ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  EQUITY INTERNATIONAL MENUTUP DANA BERFOKUSKAN ASIA YANG PERTAMA

Thursday 08/09/2016



CHICAGO, 8 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Equity International (EI), firma pelaburan Sam Zell yang memberi tumpuan kepada pasaran baru muncul, hari ini mengumumkan penutupan Dana 1 ZEI Co-Invest, L.P. (Dana Asia ZEI), dengan komitmen sebanyak $205 juta. Dana Asia ZEI dijangka akan turut sama melabur bersama-sama modal lain dalam lebih $2 bilion projek hartanah logistik di Asia yang akan dibangunkan oleh ESR (e-Shang Redwood), sebuah sekutu EI.

Ketua Pegawai Eksekutif Equity International Tom Heneghan berkata, "Ini adalah dana pertama yang berfokuskan kepada Asia di dalam sejarah kami. Ia mencerminkan peluang yang kami lihat di dalam sektor logistik di rantau itu, terutamanya di dalam aset gudang Jepun. Kami gembira kerana mempunyai asas pelabur institusi yang canggih yang melabur bersama-sama EI di dalam pelbagai perantara untuk mengambil kesempatan daripada peluang-peluang pasaran yang tertentu, dan kami berharap untuk terus bekerjasama dengan ESR untuk mewujudkan satu platform logistik seluruh Asia yang terkemuka."

Charles de Portes, Presiden dan Pengasas Bersama ESR menyatakan, "Kami amat teruja untuk memperluaskan perhubungan kami dengan Sam Zell dan EI, yang kedua-duanya sangat positif dan menjadi pemangkin bahan bagi pertumbuhan platform logistik kami di Asia sejak perkongsian awal kami pada tahun 2013. Kami tidak sabar-sabar menyaksikan penguntukan  pesat di dalam peningkatan saiz komitmen ke dalam apa yang kami percaya adalah satu daripada pembangunan logistik yang paling besar di Jepun, dengan memberi tumpuan kepada kawasan metropolitan terbesar untuk berkembang dengan urbanisasi dan globalisasi perdagangan yang berterusan.”

Penutupan Dana Asia ZEI mengikuti aktiviti pelaburan besar yang lain oleh EI dan sekutunya pada tahun ini, termasuk:

  • Mengadakan satu perjanjian untuk melabur R$400 juta di dalam Estapar Estacionmentos, pengusaha tempat letak kereta dan infrastruktur yang terbesar di Brazil (Ogos 2016);
  • Penggabungan Kumpulan Redwood dengan e-Shang (Januari 2016); dan
  • Pelaburan Goldman Sachs di dalam SAMHI (Januari 2016).
"Kami melihat satu peningkatan di dalam tahap peluang pelaburan terlaras risiko yang menarik, terutamanya di Amerika Latin, India dan beberapa negara di Asia," kata Heneghan. "Selain pelaburan langsung, kami juga komited untuk menerajui syarikat-syarikat portfolio kami bagi mewujudkan platform pertumbuhan yang kukuh."

Sejak tahun 2012, EI dan sekutunya telah mengumpulkan lebih $2.4 bilion dalam bentuk ekuiti dan telah melabur lebih $1.5 bilion.

Maklumat mengenai Equity International

Equity International (EI), yang diasaskan oleh Sam Zell pada tahun 1999, membuat pelaburan di dalam platform hartanah dan infrastruktur di pasaran baru muncul. Pelaburan dan nilai EI menjangkau melebihi modalnya dengan menyediakan syarikat-syarikat portfolionya dengan: kredibiliti institusi, tadbir urus korporat yang luar biasa, amalan terbaik, perspektif operasi yang unik, dan akses kepada satu rangkaian global yang mantap. EI menggunakan satu pendekatan pemilikan yang aktif, bekerjasama dengan kepimpinan syarikat portfolio untuk mencapai pertumbuhan strategik dan kepimpinan di dalam industri. Hasilnya, EI diiktiraf sebagai sebuah rakan pilihan di seluruh dunia. Laman web: http://www.equityinternational.com

Maklumat mengenai e-Shang Redwood

e-Shang Redwood ("ESR") membawa bersama dua daripada pemaju, pemilik dan pengendali hartanah logistik yang terkemuka di Asia dan merupakan satu daripada platform hartanah logistik terbesar di rantau itu dengan lebih 3.5 juta meter persegi projek yang dimiliki dan yang berada di bawah pembangunan merentasi China, Jepun dan Korea Selatan, dan pejabat pengurusan modal dan dana di Hong Kong dan Singapura.

Ditubuhkan masing-masing pada tahun 2006 dan 2011, Redwood dan e-Shang bergabung pada tahun 2016 untuk membentuk ESR dan disokong oleh beberapa pelabur terkemuka dunia termasuk APG, Warburg Pincus, Equity International, PGGM, CPPIB, PAG, Morgan Stanley, CBRE dan Goldman Sachs. Hari ini, ESR mempunyai satu daripada saluran pembangunan terbesar di Asia yang memberi tumpuan kepada kawasan metropolitan utama yang paling berkait rapat dengan penggunaan dan globalisasi perdagangan. ESR juga merupakan tuan tanah pihak ketiga yang terbesar bagi syarikat-syarikat e-dagang terkemuka di China, dan juga bagi logistik rantaian suhu.

Hubungi
Equity International
Terry Holt
+1 (312) 466-3979
tholt@egii.com


Sumber: Equity International

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160907005399/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.