ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  APLIKASI VITAL EXPLORING DARI MICROSOFT HOLOLENS DI DALAM PERUSAHAAN PENYELESAIAN VISUALISASI

Friday 26/08/2016



Menyasarkan generasi akan datang bagi pengalaman pengguna klinikal

MINNEAPOLIS, 26 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Vital Images, Inc. (Vital), syarikat pengimejan dan informatik perubatan terkini yang bertapak di Minneapolis, dengan sukacitanya membawakan pratonton pengkomputeran holografik dengan perusahaan penyelesaian pengimejan VitreaView® di persidangan tahunan Asia Pasifik HIMSS Asia Pacific di pondok pameran Vital (#412), 23-26 Ogos di Bangkok, Thailand. Vital sedang meneroka potensi aplikasi Microsoft HoloLens sebagai satu pengembangan dalam perusahaan penyelesaian visualisasi, termasuk perisian syarikat VitreaView dan Vitrea® Advanced Visualisation.

Microsoft menggambarkan HoloLens sebagai “komputer holografik, layan diri sepenuhnya yang pertama, yang membolehkan anda berinteraksi dengan hologram berdefinisi tinggi dalam dunia anda .” Dengan memperkenalkan jenis interaksi virtual ini kepada penjagaan kesihatan, ianya membawa pelbagai kemungkinan potensi dalam menyediakan pandangan mendalam anatomi pesakit kepada pakar, di samping memperluaskan kebolehlihatan kepada ahli pasukan, doktor perunding atau rakan informatik penjagaan kesihatan di pendalaman:

- Pembedahan dan pendidikan terbimbing: Pakar bedah boleh memakai HoloLens semasa membedah pesakit dan melihat pandangan panorama kawasan tubuh badan yang perlu dibedah. Imej yang dilihat oleh pakar bedah di dalam HoloLens berpotensi dibawa kepada pasukan pakar pada masa sebenar untuk nasihat dan bimbingan semasa pembedahan atau bilik kuliah bagi manfaat pelajar, temasuk dengan Skype bagi HoloLens.
- Teleperubatan dan penjagaan kesihatan tentera: Pengamal penjagaan kesihatan di kampung pedalaman boleh menggunakan HoloLens bagi memerhatikan bahagian tubuh pesakit yang tertentu, kemudian menghantar maklumat kepada Vital di mana analisis klinikal boleh diaplikasikan di mana berpotensi bagi membantu mendiagnosis pesakit.
- Penjagaan dan pemulihan secara visual adalah peluang tambahan di mana HoloLens boleh memainkan peranan dalam membantu pesakit mematuhi senaman pemulihan fizikal dan berpotensi menyediakan rawatan jarak jauh.

Vital juga akan membuat demonstrasi perusahaan penyelesaian pengimejan VitreaView yang disepadukan dengan pelbagai rakan kongsi sistem maklumat klinikal termasuk ClinicToCloud, MedCubes dan RingMD. Penyepaduan yang membolehkan pengimejan ini akan menyediakan akses mudah kepada doktor untuk melengkapkan sejarah pengimejan di pelbagai lokasi penjagaan.

“Kami tidak sabar untuk membentangkan beberapa cara HoloLens yang kami bayangkan – platfom realiti diperkukuhkan yang pertama – boleh disepadukan dengan platform perusahaan visualisasi Vital bagi mengembangkan keyakinan dan keputusan klinikal,” kata Dr. Ravi Shrestha, pengurus besar Asia Pasifik di Vital Images. "Walaupun usaha semasa Vital berkaitan dengan HoloLens adalah konseptual, kami mengiktiraf potensi besar teknologi bagi membantu doktor."

Mengenai Vital Images, Inc.
Vital Images, Inc., sebuah syarikat Toshiba Medical Systems Group, adalah penyedia terkemuka pengimejan diagnostik dan perusahaan penyelesaian informatik bagi membantu organisasi penjagaan kesihatan memberikan penjagaan terulung di samping mengoptimumkan sumber merentasi organisasi berbilang fasiliti. Penyelesaian syarikat boleh diskalakan bagi memenuhi keperluan unik hospital dan pusat pengimejan dan boleh diakses melalui perusahaan bila-bila masa, di mana jua. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vitalimages.com atau sertai perbualan di Twitter, LinkedIn dan YouTube.

Vitrea adalah tanda dagang Vital Images, Inc.

VitreaView adalah tanda dagang Vital Images, Inc.

Tanda yang tidak dimiliki oleh Vital Images, Inc. adalah hak milik pemilik mereka masing-masing.

DI VITAL IMAGES:
Aaron Wangen
+1(952) 487-9632
awangen@vitalimages.com
vitalimages.com

SUMBER : Vital Images, Inc.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.