ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  FLUOR MENYIAPKAN KEMUDAHAN SITRAL UNTUK BASF PETRONAS CHEMICALS

Wednesday 07/09/2016



IRVING, Texas & KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fluor Corporation (NYSE: FLR) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai penyiapan mekanikal bagi sebuah kemudahan sitral dan infrastruktur yang berkaitan untuk BASF PETRONAS Chemicals di Kuantan, Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada Kompleks Bahan Aroma Bersepadu, Fluor melaksanakan kejuruteraan bahagian hadapan  dan reka bentuk, kejuruteraan, pemerolehan dan pengurusan pembinaan di kemudahan sitral itu dan infrastrukturnya yang berkaitan. Kemudahan itu akan menghasilkan sitral, antara bahan-bahan aroma yang lain, untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi produk yang berasaskan sitral di dalam industri perisa dan wangi-wangian. Fluor juga sedang melaksanakan kejuruteraan, pemerolehan dan pengurusan pembinaan bagi sebuah unit hiliran L-mentol. Tanjakan unit L-mentol hiliran dijangkakan pada tahun 2017.

Semasa pembinaan, Fluor mengendalikan sebuah tenaga kerja kira-kira hampir 2,200 orang pekerja kraf, yang terdiri daripada 10 kewarganegaraan yang berbeza. Dengan pembinaan serentak bagi kemudahan sitral dan unit mentol itu, projek berkenaan telah mencapai jadual pembinaan 24 bulan yang dipercepatkan dan mengemudikan pelbagai proses kritikal mengangkat menara di dalam suatu persekitaran kerja yang padat.

Penyediaan teliti oleh semua pihak termasuk Fluor dan BASF PETRONAS Chemicals, memastikan penyampaian yang sempurna bagi menara T-5000 ke tapak. Detik-detik penting di dalam perjalanan itu telah dirakamkan di dalam sebuah video: https://www.youtube.com/watch?v=RNB9iJZppOw.

Untuk melaksanakan satu budaya kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang mantap di tapak, projek-projek itu telah mencapai lebih 8 juta jam kerja tanpa sebarang kejadian kehilangan masa dan menerima Anugerah Emas Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia bagi kecemerlangan di dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

"Dengan kehadirannya di Malaysia sejak tahun 1980-an, kami telah memanfaatkan pengalaman  serantau kami yang meluas, sumber dan program keselamatan bertaraf dunia untuk dengan selamat dan menjimatkan kos menyampaikan kemudahan ini bagi BASF PETRONAS Chemicals," kata Ken Choudhary, presiden bagi perniagaan tenaga dan bahan kimia Fluor di Asia Pasifik. "Kami membawa keupayaan sumber global kami dan kekuatan pelbagai pejabat Fluor di rantau itu untuk membangunkan satu pendekatan pelaksanaan projek yang menjimatkan modal yang membolehkan kompleks ini dapat disiapkan dengan selamat dan dalam lingkungan peruntukan bajet."

BASF PETRONAS Chemicals adalah satu usaha sama antara BASF dan PETRONAS Chemicals Group yang berpangkalan di Malaysia.

Maklumat mengenai Fluor Corporation

Fluor Corporation (NYSE: FLR) adalah sebuah syarikat kejuruteraan, pemerolehan, fabrikasi, pembinaan dan penyelenggaraan bertaraf global yang mereka bentuk, membina dan menyelenggarakan kemudahan modal yang cekap untuk pelanggan di enam benua. Selama lebih satu abad, Fluor telah memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan menyediakan penyelesaian yang berinovatif dan bersepadu di seluruh pelusuk dunia. Dengan beribu pejabat di Irving, Texas, Fluor berada pada kedudukan 155 di senarai FORTUNE 500  dengan pendapatan sebanyak $18.1 bilion pada tahun 2015 dan mempunyai lebih 60,000 orang pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fluor.com atau ikuti kami di Twitter @FluorCorp.

Hubungi

Fluor Corporation
Perhubungan Media:
Brian Mershon, 469-398-7621
atau
Brett Turner, 864-281-6976
atau
Perhubungan Pelabur:
Geoff Telfer, 469-398-7070
atau
Jason Landkamer, 469-398-7222

Sumber: Fluor Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160906006385/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.