ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  TOSHIBA LANCAR PEMACU ARUS INPUT RENDAH, OUTPUT REL KE REL, PENGGANDING FOTO GATE-DRIVE

Friday 26/08/2016



Produk pakej ketinggian rendah membolehkan pacuan langsung tanpa penimbal bagi IGBT berkuasa rendah ke sederhana dan MOSFET daripada mikropengawal

TOKYO, 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran satu siri pemacu arus input rendah, output rel ke rel, pengganding foto untuk gate-drive iaitu kuasa amplifier yang menerima input daripada sebuah pengawal IC, dalam sebuah pakej ketinggian rendah yang membolehkan pacuan langsung tanpa penimbal bagi IGBT berkuasa rendah ke sederhana dan MOSFET daripada mikropengawal. Penghantaran ketiga-tiga produk baharu itu; "TLP5771", "TLP5772" dan "TLP5774" bermula dari hari ini.
 
Dengan arus input ambang bagi 2mA (maksimum), separuh daripada 4mA (maksimum) produk[1] Toshiba yang sedia ada, pengganding foto baharu itu membolehkan pacuan langsung tanpa penimbal bagi IGBT berkuasa rendah ke sederhana dan MOSFET daripada mikropengawal. Barisan baharu itu boleh didapati dalam tiga tahap arus output puncak, 1A, 2.5A dan 4A, sekali gus memastikan mereka memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

Pengganding foto baharu itu mempunyai output rel ke rel dan juga mengurangkan voltan operasi kepada 10V (minimum) berbanding dengan 15V (minimum bagi) produk[1] Toshiba yang sedia ada, yang boleh menyumbang kepada kecekapan sistem yang lebih tinggi dan penggunaan kuasa yang lebih rendah. Tambahan pula, pakej SO6L ketinggian rendah 2.3mm itu boleh menyumbang kepada pembangunan sistem yang lebih nipis dan lebih kecil. Aplikasi utama termasuk amplifier servo, pemacu motor kecil, penyongsang bagi kegunaan umum, penyongsang fotovoltan (PV) dan mesin jahit industri.

​Sila klik di sini untuk Spesifikasi Utama


Nota
[1] Produk Toshiba yang sedia ada: TLP5751, TLP5752 and TLP5754
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu itu dan pengganding foto Toshiba yang dipacu oleh IGBT/MOSFET.
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/ic-igbt.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Optoelektronik & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3431
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di : http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51408617&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160825006461/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.