ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  AICHI TRIENNALE 2016, SATU DARIPADA FESTIVAL SENI ANTARABANGSA YANG TERBESAR DI JEPUN, BERMULA

Thursday 01/09/2016



AsiaNet 65500 

NAGOYA, Jepun, 31 Ogos, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Aichi Triennale 2016, sebuah festival seni kontemporari yang diadakan tiga tahun sekali dan dianjurkan di bawah inisiatif Wilayah Aichi dan merupakan satu daripada acara terbesar seumpamanya di Jepun, dibuka pada 11 Ogos.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201608293693/)

Diadakan di bawah tema "Homo Faber: Sebuah Karavan Pelangi," Aichi Triennale ke-3 itu mempunyai venue yang tersebar merentasi tiga buah bandar raya iaitu di Nagoya, Okazaki dan Toyohashi, yang merupakan kediaman kepada satu daripada komuniti ekspatriat Brazil yang terbesar di negara itu. Bilangan artis yang mengambil bahagian (individu dan kumpulan) adalah yang terbesar di dalam sejarah perayaan itu, dengan 119 orang artis dari 38 buah negara dan wilayah. Festival itu membuat permulaan yang baik dengan lebih 10,000 orang pengunjung pada hari pertama.

Pada 10 Ogos, pada malam sebelum pembukaan, terdapat satu persembahan pembukaan oleh Dani LIMA dari Brazil, dengan satu resepsi yang dihadiri oleh hampir 1,500 orang artis dan tetamu yang meraikan permulaan “perjalanan” mereka selama 74 hari. Pengarah artistik Triennale itu Chihiro MINATO berkata dalam ucapan resepsi beliau, "Manusia sejagat telah melalui satu perjalanan kreatif yang berterusan sejak zaman dahulu kala lagi. Bagaimanakah kita yang hidup pada hari ini boleh mengekalkan perjalanan ini, dan meneruskan pengembaraan itu ke masa hadapan? Artis dari seluruh pelusuk negara itu dan dari seluruh dunia telah berkumpul di Aichi, dengan membawa bersama mereka hasil kerja seni yang indah. Saya ingin berkongsi peluang yang berharga ini dengan seramai mungkin orang."

Produksi opera pada festival itu, "Serunai Ajaib," akan dibuka pada pertengahan September. Dijangka bermula pada 6 Oktober adalah Minggu Pelangi, yang akan termasuk persembahan dan bengkel oleh 10 artis dan syarikat, termasuk Israel Galvan dan Company DCA yang diketuai oleh Philippe Decoufle.

Juga dijangka pada Oktober ini adalah satu simposium antarabangsa selama dua hari yang menjemput pakar-pakar seperti pengarah festival seni dan kurator dari Jepun dan dari luar negara, dan orang yang terlibat dalam budaya dan seni dari Wilayah Aichi. Simposium itu bertujuan untuk memperkenalkan perspektif luaran bagi meneroka, dalam konteks Aichi Triennale yang kini dalam penganjuran ketiganya, mengenai cara-cara untuk membantu kesenian dan kebudayaan berkembang dan berakar umbi.

Aichi Triennale itu, yang mempamerkan kedua-dua seni kontemporari visual (pameran seni antarabangsa, filem, dan lain-lain) dan persembahan pentas (termasuk tarian/ opera) akan berlangsung selama 74 hari sehingga 23 Oktober 2016.

Laman web Filem Aichi Triennale 2016:

https://www.youtube.com/watch?v=sMgwfNXf-SE&feature=youtu.be

Sumber: Sekretariat Jawatankuasa Eksekutif Aichi Triennale 2016

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.