dan penyelesaian pendapatan sebagai satu perkhidmatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memindahkan ibu pejabatnya untuk Asia Pasifik di Singapura ke sebuah lokasi baharu yang lebih besar dan lebih berpusat di Mapletree Business City 2. Syarikat itu meraikan pembukaan lokasi baharu mereka dengan memotong reben ,upacara tradisional Tarian Singa serta satu resepsi untuk eksekutif syarikat, pekerja, pelanggan dan pemimpin perniagaan tempatan.

"Singapura telah menjadi sebuah hab yang sangat baik dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami yang berpusat di Asia, dan dengan permintaan pasaran yang meningkat untuk penyelesaian ServiceSource, kami percaya bahawa terdapat peluang-peluang yang menarik untuk syarikat kami, pekerja kami dan pelanggan kami untuk terus memperluaskan kehadiran ServiceSource di rantau itu," kata Brian Delaney, Ketua Pegawai Operasi di ServiceSource. "Selain terletak di tengah-tengah dan lebih mudah untuk pekerja, pelanggan, dan prospek kami, pejabat baharu kami memberikan kami lebih banyak keupayaan untuk berkembang ketika perniagaan kami berkembang. Pejabat itu juga dilengkapi dengan platform teknologi Pengurusan Kitar Hayat Pendapatan kami yang serba canggih, sekali gus  membolehkan kami untuk mempercepatkan keputusan yang memberi dorongan yang lebih baik dan hasil pendapatan yang lebih cepat untuk pelanggan kami."

ServiceSource kali pertama membuka ibu pejabatnya di Asia Pasifiknya di Singapura pada tahun 2010. Pengembangan ini dibuat berikutan pembukaan besar-besaran baru-baru ini pejabat keempat syarikat itu di Asia Pasifik, yang terletak di Manila.

"Pasaran Asia Pasifik adalah sangat strategik untuk ServiceSource, dan kami terus mengukuhkan kehadiran dan perniagaan kami di rantau itu, daripada berpindah ke pejabat kami yang lebih besar di Singapura, kepada mengembangkan pasukan kami di Jepun, kepada membuka kemudahan baharu kami di Manila pada awal tahun ini," kata Christopher M. Carrington, Ketua Pegawai Eksekutif bagi ServiceSource. "Melalui pelaburan kami yang berterusan di rantau itu dan keupayaan yang lebih baik untuk 'sumber yang tepat' bagi pelanggan kami, kami akan lebih berupaya untuk terus memacukan pertumbuhan pendapatan bagi perniagaan multinasional, di samping mengeratkan hubungan kami dengan syarikat-syarikat tempatan yang ingin berkembang di peringkat global."

Pembekal keselamatan Internet Blue Coat telah menjadi sebuah pelanggan tunjang bagi ServiceSource di Asia Pasifik sejak tahun 2009. Pada masa ini, ia bekerjasama dengan ServiceSource untuk menguruskan perniagaan pembaharuan mereka merentasi lebih 20 buah negara di rantau itu, dari Jepun hingga ke Pakistan, dengan sokongan pelbagai bahasa dalam enam bahasa.

M. Anand Alamuru, Pengarah Kanan (APJ) Pembaharuan Jualan Kanan bagi Blue Coat Systems, berkata: "Terdapat banyak faedah bekerja dengan ServiceSource sebagai pembekal perkhidmatan terurus bagi perniagaan pembaharuan kami. Kami tidak perlu bimbang tentang menguruskan kakitangan, membina sebuah pasukan sumber manusia dan kami tidak membuat sebarang pelaburan tambahan ke dalam teknologi dan infrastruktur. Lebih penting lagi, kami yakin dengan standard profesionalisme ServiceSource yang tinggi, di mana gaji diukur berdasarkan prestasi."

Dinamakan baru-baru ini sebagai Syarikat Terbaik di Asia oleh majalah The Business Times, ServiceSource kini mempunyai hampir 200 orang pekerja di Singapura, dan dengan memiliki kemudahan baharu ia mempunyai keupayaan untuk mengembangkan perniagaan. Dalam kemudahan baharu itu, pekerja ServiceSource mempunyai akses kepada kemudahan kesihatan yang unik seperti gimnasium, dewan badminton dan kolam renang, kedai runcit, pusat penjagaan kanak-kanak, kedai dobi, klinik, dan kedai makanan dan minuman.

Mengikut wilayah, syarikat itu kini mempunyai lebih 1,000 orang pekerja dan menguruskan lebih 40 pelanggan. Syarikat itu beroperasi di 11 buah lokasi di seluruh dunia dengan empat di rantau Asia Pasifik, iaitu di Singapura, Kuala Lumpur, Manila dan Yokohama.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penyelesaian pendapatan sebagai satu perkhidmatan ServiceSource, sila layari www.servicesource.com

Maklumat mengenai ServiceSource

ServiceSource (NASDAQ: SREV) menyediakan kepada syarikat-syarikat B2B yang terkemuka di dunia dengan penyelesaian kepakaran yang dibolehkan oleh teknologi dan proses amalan terbaik yang terbukti untuk berkembang dan mengekalkan pendapatan daripada pelanggan yang sedia ada. Dengan satu pendekatan yang holistik kepada keseluruhan kitar hayat pendapatan, penyelesaian ServiceSource membantu syarikat-syarikat memacukan penerimaan, pengembangan dan pembaharuan pelanggan. Hanya ServiceSource dapat membawa ke pasaran lebih 17 tahun tumpuan eksklusif  ke atas kejayaan pelanggan dan pertumbuhan pendapatan, pergerakan global merentasi 40 bahasa dan 200 buah negara, dan, satu platform teknologi Pengurusan Kitar Hayat Pendapatan yang mantap yang dibina khas. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.servicesource.com.

Kenyataan Yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, termasuk kenyataan berhubung peluang-peluang perniagaan, cabaran, dan kedudukan pasaran kami. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah didasarkan kepada andaian semasa dan kepercayaan kami, dan membabitkan risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan kami untuk berbeza daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan kami. Risiko dan ketidaktentuan itu termasuk, tanpa had, turun naik di dalam keputusan suku tahun operasi kami; teknologi kami; risiko kecacatan bahan atau kesilapan di dalam penawaran perisian kami atau kegagalan mereka untuk memenuhi jangkaan pelanggan; keupayaan untuk mengintegrasikan penawaran teknologi kami dengan aplikasi pihak ketiga lain yang digunakan oleh pelanggan kami; kesilapan di dalam anggaran untuk peningkatan kadar pembaharuan dan/ atau perolehan perkhidmatan yang kami boleh janakan untuk pelanggan kami; keupayaan kami untuk mengembangkan pasaran bagi pengurusan perolehan perkhidmatan; perubahan dalam keadaan pasaran yang memberi kesan kepada keupayaan kami untuk menjual penyelesaian kami dan/ atau menjana pendapatan perkhidmatan bagi pihak pelanggan; kemungkinan bahawa anggaran kami bagi peluang pendapatan perkhidmatan di bawah pengurusan dan metrik lain mungkin terbukti tidak tepat; permintaan bagi penawaran kami merosot daripada jangkaan; kesan potensi daripada penggabungan dan pengambilalihan ke atas pangkalan pelanggan kami; keupayaan kami untuk menyimpan data pelanggan dan maklumat sulit lain secara selamat; keupayaan kami untuk menyesuaikan diri penyelesaian kami kepada perubahan di dalam pasaran atau persaingan baharu; keupayaan kami untuk mencapai faedah kami yang dijangkakan hasil daripada pengembangan antarabangsa; keupayaan kami untuk melindungi hak harta intelek kami; risiko dakwaan bahawa penawaran kami melanggar hak harta intelek orang lain; senario politik secara umum, keadaan ekonomi dan pasaran dan peristiwa; dan risiko dan ketidaktentuan lain yang dinyatakan dengan lebih terperinci di dalam laporan berkala kami dan kenyataan pendaftaran yang difailkan dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti, yang boleh diperolehi secara dalam talian di laman web Suruhanjaya di http://www.sec.gov. Kesemua kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran media ini adalah didasarkan kepada maklumat semasa yang ada pada kami, dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini.

Berhubungan dengan ServiceSource:

http://www.facebook.com/ServiceSource
http://twitter.com/servicesource
http://www.linkedin.com/company/servicesource
http://www.youtube.com/user/ServiceSourceMKTG

Tanda Dagangan

ServiceSource®, dan mana-mana produk ServiceSource atau nama perkhidmatan atau logo di atas adalah merupakan tanda dagangan bagi ServiceSource International, Inc. Kesemua tanda dagangan lain yang digunakan di sini adalah kepunyaan pemilik masing-masing.

Hubungi

Hubungan Media untuk ServiceSource
Monica Petraitis, 720-457-8177
mpetraitis@servicesource.com
atau
Hubungan Media Tempatan
Bagi pihak ServiceSource, untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
GLOO PR
Oo Gin Lee, +65 8111 1988
ginlee@gloopr.biz
atau
Estee Cheng, +65 9101 2037
estee@gloopr.biz

Sumber: ServiceSource

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160823006351/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.