ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  MEMPERKENALKAN TEKNOLOGI BOLEH PAKAI MICHAEL KORS ACCESS: MASA UNTUK FESYEN BAGI MEMENUHI MASA HADAPAN

Wednesday 07/09/2016



LONDON, 7 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Michael Kors (NYSE: KORS), sebuah jenama gaya hidup mewah bertaraf dunia, amat teruja untuk memperkenalkan paparan jam tangan pintar MICHAEL KORS ACCESS, sebahagian daripada barisan aksesori teknologi boleh pakai mereka yang baharu. Barisan ini menjurus ke arah pengguna yang mengutamakan fesyen dan menggabungkan teknologi berinovatif dengan gaya yang luar biasa daripada seorang pemimpin dalam fesyen mewah.
 
Teknologi serba canggih itu di tengah-tengah jam tangan pintar MICHAEL KORS ACCESS, yang serasi dengan kedua-dua telefon iPhone® dan Android™, dapat dilakukan melalui satu kerjasama dengan Google, dengan menggunakan platform jam tangan pintar Android Wear™.
 
Direka untuk memaparkan bahawa teknologi dan perhubungan sosial perlu menjadi lancar, barisan MICHAEL KORS ACCESS, yang juga termasuk pengesan aktiviti, membuktikan bahawa akses boleh menjadi glamor dan tanpa memerlukan tenaga. "Pelanggan kami sukakan fesyen dan mereka berhubungan 24 jam sehari," kata Michael Kors. "Saya fikir mereka akan menghargai mempunyai sambungan sosial dan kesihatan dan pengesanan kecergasan kesemuanya di dalam aksesori yang kelihatan anggun."
 
Jam tangan pintar MICHAEL KORS ACCESS menawarkan ciri-ciri yang disesuaikan yang bertepatan untuk peminat kami:
  • Paparan muka jam tangan Michael Kors yang eksklusif, yang berubah dengan hanya menyapu — sama ada ia adalah satu reka bentuk kronograf digital untuk gimnasium atau bergemerlapan, beranimasi untuk waktu malam
  • Beratus-ratus kemungkinan kombinasi bagi paparan muka, warna dan sub mendail
  • Satu jam tangan pintar paparan skrin sentuh dikuasakan oleh Android Wear yang menyediakan:
    • Kemas kini media sosial dan pemberitahuan e-mel
    • Pemberitahuan aplikasi
    • Bantuan pintar daripada Google
    • Pengesan kecergasan terbina dalam
  • Jalur pergelangan tangan kulit dan silikon yang ditukar ganti
  • Versi glamor untuk wanita dan versi bergaya sukan untuk lelaki
  • Pengecas magnet
  • Qualcomm® Snapdragon™ Wear 2100, sebuah sistem di atas cip (SoC) yang direka untuk memastikan pengalaman skrin sentuh yang sangat interaktif
 
"Kami amat teruja untuk menawarkan kepada pelanggan kami dengan jam tangan pintar yang kelihatan anggun dan menarik yang akan membantu mereka berada di atas kehidupan harian mereka dan pada masa yang sama menzahirkan keunikan gaya peribadi mereka," kata John Idol, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Michael Kors.
 
Pelanggan Michael Kors hidup dalam gaya kehidupan yang sibuk, pantas dan koleksi MICHAEL KORS ACCESS akan membolehkan beliau untuk sentiasa berada dalam berhubungan. "Daripada Google Search untuk jam tangan pintar, Google berusaha untuk memberikan anda maklumat yang anda perlukan untuk terus berhubungan dengan apa yang paling penting," kata David Singleton, Naib Presiden Kejuruteraan bagi Android Wear. "MICHAEL KORS ACCESS dan Android Wear menggerakkan kategori boleh pakai itu ke hadapan dengan bijak, jam tangan indah yang membantu anda sentiasa berada di atas kehidupan harian anda sambil menzahirkan gaya peribadi anda."
 
MICHAEL KORS ACCESS akan dilancarkan di 18 buah negara melalui satu kempen pengiklanan digital dan cetak di seluruh dunia, termasuk satu video yang memaparkan Zendaya dan Martha Hunt. Video itu mengikuti kedua-dua model itu pada hari yang sesak di Bandar Raya New York — daripada latihan waktu pagi sehinggalah kepada parti yang penuh glamor di sebelah malam. Sepanjang hari itu, jam tangan pintar Michael Kors Access menjaga mereka agar segerak dan kelihatan bergaya — bukti bahawa dengan aksesori yang betul, anda boleh menjadi #AccessItAll. Anda boleh menonton video itu di sini: https://youtu.be/vV7_aaSKNU0.
 
Jam tangan pintar MICHAEL KORS ACCESS  dijual dengan harga bermula dari $350 USD. Pengesan aktiviti bermula dari $95 USD. Kedua-duanya boleh didapati di kedai-kedai Michael Kors, MichaelKors.com dan gedung beli-belah dan kedai khusus pilihan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut:
 
Michael Kors Access: http://www.michaelkors.com/Access
 
Destination Kors: http://www.destinationkors.com/
 
Michael Kors di Facebook: http://www.facebook.com/michaelkors
 
@MichaelKors di Twitter: http://twitter.com/michaelkors
 
@MichaelKors di Instagram: http://instagram.com/michaelkors
 
Michael Kors di Pinterest: http://pinterest.com/michaelkors.com
 
@MichaelKors di Weibo: http://weibo.com/michaelkors
 
Carian untuk “Michael Kors” di Weixin dan WeChat
 
Carian untuk “Michael Kors” di LINE Jepun
 
Android Wear™ memerlukan sebuah telefon yang menggunakan Android 4.3+ atau iOS 8.2+. Ciri-ciri sokongan mungkin berbeza-beza di antara platform. Layari g.co/wearcheck  pada telefon Android anda atau iPhone® untuk melihat jika peranti anda serasi.
 
Google, Android dan Android Wear adalah tanda dagangan milik Google Inc.
 
iPhone adalah tanda dagangan milik Apple, Inc. Qualcomm dan Snapdragon adalah tanda dagangan milik Qualcomm Incorporated.
 
Maklumat mengenai Michael Kors
 
Michael Kors adalah seorang pereka terkenal dunia, pereka yang memenangi anugerah bagi aksesori mewah dan pakaian yang sedia untuk dipakai. Syarikatnya yang mempunyai nama yang sama, yang ditubuhkan pada tahun 1981, pada masa ini menghasilkan pelbagai produk di bawah Michael Kors Collection, MICHAEL Michael Kors dan Michael Kors Mens, termasuk aksesori, kasut, jam tangan, barang kemas, pakaian sedia pakai dan barisan lengkap produk wangi-wangian. Kedai Michael Kors dikendalikan, sama ada secara langsung atau melalui rakan kongsi pelesenan, di sebahagian bandar raya paling berprestij di dunia, termasuk New York, Beverly Hills, Chicago, London, Milan, Paris, Munich, Istanbul, Dubai, Seoul, Tokyo dan Hong Kong.
 
Kenyataan Yang Berpandangan ke Hadapan
 
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Anda tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada kenyataan seperti itu kerana ia adalah tertakluk kepada pelbagai ketidaktentuan dan faktor-faktor yang berkaitan dengan operasi dan persekitaran perniagaan bagi Syarikat itu, kesemuanya yang sukar diramal dan banyak daripadanya adalah di luar kawalan Syarikat berkenaan. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk maklumat mengenai andaian atau kemungkinan keputusan masa hadapan bagi operasi Syarikat itu, termasuk perihal strategi perniagaan mereka. Kenyataan-kenyataan ini sering kali mengandungi perkataan seperti "boleh," "akan," "harus," "percaya," "menjangka," "menduga," "berhasrat," "merancang," "anggaran" atau ungkapan yang membawa maksud yang sama. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu yang terkandung di dalam siaran akhbar ini adalah didasarkan kepada andaian bahawa Syarikat itu telah mengambil tindakan berdasarkan kepada pengalaman pengurusan di dalam industri dan juga persepsi mengenai trend sejarah, keadaan semasa, perkembangan di masa hadapan dan faktor-faktor lain yang ia percaya adalah sesuai mengikut keadaan itu. Anda perlu memahami bahawa kenyataan-kenyataan ini tidak menjamin prestasi atau keputusan. Ia melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan andaian. Walaupun Syarikat itu percaya bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan andaian yang munasabah, anda harus sedar bahawa banyak faktor boleh menjejaskan keputusan kewangan yang sebenar atau keputusan operasi dan boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Faktor-faktor ini dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bahagian "Faktor Risiko" dan di tempat lain di dalam Laporan Tahunan Michael Kors pada Borang 10-K untuk tahun kewangan yang berakhir pada 2 April, 2016 (No. Fail 001-35368), yang difailkan pada 1 Jun 2016 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat.
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51413304&lang=en
 
Hubungi
ICR, Inc.
Jean Fontana, 203-682-1214
jean.fontana@icrinc.com
Alecia Pulman, 646-277-1231 (Media)
KorsPR@icrinc.com

 
Sumber: Michael Kors
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160906005376/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.