ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  1006 GRADUAN KUIS TERIMA IJAZAH DAN DIPLOMA DI MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-19

Tuesday 30/08/2016



BANDAR SERI PUTRA, 30 Ogos (Bernama) -- Majlis Konvokesyen ke-19 KUIS 2016 berlangsung dengan penuh gemilang pada 13 Ogos 2016 dengan menyaksikan 1006 graduan telah menerima penganugerahan di peringkat Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam pelbagai bidang pengajian.
 
Majlis Konvokesyen telah disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Sri Mohamed Azmin Bin Ali merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS. Dalam majlis tersebut, YAB Dato Sri Muhammad Azmin Ali mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai oleh para graduan. Beliau juga turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai akademik dan seluruh warga kerja KUIS atas berkat usaha dan kesungguhan dalam melahirkan para graduan yang berkualiti dan berjaya meletakkan KUIS sebagai Institusi Pengajian Tinggi pilihan dengan peningkatan kemasukan jumlah pelajar sebanyak 200% iaitu daripada 3500 pelajar kepada 9350 pelajar.
 
Majlis Konvokesyen kali yang ke 19 dimeriahkan lagi dengan penglibatan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang terdiri kepada 10 IPTS seluruh Malaysia, 6 IPTA seluruh Malaysia dan juga 3 Universiti dari luar negara antaranya Universiti Sultan Syarif Ali Brunei Darulssalam.
 
Pada Sidang Kedua Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, YAD Dato’ Setia Hj Mohamad Adzib bin Mohd Isa telah menyampaikan Diploma kepada graduan KUIS. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa Majlis Agama Islam Selangor akan terus komited dan memberikan sokongan bagi memastikan KUIS menjadi sebuah Universiti  wakaf dan terus konsisten menyantuni legasi DYMM Sultan Selangor.
 
Rektor KUIS  YBhg Prof Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri berkata komitmen daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor telah berjaya membangunkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang berkualiti. Kini KUIS telah menyediakan 72 program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah dan Pasca Siswazah memenuhi tanggungjawab ummah melahirkan graduan sebagai  Dai, Ulama dan Umara.
 
Dalam Majlis konvokesyen tersebut, enam graduan KUIS telah  dianugerahkan sebagai pelajar terbaik iaitu Anugerah DYMM Sultan Selangor kepada Saudara Ahmad Walid bin Shahbudin, Anugerah Dato Menteri Besar Selangor kepada Saudari Ainur Arifah binti Mohd Noor, Anugerah Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada Saudari Nik Fajarizura binti Nik Sinluddin, Anugerah Rektor KUIS kepada Saudari Nurdiana Safiah binti Kamaruzzaman, Anugerah Kepimpinan Siswa kepada Saudara Muhammad Afif Afnan bin Mohd Fadli dan Saudari Nurthaqaffah binti Nordin untuk Anugerah kepimpinan Siswi.
 
Turut hadir pada majlis tersebut Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi,  YB  Tuan Nik Najmi  Nik Ahmad, Timbalan Speaker YB Haji Shafie bin Ngah, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Dato’ Bakhtiar Bin Hussin, YAA Ketua Hakim Syarie Selangor Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar dan jemputan daripada 20 wakil Universiti Tempatan dan Luar Negara.Tahniah diucapkan kepada para graduan Konvokesyen ke-19 KUIS. Tahniah KUIS.
 
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Protokol dan Perhubungan Awam
 
Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI : 
Nama: Pn Mudzirah Sistah
Tel : 019-3860121

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.