ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  QVEST MEDIA MENDAPAT PEMEGANG SAHAM MAJORITI BAHARU DENGAN RAG-STIFTUNG

Monday 05/09/2016



Arkitek sistem itu terus berkembang di peringkat antarabangsa
 
COLOGNE, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Qvest Media Group mempunyai sebuah pemegang saham majoriti yang baharu. Dengan penutupannya yang dirancang pada akhir September 2016, RAG-Stiftung (RAG Foundation) akan memperoleh saham majoriti di dalam Qvest Media daripada pengasas syarikat itu, Gunnar Wellen dan Peter Nöthen, melalui syarikat pelaburannya RAG-Stiftung Beteiligungsgesellschaft mbH. Pegangan saham termasuk kesemua anak syarikat daripada Qvest Media Group di Jerman, Emiriah Arab Bersatu dan Singapura. Urus niaga itu adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa antitrust. Pengurusan Qvest Media merancang untuk terus membina berikutan kejayaan langkah pertumbuhan antarabangsa mereka berikutan perkongsian baharu itu dan membuka bidang perniagaan dan pasaran baharu.
 
Dengan Qvest Media, RAG-Stiftung akan melabur di dalam sebuah pusat sistem yang terkemuka untuk media dan teknologi maklumat melalui anak syarikatnya. "Rangkaian digital adalah satu daripada trend sosial mega pada hari ini dan dapat dilihat, antara lain, di dalam peningkatan pesat aplikasi web dan media baharu," kata Dr Helmut Linssen, Pengarah Kewangan di RAG-Stiftung. "Melabur di dalam sektor yang mempunyai harapan cerah untuk masa hadapan adalah sebahagian daripada strategi portfolio jangka panjang kami. Dengan Qvest Media, kami mengambil satu lagi langkah ke hadapan yang penting dan amat gembira untuk melabur di dalam perniagaan global yang, seperti kami, mempunyai pangkalan tempatannya di North Rhine-Westphalia," kata Linssen.
 
Sebagai sebuah arkitek sistem yang terkemuka untuk perundingan berhubung proses teknikal dan operasi perniagaan media dan juga untuk reka bentuk, pembangunan dan pembinaan infrastruktur teknologi media, Qvest Media kini terlibat dalam lebih 60 projek teknologi di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada ini, syarikat itu melaksanakan produksi yang disokong oleh audio, video dan IT, rangkaian berita dan media, pembekal telekomunikasi, pertubuhan sukan dan pengendali platform kandungan. Walaupun perkhidmatannya dan operasi bahagian sudah dipandang tinggi, syarikat itu masih melihat ruang yang luas untuk potensi pertumbuhan.
 
"Rangkaian digital telah menyelimuti sebahagian besar kehidupan kita pada hari ini. Pengguna mengharapkan untuk dapat mengakses kandungan media dalam talian seperti imej, video, permainan dan maklumat di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dan daripada pelbagai sumber. Interaksi yang semakin penting antara teknologi baharu, sistem dan pembekal memerlukan rakan kongsi berpengalaman seperti Qvest Media. Isu-isu penting yang menjadi tumpuan khusus untuk pelanggan kami termasuk perkhidmatan video atas permintaan dan over-the-top, di mana pembekal besar seperti Amazon, Apple dan Netflix sudahpun menawarkannya dengan jayanya. Tambahan pula, kami terus terlibat  dengan kecerdasan buatan untuk analisis media dan pengurusan data media, serta penggunaan digital, pengedaran dan pengkomersilan kandungan," kata Peter Nöthen, Ketua Pegawai Eksekutif di Qvest Media. "Dengan RAG-Stiftung memihak dengan kami, kami akan terus membangunkan kawasan-kawasan perniagaan baharu dan secara aktif menangani pasaran baharu," kata Nöthen.
 
Syarikat itu akan terus diuruskan oleh Peter Nöthen sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Qvest Media Group. Gunnar Wellen akan meninggalkan lembaga pengurusan dan akan terus berkhidmat dengan syarikat itu sebagai seorang penasihat.
 
Pautan kepada laman web syarikat:

www.qvestmedia.com

www.rag-stiftung.de
 

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51412964&lang=en
 
Hubungi
Qvest Media
Björn Korb
Telefon: +49 221 97 77 67-11
E-Mel: bjoern.korb@plus4media.de

 
Sumber: Qvest Media
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160905005022/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.