ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  HYTERA LANCAR RADIO BIMBIT DMR TERBAHARU PD98X

Tuesday 30/08/2016



PD98X, sebuah ahli baharu dalam portfolio DMR yang sudah serba boleh bagi Hytera, membawa pengalaman audio yang luar biasa dengan ciri-ciri dan inovasi yang dipertingkatkan
 
SHENZHEN,  China, 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera, sebuah pembekal penyelesaian yang terkemuka di dunia di dalam komunikasi Radio Mudah Alih Profesional, telah melancarkan DMR (Radio Mudah Alih Digital) mereka yang terkini PD98X yang dipegang tangan, sambil menambah sebuah lagi ahli kepada portfolio DMR mereka yang terkemuka itu. PD98X menawarkan satu pengalaman audio yang luar biasa melalui teknologi pembatalan bunyi, dan pada masa yang sama menawarkan ciri-ciri baharu termasuk panggilan dupleks yang lengkap, keupayaan rakaman melalui SD Mikro, Bluetooth 4.0 untuk audio atau data dan mod pengulang frekuensi tunggal untuk meningkatkan jarak liputan.
 
"Kami berbangga untuk mengumumkan pelancaran PD98X," kata G.S. Kok, Naib Presiden Kanan Hytera. "Beberapa siri inovasi dan reka bentuk yang canggih telah ditambah ke dalam model baharu ini untuk menjadikan ia sebuah radio yang mempunyai ciri-ciri lengkap untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat bagi kefungsian dan pengalaman pengguna."
 
Penambahan PD985 meletakkan Hytera dengan portfolio radio DMR yang paling lengkap untuk memenuhi keperluan yang pelbagai, dari radio bimbit yang mudah, boleh dipercayai dan menjimatkan kos (siri PD3 dan PD4) kepada penyelesaian yang lasak dan kaya dengan ciri-ciri (siri PD5 dan PD6), sehingga kepada radio sistem profesional yang mewah (siri PD7, PD9 dan X1). Keseluruhan portfolio itu menawarkan versi paparan dan bukan paparan, GPS dan bukan GPS, UHF dan VHF, yang membolehkan pelanggan untuk memilih radio bimbit yang terbaik bagi operasi harian mereka dan senario misi kritikal.
 
Ciri-ciri termaju penting dalam PD98X termasuk:

- Panggilan Dupleks Lengkap
PD98X membolehkan petugas di barisan hadapan untuk membuat panggilan telefoni di antara PD98X lain dan telefon atau telefon bimbit.

- Mod Pengulang Frekuensi Tunggal
Berdasarkan kepada teknologi pembatalan gangguan, PD98X dapat menggunakan satu slot untuk menerima isyarat yang dan satu lagi slot untuk menghantar dalam frekuensi yang sama dengan menggunakan mod DMO untuk memanjangkan jarak komunikasi.

- Bluetooth 4.0 Bina Dalam
Dengan Bluetooth 4.0 yang bersepadu, PD98X menyokong kedua-dua penghantaran audio dan pemprograman melalui Bluetooth.

- Pembatalan Bunyi dan Output Audio 2.5W
Speaker output 2.5W maksimum dan teknologi pembatalan bunyi yang baharu memastikan komunikasi suara yang jelas dan kuat.

- Perlindungan IP68
PD98X mematuhi piawaian habuk dan kalis air yang paling tinggi, untuk berhadapan dengan persekitaran yang paling kasar. Radio itu terus berfungsi selepas penenggelaman kepada 2 meter untuk sehingga 4 jam.

- Bateri Pintar
Ciri ini menjadikannya lebih mudah untuk memantau status bateri, seperti masa hayat bateri dan masa pengecasan, sekali gus mengurangkan masa pengecasan secara mendadak.
 
- ​Rakaman Audio melalui Kad SD Mikro
PD98X menyokong sehingga kad SD Mikro 32GB, untuk merakam sehingga 576 jam audio digital/ analog.
 
Maklumat mengenai Hytera Communications

Hytera Communications Corp., Ltd. (SHE: 002583) adalah sebuah pembekal penyelesaian terkemuka dunia di dalam komunikasi radio mudah alih profesional. Ia menawarkan penyelesaian komunikasi yang lengkap dan yang boleh disesuaikan kepada kerajaan, keselamatan awam, utiliti, pengangkutan, perusahaan dan perniagaan. Ditubuhkan pada tahun 1993 di Shenzhen, China, Hytera adalah sebuah pemain utama di dalam industri komunikasi PMR (Radio Mudah Alih Profesional) dengan satu pangkalan pelanggan yang besar di lebih 120 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hytera.com.
 
Hubungi
Hytera Communication Corp., Ltd.
Pertanyaan Media
Johnny Jian, +86 755 26972999
johnny.jian@hytera.com

Sumber: Hytera Communications Corp., Ltd.
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160829006101/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.