ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  ISETAN MITSUKOSHI GROUP AKAN BUKA KEDAI ISTIMEWA YANG BAHARU "ISETAN THE JAPAN STORE KUALA LUMPUR" DI MALAYSIA, MEMPERKENALKAN KUALITI, GAYA HIDUP DAN ESTETIK JEPUN YANG TULEN

Tuesday 30/08/2016



AsiaNet 65489

TOKYO, 29 Ogos, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Isetan Mitsukoshi Group, yang disokong oleh Cool Japan Fund Inc. yang dibiayai oleh kerajaan, akan membuka sebuah kedai istimewa yang baharu, "ISETAN The Japan Store Kuala Lumpur," di Malaysia pada akhir Oktober 2016.
 
Ketika minat dunia kepada Jepun terus berkembang, kami amat gembira untuk memperkenalkan sejarah, budaya, teknologi, kepelbagaian dan gaya hidup reka bentuk Jepun. Kedai baharu itu akan menyampaikan gaya hidup dan estetik Jepun kepada pelanggan. Kami akan membawa bukan sahaja yang terbaik dari Jepun, tetapi juga pengalaman Jepun yang tulen.
 
(5 Imej: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201608263665/)
 
Kedai itu akan mempunyai enam tingkat yang memperkenalkan produk,  pengalaman dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi:
 
Tingkat Bawah Bahagian Bawah: Gaya makan baharu yang berdasarkan cita rasa asli dan teknologi Jepun -- barangan runcit, sake iaitu sejenis arak yang diperbuat daripada beras, minuman beralkohol, gula-gula Jepun dan Barat dan teh hijau, delikatesen, ruang makan dalam, makanan segar, dan lain-lain.
Tingkat Bawah: Fesyen, seni, teknologi dan kepelbagaian Jepun yang kaya dizahirkan
Tingkat Satu: Budaya fesyen Jepun, satu wadah tumpuan bagi pelbagai kombinasi yang unik
Tingkat Dua: Satu koleksi produk yang memaparkan bahan-bahan dan teknologi Jepun yang unik untuk meningkatkan kecantikan, gaya hidup yang sihat
Tingkat Tiga: Alami budaya Jepun -- kedai buku, akademi budaya, bilik istirehat foto, dan lain-lain.
Tingkat Empat: Aras restoran yang menampilkan masakan Jepun yang tulen yang akan dibuka pada Januari 2017
 
Komen oleh Hiroshi Ohnishi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif:
"Kami akan memperkenalkan produk, pengalaman dan perkhidmatan Jepun yang luar biasa kepada dunia. Pada tahun 2011, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun melancarkan "Cool Japan," satu program yang mempromosikan pengenalan produk, fesyen dan kandungan serantau yang lain kepada dunia. Dalam konteks ini, Isetan Mitsukoshi Group telah mempromosikan kempen "JAPAN SENSES", yang memperkenalkan kepada pelanggan kami dengan kraf tradisional luar biasa dari seluruh pelusuk Jepun, menggayakannya dengan keaslian baru lahir. Sekarang, untuk menyampaikan dengan lebih jelas semangat "Cool Japan," kami bersedia untuk menunjukkan kepada dunia ketukangan luar biasa yang Jepun amat berbangga untuk tawarkan di LOT 10 yang telah diubahsuai sepenuhnya di Kuala Lumpur, dengan disokong oleh Cool Japan Fund Inc."
 
Gambaran Keseluruhan Kedai:
Nama kedai: ISETAN The Japan Store Kuala Lumpur
Syarikat:    Isetan Cool Japan Department Store SDN. BHD.
Lokasi kedai: Pusat Beli-belah LOT 10, 50 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Keluasan kedai: Kira-kira 11,000 m2
                                                      
Siaran akhbar asal (Bahasa Inggeris):
http://pdf.irpocket.com/C3099/xoy0/i7rK/g0ec.pdf
 
Laman web The Japan Store: http://thejapanstore.mistore.jp/
 
Laman web korporat: http://www.imhds.co.jp/english/
 
Sumber: Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd. 

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.