ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  RAIN DESIGN MEMPERKENALKAN SIRI MSTAND BAGI MACBOOK, IPAD DAN IPHONE DENGAN WARNA APPLE YANG SEPADAN DI IFA SEP 2016

Tuesday 06/09/2016



BERKELEY, Calif., 6 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 
mStand dan mStand 360 
Jualan terlaris Rain Design, mStand dan mStand360 kini didatangkan dalam 3 warna Apple yang sepadan: perak, emas dan kelabu angkasa. mStand menukarkan komputer riba anda menjadi stesen kerja yang bergaya dan stabil supaya anda boleh bekerja dengan selesa sepanjang hari. mStand360 mempunyai tapak yang berpusing yang membuatkan perkongsian skrin dan mengakses port menjadi mudah. Ia memudahkan pengguna memusingkan komputer riba dengan selamat tanpa tekanan berat. 
 
9.7" dan 12.9" pro tablet mStand
Tablet pro mStand menukarkan Pro iPad anda menjadi meja yang bergaya dan stabil, memudahkan kerja yang kompleks dengan menyentuh, meleret atau menulis dengan pensil. Pro tablet mStand memaparkan sudut dan tinggi tontonan boleh dilaras menggunakan hanya mekanisme slaid 'n' kunci bagi keselesaan dan fleksibiliti yang diperibadikan. Ia juga boleh digunakan sebagai paparan kedua apabila menggunakan Macbook dengan dirian komputer riba mStand. Pro tablet mStand boleh didapati  dalam warna perak, emas dan kelabu angkasa dan didatangkan dalam 2 saiz: 9.7" dan 12.9" bagi iPad Air/Pro 9.7" dan iPad Pro 12.9".
 
Tablet mStand, tablet plus mStand dan mudah alih mStand 
Dirian mudah alih dan tablet mStand menyokong iPhone atau iPad anda dan membebaskan tangan anda supaya anda boleh bekerja dengan selesa dengan menyentuh, meleret, menaip atau hanya menikmati bual video yang santai. Tablet plusmStand didatangkan dengan ciri tambahan sudut tontonan boleh laras untuk keselesaan melihat yang optimum. Diperbuat daripada sekeping aluminium padu tunggal dengan kemasan yang dibagas pasir dan disadur anod, dirian mudah alih dan tablet mStand boleh didapati  dalam warna perak, emas dan kelabu angkasa. Sesuai dengan iPad dan Iphone dengan atau tanpa Pelindung / Bekas Pintar.
 
Foto dilampirkan bersama pengumuman ini ada terdapat di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/37df260a-2928-4848-ae0e-43acfdc003ba
 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b0dcb56e-134b-41c4-a08f-1006b3ba349e
 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/20bc887a-79e6-46aa-bde8-8891146bb81e
 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a278e82c-b6f9-4f7b-94e6-1707dcdb3f26
 
Siri mStand Rain Design dihantar sekarang. Untuk keterangan lanjut: www.raindesigninc.com
Sila hubungi:  press@raindesigninc.com
 
Rain Design
1036 Ashby Ave, Berkeley, CA 94710
+1 415 863 3826
press@raindesigninc.com
 
SUMBER : Rain Design, Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.