ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  PERASMIAN CAWANGAN BANK MUAMALAT CAWANGAN GEMAS NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Friday 26/08/2016



GEMAS, 26 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad hari ini telah merasmikan cawangan barunya di Gemas, Negeri Sembilan dan ia merupakan cawangan Bank Muamalat yang ke- 3 di buka di negeri itu.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Bank Muamalat Malaysia Berhad, Y. Bhg. Dato’ Azmi Abdullah diiringi oleh Tuan Haji PeerMohamed Ibramsha, Ketua Pegawai Operasi, Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Pada majlis tersebut, Bank Muamalat turut mengagihkan sumbangan dalam bentuk tunai kepada beberapa buah masjid dan surau yang terpilih di sekitar Daerah Gemas.

Bank Muamalat juga memberi tumpuan supaya sentiasa berdaya komersial dengan mengamalkan amalan industri yang baik serta memajukan produk-produk yang berorientasikan pasaran menuju ke arah perbankan Islam di mana ia mengembangkan lagi sistem kewangan Islam ke arah pembangunan satu sistem yang lebih dinamik, responsif dan mapan.

Pembukaan cawangan ini yang berdekatan dengan Kem Syed Sirajuddin, Gemas merupakan sebahagian daripada komitmen Bank Muamalat untuk memperluas dan mempertingkatkan perkhidmatan perbankan untuk komuniti setempat juga perkidmatan khususnya kakitangan angkatan tentera.  Pada masa yang sama Bank Muamalat ingin memberi kemudahan kewangan untuk memudahkan agensi-agensi Kerajaan dan swasta yang berdekatan untuk melakukan urusniaga kewangan, lantas menjana perkembangan ekonomi Daerah Gemas khasnya.

Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat adalah sebuah insitusi kewangan Islam yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1999, dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Sebagai sebuah institusi kewangan Islam sepenuhnya, Bank Muamalat menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak iaitu individu dan institusi.

Secara umum, Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu seperti akaun deposit, pengurusan aset, pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah dan juga pembiayaan peribadi. Bank Muamalat juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan insitusi dan korporat, daripada khidmat pengurusan tunai, penyelesaian pembayaran,  kewangan perdagangan dan eksport antarabangsa, pertukaran asing, pembiayaan, dan urusniaga pasaran modal.

Bank Muamalat mempunyai 63 buah cawangan, selain mempunyai kemudahan perbankan internet iaitu i-Muamalat, serta e-muamalat yang merujuk kepada rangkaian ATM, CDM, dan CDT yang boleh didapati di hampir 240 lokasi seluruh negara.

Bank Muamalat merupakan ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad di mana ia memiliki 70% saham Bank dengan baki kepentingan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sebuah cabang pelaburan negara.

Sumber : Bank Muamalat Malaysia Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nurshazrina Abdullah
Corporate Communications Department
Tel : 03 -26988787 ext:7055 / 0123589876
Faks : 03 - 2691 0388

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.